Selasa, 7 Julai 2009

kita adalah apa yg kita percaya....



Ini sekadar peringatan besar kepada kita
bahawa kejayaan itu adalah HAK yang mungkin kita NAFIKAN…itu HAK kita.
Orang hidup senang : seharusnya itu juga hak kita.
Orang bercuti sana sini : seharusnya itu juga hak kita
Orang makan tempat sedap2 : seharusnya itu juga hak kita.
Orang duduk rumah besar : seharusnya itu hak kita.
Orang lain berkereta besar : Dan semuanya juga HAK yang kita nafikan.
SEBAB TIDAK ADA BEZANYA DENGAN KITA
YANG BERBEZA
KITA MUNGKIN
TIDAK ADA IMPIAN : DAN KALAU PUN ADA
KITA TIDAK PERCAYA PADA IMPIAN KITA…
Kita kongsikan Cerita ini.
Seorang lelaki yang mengidah penyakit kanser dan Dr beranggapan yang dia hanya boleh hidup selama beberapa hari sahaja.
Dia dimasukkan ke sbuah hospital kerana mempunyai ketumbuhan sebesar sebiji oren.
Dia pernah mendengar bahawa saintis telah menemui sejenis dadah baru yang bernama ‘ Krebiozen’ yang mampu mengubati penyakit kanser.
Lelaki tersebut meminta Dr memberi ubat tersebut secara suntikan kepada beliau. Keesokan lelaki itu mendapati ketumbuhan tersebut mencair dan dia sudah boleh bangun dan keluar hospital. Dua bulan kemudian , lelaki itu terbaca satu atikel yang ubat itu tidak begitu berkesan terhadap penyakit kanser. Dan dia kembali sakit. Dr mengambil keputusan dengan memujuk lelaki tersebut jangan mempercayai atikel tersebut dan menyuntik kembali dadah itu ( sebenarnya Dr hanya masukkan air sejuk )
lelaki ini percaya dan kembali sembuh.Enam bulan kemudian dia terbaca lapuran akhir :
menyatakan dadah
‘ Krebiozen ' disahkan tidak berkesan melawan kanser.
Dia meninggal dunia 2 hari selepas itu,
INI ADALAH KUASA KEPERCAYAAN
Ini di panggil sebagai PLACEBO.
KUASA KEPERCAYAAN mampu untuk mendapat semua HAK kita.
ADAKAH KITA PERCAYA AKAN KEMAMPUAN KITA SENDIRI…
Mari kita fikir bersama ..

12 ulasan:

Tirana berkata...

Kita boleh mencapai apa yang menjadi impian jika kita ada keyakinan dan percaya kepada diri sendiri. Perkara ini ada di sebut dalam buku "being happy" yang saya tengah baca sekarang. This is about perception towards ourselves. Jika persepsi terhadap diri kita positif maka kita akan berupaya mencapai segala impian dan begitu juga sebaliknya. So tanamkan sikap memandang positif kepada diri sendiri..yakin dan percaya kepada kemampuan diri.

Unknown berkata...

puan tirana
kalau baca buku tu.
ingat tak cerita anak gajah yang kena ikat....

kita adalah apa yg kita percaya
kita adalah apa yg kita fikirkan....

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

Percaya pada diri boleh meningkatkan keyakinan diri...

selalu orang yang kurang yakin pada diri sendiri adalah disebabkan diorang tak percaya pada kemampuan diri sendiri...

Luth Textile berkata...

adui, dalam maknanya en. jinggo..
kalau kata kita boleh, sampai bila - bila pon kita boleh, kalau cakap tak, mesti takkan boleh punya..

Guru berkata...

setuju sangat...

zai berkata...

Bagus entri ni...mendidik kesedaran utk seseorang menjadi lebih positif utk menempuh hari2 yg mendatang...betul kita adalah apa yang kita fikirkan...well done !!! good job

~Insan Biasa~ berkata...

"ya saya boleh"
"ya kami boleh"
"ya kita boleh"

dengan syarat
kenalah tulus dan telus

Unknown berkata...

gadis kampung

macam tulah - aturannya
ilmu dunia semakin banyak diterokai - dan hasilnya nak berjaya dalam apa hal sekalipun...

kita kena install kita dah menang...
kita fikirkan.

Unknown berkata...

bro luth

dalam ilmu ' kuasa getaran ' ada menceritakan...
kita bercakap apa sahaja untuk diri sendiri : akan memberikan kuasa yg akan bergetar....dan akan kembali kepada diri sendiri///

Unknown berkata...

cgu kl...

praktiskan
pada anak2
dirumah
disekolah.
jangan sebarang2 bercakap dan berfikir.....

Unknown berkata...

puan zai

terima kasih kerana sokongan...
kita berkongsi dengan niat untuk berdahwah....
semuga yg menulis dan membaca mendapat keberkatanNYa.

Unknown berkata...

cgu anis

syarat seterusnya
percaya
dominan...

itu juga yg disarankan..
give yourseft
know yourseft
be yourseft

Eco Kid Adventure on Facebook