Rabu, 22 Julai 2009

kerana cinta kami masih bersama....


Orang bijak dan budiman sejak zaman ke zaman pernah mengatakan bahawa cinta adalah
sendi segenap keutamaan di dunia ini.
Kalau tiada cinta, nescaya nilai kemanusiaan akan hancur. Orang yang bercinta tidak pernah khianat kepada orang yang dicintainya, tidak pernah menyakiti dan tidak pernah mengecewakan.
Cinta memang perasaan yang menakjubkan. Ia ibarat sebuah barang antik, suatu benda lama yang sentiasa baru dari zaman ke zaman dalam hidup manusia.
William Shakespeare pernah berkata: "Manusia mati dari semasa ke semasa dan badan mereka dimakan ulat, tetapi bukan kerana cinta." Malah cinta itu datangnya dari mata turun ke hati, berendam dalam dada dan mengharap pemberian kepada yang satu.
"Semakin banyak engkau memuntahkan kata-kata tentang cinta, semakin sepi hatimu dan semakin engkau gilakan cinta. Tiada kisah teramat manis daripada kisah cinta. Tiada kisah teramat ngeri daripada putus cinta. Yang termanis daripada yang manis di dunia ini ialah pujian kekasih yang terlontar daripada rasa cintanya,"
demikianlah kata-kata orang bijak yang memang kita percayai dan tersemat dalam jiwa kita yang terdalam.
Namun ingat bahaya cinta: cinta monyet ialah cinta keanak-anakan, cinta palsu sekadar basa-basi atau penghormatan, . Oleh itu, 'bercintalah' dengan sepenuh hati kerana cinta sejati sajalah yang akan menghasilkan cita-cita luhur dan abadi. Cinta sejati memang tidak terungkap dengan kata-kata kerana ia menghiasi perbuatan 'pencintanya'.
"Cinta kepada harta bererti bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam, cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup, cinta kepada Tuhan ertinya takwa."
Atau renungi pula kata-kata Hamka:
"Cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis sedusedan. Tetapi cinta menghidupkan penghargaan, menguatkan hati dalam perjuangan, menempuh onak dan duri penghidupan.
DARI JINGGO

sentuhan cinta semakin tersengat bahkan amat diperlukan dalam konteks sekarang, memandangkan sentuhan cinta kemanusiaan semakin terhakis dengan berlakunya peristiwa-peristiwa 'mencemaskan' umat manusia seperti keganasan global, perang tanpa henti, konflik antara umat yang mengaku beragama, seolah-olah membayangkan sentuhan cinta sesama manusia telah 'tercabut' daripada jiwa terdalam manusia.
Walhal cinta itu adalah jiwa, di antara cinta sejati dengan jiwa tidak dapat dipisahkan, kerana cinta pun merdeka sebagaimana jiwa. Ia tidak membezakan di antara yang kuat dan lemah, di antara kaya dan miskin bahkan antara darjat dan bangsa. Tetapi inilah yang kita saksikan di merata dunia. Manusia membunuh, menindas demi memenuhi cinta palsu atas nama kemanusiaan, sedangkan cinta sejati sesama manusia semakin dilupakan, apatah lagi cinta sebenar terhadap Tuhan.
Manusia lupa kata-kata ahli fikir Islam, Al-Farabi bahawa cinta yang ditujukan kepada pemuasan hawa nafsu...
sebenarnya adalah cinta yang diilhamkan Tuhan untuk binatang.
Bak kata Hamka lagi: "Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji."

12 ulasan:

~Insan Biasa~ berkata...

Cinta itu semakin dicari, semakin tidak ditemukan.
Cinta adanya di dalam lubuk hati,
ketika kita dapat menahan keinginan dan harapan yang lebih.
ketika pengharapan dan keinginan berlebihan akan cinta
maka yang didapat adalah kehampaan.

nurirhamna berkata...

~Hargai bila berdua, sayangi bila bersama, maafkan bila terluka, rindui bila berjauhan, fahami bila keliru, nasihati bila perlu, ingati bila sunyi...itulah cinta abadi~ =)

Unknown berkata...

cgu anis

cinta itu ada fitrah
berdasarkan kata bijak pandai cinta itu bermula dari CARE....

untuk menyintai - dahulukan CARE....

Unknown berkata...

CGU FIZAN

terima kasih kerana perhatian dan komen yg amat2 menarik

ONE ZABA berkata...

cinta kat ikan laga pulak sekarang ni....

laki cikgu kimia berkata...

cinta.. care.. adalah pengongsian. :)

zai berkata...

Tanpa cinta dunia hanya akan dipenuhi cerita duka kerana tiada lagi erti kasih sayang dijiwa..dan hidup akan kosong kerana tiada insan utk dicintai...

therosputih berkata...

semoga cinta yang lahir dalam hati kekal abadi....kita hidup kerana cinta...

tp, no money no talk...

takpelah...majnun oo majnun...

Unknown berkata...

cgu one

saya pun cinta kat rumah baru ni......tak tahu nak buat apa lagi......dah seminggu duduk rumah.

Unknown berkata...

lakicgukimia

berdasarkan yg kajian dan pembacaan begitulah..
caring.
ada fakta akademik untuk itu

Unknown berkata...

kak zai..

apa erti dunia ini tanpa cinta.
layu gamak.
bila orang dah tak cinta diri sendiri.cinta famili.cinta bangsa.cinta negara.cinta agama.........

Unknown berkata...

ain.

semuga kita boleh menjadi seorang penafsir yg cukup hebat dan matang dalam membuat tafsiran....
kerana cinta itu buta.
kerana kerana cintalah Israel menyerang Palestin.......

cintakan tanah.....

Eco Kid Adventure on Facebook