Jumaat, 24 Julai 2009

ini yang ditinggalkan


Jika kamu memancing ikan....setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.... janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.... janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja....kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi diamengingatimu....
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... akhirnya ia dibuang.... sedangkan jikak amu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga keakhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah,cuba membandingkannya dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabiladia beralih arah.

18 ulasan:

~Insan Biasa~ berkata...

satu peringatan yang cukup baik.
insan, kalau tak beringat begitulah
bagi betis nak peha...dapat rotan akar dah x guna...dan ada juga statik depan satu pintu walaupun pintu yang ade tu berkunci..x lihat pintu lain yg mungkin juga pintu masuk untuk ke satu tempat yang sama!

dunia ni memang macam2

ONE ZABA berkata...

alahai anis...sedeynya!!! macam tujukan pasa seseorang je tu.

~Insan Biasa~ berkata...

global la cgu one...xde tuju khas pada sapa2...ihiks..ingatan untuk kita2 je..ssyyyy

Unknown berkata...

cgu anis
kerana dunia ni macama2..
sesekali apasalah..kita ingat mengingati...

jua nasihat untuk diri sendiri

Unknown berkata...

cgu one

pada sapa agaknya yang dituju olh wak anis tu.....

zai berkata...

Moralnya..terimalah pasangan masing2 seadanya ..jangan terlalu mengharap kepada sebuah kesempurnaan kerana manusia mmg tak pernah puas dengan apa yang dimiliki..

Unknown berkata...

kak zai

komen yg amat2 bermakna..
semuga kita mendapat iktibar dari komen tu...

zan xray berkata...

Saya tertarik dengan kata2 anda dalam entry ni..cukup menyakinkan. tahniah terhadap penulisan dan pendapat anda

Guru berkata...

dah ada banyak baju ni... tapi masih nak beli yang baru lagik ni camana?

Tanpa Nama berkata...

Cikgu Jinggo,
Setuju ngan OneZaba... hehehe.. kalau dah tertawan tu cikgu..jangan tunggu lama2.. kang kalau jadi cam nasi yang basi tu.. bukan kata nak makan, nak bau pun dah tak bleh... :)

Tanpa Nama berkata...

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.... janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja....kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi diamengingatimu....

Kalau semua orang mengingat kata2 ini tidak adalah orang yang terluka hatinya dan tidak adalah air mata gugur dek hati yang hancur.

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

hargai lah apa yg ada...

kadang2 apa yg kita inginkan terlalu tinggi.......

untuk mengejarnya terpaksa melepas banyak perkara.....

dan akhirnya

apa pon tarak....

Unknown berkata...

zan xray
saya kirakan macam nilah.
saya menulis - pada semuanya berdasarkan buku yg saya baca.....

terima kasih.

Unknown berkata...

cgu kl citezan.

nak beli baju baru lagi...
dah banyak baju...
kena gunakan fomula...
penting - segera.
penting - tak segera...

kita fikirkan bersama.

Unknown berkata...

cgu catzana

he....mendalamnya madsud..
he...
dalam bab ni kita ' gantung ' dulu jawapannya...

he...

Unknown berkata...

kunang2

terima kasih perhatian...
semuga perkongsian ini kita mampu dianjak setapak lagi kehadapan

Unknown berkata...

any...

sekali lagi terima kasih kerana perhatian

therosputih berkata...

dalam makna entry ni...terasa amat bererti hidup ini kepada org y menyayangi kita...terima kasih atas peringatan...

Eco Kid Adventure on Facebook