Isnin, 20 Julai 2009

musuh kita - diri sendiri


Dalam sebuah syarikat pengankutan kargo menggunakan kereta api ada seorang pegawai, bernama Nik.
Dia sangat rajin bekerja, dan sangat bertanggung jawab, tetapi dia mempunyai satu kekurangan, iaitu dia merasakan tidak mempunyai harapan apapun terhadap kehidupannya, dia melihat dunia ini dengan pandangan tanpa harapan langsung.
Pada suatu hari semua kawan-kawan sekerjanya bergegas untuk merayakan hari ulang tahun kelahiran bos mereka, semuanya pergi dengan cepat dan tergesa-gesa.

Dengan tidak sengaja Nik yang sedang bekerja terkunci di sebuah bilik sejuk kontena pengangkutan ais yang belum sempat dibetulkan.
Nik berteriak, memukul pintu dengan kuat sambil meminta tolong, semua rakannya sudah pergi merayakan ulang tahun kelahiran bosnya, maka tidak ada yang mendengarnya.
Tangannya sudah merah dan bengkak2 memukul pintu itu, suaranya sudah serak akibat berteriak terus, tetapi tetap tidak ada orang yang mempedulikannya, akhirnya dia duduk di dalam sambil menghelakan nafasyang panjang.
Semakin dia berfikir semakin dia merasa takut, dalam hatinya berkata..
dalam kontena sejuk pengangkut ais suhunya pasti di bawah 0 darjah, kalau dia tidak segera keluar dari situ, pasti akan mati kesejukan.
Dia terpaksa dengan tangan yang gementar,
mencari secarik kertas dan sebuah pen,
menuliskan surat wasiatnya.
Keesokkan harinya, semua petugas pun datang bekerja. Apabila mereka membuka pintu bilik sejuk dalam kontena pengangkut ais tersebut, mereka sangat terkejut menemui Nik yang terbaring di dalam. Mereka segera menghantarkan Nik untuk ditolong,
tetapi dia sudah tidak bernyawa lagi.
Tetapi yang paling mereka terkejut adalah, bekalan elektrik ke bilik sejuk untuk menghidupkan mesin itu tidak dibuka, dalam bilik kontena yang besar itu cukup oksigen di dalamnya, yang paling mereka hairankan adalah suhu dalam bilik itu 28 darjah C saja,
Tetapi Nik mati"kesejukan"!

Pengajaran Cerita Ini

Nik bukanlah mati kerana suhu dalam kontena terlalu rendah, dia mati kerana ada titik ais di dalam hatinya. Dia sudah menghakim dirinya dengan hukuman mati,
Bagaimana dapat hidup terus?
Percaya pada diri sendiri adalah sebuah perasaan hati. Orang yang mempunyai rasa percayakan diri tidak akan terus putus asa, dia tidak akan terus berubah sedih terhadap keadaan hidupnya yang jalan kurang lancar dan berjaya.
Tanyalah pada diri kita sendiri, apakah kita sendiri sering terus memutuskan bahawa kita tidak mampu untuk mengerjakan suatu hal, sehingga kita kehilangan banyak kesempatan untuk berjaya?
Yang mempengaruhi semangat kita bukanlah faktor-faktor dari luar,
melainkan dalam hati kita sendiri.

Sebelum berusaha sudah dikalahkan oleh diri kita sendiri, biarpun ada banyak bantuan yang dituju pada diri kita ia tetap tidak akan membantu jika kita berkeadaan begitu.

13 ulasan:

CITY® berkata...

salam en h =p

dari pembacaan biru,

benda yg berlaku semalam, lupakan
apa yg akan berlaku esok, jgn difikir
tapi apa yg sedang berlaku sekarang

so,
hargai apa yg kita ada sekarang
nikmati waktu2 ini

betul ke?

~Insan Biasa~ berkata...

content di dalam n3 petang ini- yesss...memang tidak dapat disangkal lagi!!

nurirhamna berkata...

salam =)
PRESTASI ANDA PADA MASA HADAPAN DITENTUKAN OLEH TINDAKAN ANDA PADA MASA KINI, BUKAN KEJAYAAN ATAU KEGAGALAN MASA LAMPAU...

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

jangan berputus asa

apa yg kita buat...

=)

Unknown berkata...

dari jingga untuk biru

kita hidup seharus begitu.
tapi kita nsan biasa - yg hatinya berbagai..
kita menyimpan cerita demi cerita untuk kita jadikan perbandingan...dan penghakiman.

mendidik hati adalah proses yang berbeza....

bagaimana nak mendidik hati.
kita fikirkan sama2

Unknown berkata...

cgu anis

seperti selalunya
kita diajar dan belajar

kita dapatkan sesuatu dari cerita ni

Unknown berkata...

PRESTASI ANDA PADA MASA HADAPAN DITENTUKAN OLEH TINDAKAN ANDA PADA MASA KINI, BUKAN KEJAYAAN ATAU KEGAGALAN MASA LAMPAU...

hafizan

saya suka pandangan ini.
bagusnya manusia bukan pada kata2 tapi pada tindakan...

Unknown berkata...

jangan putus asa..
gitulah sepatutnya...

Unknown berkata...

ingatkan ada kena mengena dengan citer 2 orang hantu.... sorang mati sakit jantung.... sorang lagi mati kesejukkan.... :)

Unknown berkata...

terima kasih cgu kerana masih berurusan.....

Guru berkata...

cerita yg menarik... dan memberi kesan

Unknown berkata...

cgu kl...

terima kasih kerana sokongan...

adnieyl achan berkata...

musuh kita adalah diri kita sendiri. sebab tu manusia dihantar ke muka bumi ini sebagai khalifah.

kalau kita sendiri yang membimbing diri kita, Insya Allah, kita tiada musuh dalam diri sendiri.

jadilah khalifah untuk diri sendiri sebelum menjadi khalifah untuk orang lain....

Eco Kid Adventure on Facebook