Khamis, 16 Julai 2009

La Tahzan

'Bingkisan Doa.' Ya Allah
Seandainya telah engkau catatkan
Dia milikku tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagian antara kami
agar kemesraan itu abadi.
Dan ya Allah
ya tuhanku yang maha mengasihi...
Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi
Tetapi ya Allah
Seandainya telah engkau takdirkan.
dia bukan miliku.
Bawalah ia jauh dari pandanganku.
ia dari ingatanku.
Dan peliharalah aku dari kekecewaan.
Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti
Berikanlah aku kekuatan. Melontar bayangannya jauh ke dada langit.
Hilang bersama senja nan merah.agarku bisa bahagia.
Walaupun tanpa bersama dengannya
Dan ya Allah yang tercinta.
Gantillah yang telah hilang.
kembali yang telah patah.
Walaupun tidak sama dengan dirinya.
Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan.
Adalah yang terbaik buat ku.
kerana engkau maha mengetahui.
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini.
Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku.
Di dunia dan di akhirat..
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini.
Jangan engkau biarkan aku sendirian.
Di dunia ini mahupun di akhirat
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran.
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman. Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup.
Ke jalan yang Engkau redhai.
dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....
Amin.. Ya Rabbal A'lamin. .

13 ulasan:

Tirana berkata...

sejak saya baca dua buah buku karangan Aid al Qarni, la tahzan dan how to be the happiest woman in the world, hidup rasa lebih bersemangat.hehehe

Unknown berkata...

puan

kerana fitrahnya kita begitu barangkali..
sesekali terasa sengalnya hidup.
tanpa ilmu kita seakan tanpa panduan untuk terajui sengal tu..

La Tahzan buku yang hebat - dikarang oleh orang yg pernah merasa jatuh...dan bangun.

saya sedang mendalami ilmu NLP ni...puan patut beli.ini buku ke tiga tajuk yg lebih kurang sama......

sakurasa 2 berkata...

"La Tahzan"

Dalam kehidupan ini tak ada yang abadi..
namun demikian janganlah bersedih....
bersedih tidak akan pernah mengembalikan sesuatu yang hilang dan semua yang telah pergi.... bersedih tidak akan membangkitkan orang yang telah mati,
tidak pula akan mampu menolak takdir...

Sakura telah pun membaca buku
"La Tahzan" yang di hadiahkan oleh seorang teman sakura...

salam dari sakura

Unknown berkata...

sakura
saya sekdar berdoa...
kerana hidup ini kenapa perlu disedihkan..
pada setiap ruang.
kita tidak berhak menentukan....kita berhak mendoakan...

betul tak.

CITY® berkata...

amin...

=)
( senyum penuh makna ke duka ? huahuahua....)

=P

Unknown berkata...

blue..

kita belajar dan diajar....

Arianni berkata...

Salam..
Sememangnya buku yang hebat sesuai untuk tatapan semua..
~ Setelah kesulitan Pasti Ada Kemudahan ~

Tanpa Nama berkata...

Cikgu Jinggo,
Usah gusar, insyaAllah dengan izinNya - kebahagiaan itu akan muncul juga..

Semoga berbahagia...

Unknown berkata...

ariani

terima kasih - dan kita membawa buku yang sama...
semuga kita tahu bagaimana untuk keluar dari kesulitan...

Unknown berkata...

cgu zana

terima kasih kerana perhatian.
ini sekadar perkongsian biasa........

Marzalina berkata...

Ini adalah doa buat kekasih..
panjang sgt doa ni..susah saya nak hafal hehe..apapun thanks for sharing.

Unknown berkata...

intan.
tulis dan gantungkan kat mana2.......he...

Tanpa Nama berkata...

Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan.
Adalah yang terbaik buat ku.
kerana engkau maha mengetahui.
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini.
Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku.
Di dunia dan di akhirat..

Bait2 ini sangat menyentuh hati kak hanim.

Kak hanim sudah lama memiliki buku "La Tahzan" ni. Satu waktu dulu Sifu Mirza yang mencadangkan agar kami (kawan lama satu waktu dahulu) sama2 memiliki buku ini.

Selama ini La Tahzanlah menjadi teman kak hanim bila diuji dengan ujian yang amat berat dari Allah atas takdir yang berlaku pada kami. Alhamdulillah kak hanim bangkit balik dengan kesedaran bahawa Allah Menguji orang yang dikasihiNYA.

Eco Kid Adventure on Facebook