Khamis, 9 Julai 2009

siapa paling dekat dengan kita

Sekadar renungan
Barangsiapa yang duduk dengan lapan macam manusia akan ditambah Allah baginya lapan corak hidup
Barangsiapa suka duduk berserta orang kaya,
Akan ditambah Allah kecintaannya kepada dunia dan keinginan kepadanya.
Barangsiapa suka duduk berserta orang miskin, Akan dijadikan Allah baginya kesukaan bersyukur dan redha menerima pembahagian yang ditentukan Allah.
Barangsiapa suka duduk dengan Sultan (Pemerintah Negara),
akan ditambah Allah kasarnya dan sombongnya.
Barangsiapa suka duduk dengan perempuan, (bukan muhrim) akan ditambah Allah bodohnya dan syahwatnya.
Barangsiapa suka duduk bersama kanak-kanak, akan ditambah
kesukaannya bermain-main dan bersenda gurau.
Barangsiapa suka duduk dengan orang fasiq,
akan bertambahlah beraninya berbuat dosa dan menunda-nunda taubat.
Barangsiapa suka duduk dengan orang-orang soleh,
akan bertambahlah keinginannya untuk taat.
Barangsiapa suka duduk dengan para ulama' maka bertambahlah ilmu dan waraknya

dari jinggo

saya percaya kepada pepatah ini - apa jua yg berlaku pada kita dipengaruhi oleh persekitaran.dan kita bertindak atas sikap yang kita lenturkan dari tabiat kita.tabiat yang terbentuk melalui budaya yang tentunya datang dari kelaziman kita - orang yang paling hampir dengan kita akan membentuk kelaziman kita.

16 ulasan:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

kalo boleh jadilah macam air.....

walau macam mana bentuk pun ataupun halangan dia tetap boleh mengalir dan mengikut bentuk...

saya nak jadi macam air....

walaupun macam mana pon atau dimana ia berada...ia tetap air..

orang kata masuk semua...

**so renung-renungkan la...

=)

Unknown berkata...

air oh air..
ada pepatah lain menyatakan.
jangan jadi macam air...
mengalir dan terus mengalir....

tapi hebatnya air : ikut acuan yang penting ia tidak akan bercampur dengan minyak.......

kita fikirkan.

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

ye selalu mengikut acuan...

sedar diri di mana kita berada..

Unknown berkata...

jawab pulak..he...
ikut acuan tu madsudnya kelompok orang2 yg ketegori asertif....
amat bagus dalam kontek hubungan sosial..menang - menang.

yang penting : jangan ikut acuan orang sehingga tidak menjadi diri sendiri...

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

kita apa yg kita fikirkan...

semestinya setiap kita berfikir berbeza,

cara berfikir juga berbeza sebab apa???

sebab manusia ni unik....

Unknown berkata...

he...
terima kasih kerana terus berurusan.
hidup cantiknya begitu..
madsudnya bakat + ilmu + pengalaman...

setiap yg baik dari orang lain dijadikan panduan...semuga kita diberkatiNya..

AiE bAhRi berkata...

Ya!sangat setuju, untuk lihat dan jadi seseorang,lihatlah siapa yang sering kita dekati.

Dearie Pearls berkata...

duduk sorang2 ar..

hehehe..

cerita tentang air..?

LOL nak hujan krg nie..

panas bumi..

hehe..

Unknown berkata...

bro ari....

kerana begitulah aturannya.
persekitaran kita akan menentukan siapa kita seterusnya..

untuk itu.
siapa persekitaran ari..

Unknown berkata...

Lol

saya sedih - basah + ada air...
tgk anak Mjakson semalam.........

ASYIQ berkata...

Jinggo...kalau suka duduk ngan blogger jadi macam mana??? hihi.

Satu peringatan yang baik. Dulu sblm kawin suka bergaul ngan kwn2 suka berbual. Sekali bila dah kawin dpt suami pendiam jadi pendiam la skit saya ni....(rasanya laaaa)

Anak dara saya kata berkawan ngan ibu dapat perfume...suka curi2 pkai perfume dah skrg ni....alahai!!!

Tanpa Nama berkata...

Saya tak kira berkawan ngan sesiapa sahaja..

Cumanya, rakan2 saya ramai yg sama2 nak naik dari rebah...

p/s saya suka main hujan...

~Insan Biasa~ berkata...

kadang-kadang....kita tak sedar dan tak nampak pun siapa yang paling dekat dengan kita....

psttt cuba tgk sesuatu (contoh-tulisan) dengan dekat2...paaaling dekat....nampak tak? erm...

Unknown berkata...

cgu asyik..

dalam bab perempuan + suami dan budaya..
kita kongsikan macam ni ajalah...
betul ke dikatakan
wanita melayu ' gagal ' menjadi diri sendiri bila dah kahwin..

atas batasan agama dan budaya...
apa2 pun ini sekadar pandangan....

Unknown berkata...

aryani..

orang yg hebat dikatakan : mampu menjadi diri sendiri - walau dimana dan dengan siapa dia berkawan..
betul ke.

Unknown berkata...

cgu anis
paling dekat..
bukan lagi kut...
Allah - kalau mahu ditafsirkan begitu...

Eco Kid Adventure on Facebook