Rabu, 1 Julai 2009

beranikah kita ambil risiko

ketawa risikonya menampakkan kebodohan
menangis risikonya menampakkan sentimental
mendapat bantuan risikonya pembabitan
mendedahkan perasaan risikonya - mendedahkan diri anda sebenar
menyatakan idea anda , impian anda dikhalayak ramai risikonya kehilangan idea
mengasihi risikonya tidak dibalas kasih
menharap risikonya berputus asa
mencuba risikonya kegagalan
tetapi risiko mesti diambil , kerana bahaya yg terbesar dalam kehidupan
adalah tidak menghadapi risiko.
Orang yg tidak menghadapi risiko sebenarnya tidak melakukan apa2.
mereka mungkin menghidari penderitaan dan kesedihan - tetapi mereka tidak boleh :
BELAJAR
BERUBAH
MEMBESAR
MENYAYANGI
suatu masa dulu seseorang bertanyakan seorang petani sekirannya dia telah menanam gandum untuk musim tersebut.
petani itu membalas
tidak.saya takut mungkin tiada hujan
lelaki itu bertanya lagi
adakah awak menanam jagung
jawab petani lagi
tidak , saya takut kepada serangga yang memakan jagung.
kemudian lelaki itu bertanya lagi
apa yang awak tanam
petani itu menjawab
TIDAK ADA APA2 - SAYA MEMILIH LANGKAH SELAMAT
dari jinggo
kita fikirkan - hidup ini selain dari cerita dari apa yang kita pilih - hidup ini juga merupakan risiko demi risiko yang kita kena hadapi
dan kita ada pilihan....

16 ulasan:

Mardihah berkata...

menangis risikonya menampakkan sentimental

saya suka yang ini. Wanita selalu menangis kerana sentimental. Tetapi lelaki kdg2 akan rimas...
terima kasih cikgu jinggo, wahhh..nnti dihah bg free novel..heheh

Tirana berkata...

Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai tapi jika bina rumah atas bukit pun ada risikonya. Hidup kita sentiasa berdepan dengan risiko, tak boleh lari sebab tak ada tempat nak lari dari risiko cuma darjah risiko itu saja yang berbeza..ada perkara yang tinggi risikonya dan ada perkara yang kurang risiko tapi adakah perkara yang zero risikonya? Jadi belajar lah menghadapi risiko untuk peningkatan diri sendiri.

CITY® berkata...

erkkk...

kadang2 aku ketawa, hahaha... hanya lakonan=)

kadang2 aku menangis, ikut perasaan
aku lebih sentimental...=P

aku berani berterus terang hanya pada yg aku sayang, at least tjawab aku dah selesai... walo jawaban nya kecewa kan aku, tapi aku puas hati. puas kerana mendapat jawaban...

aku kdg2 takut gak utk mencuba, itu kerana aku tahu siapa aku, kelemahan diri n tahap mana. dgn kata lain, aku sedar diri la...=)

aku pernah dgr org kata:
perkahwinana adalah satu perjudian?
betul ke?
kalo dpt pasangan ok, ok lah kita. kalo tak, sebaliknya...
hmmmm..... =)

~Insan Biasa~ berkata...

mengharap risikonya putus asa...

terbalikkan je la..
dengan harapan itu juga,datangnya usaha yang mewujudkan kejayaan

Ummu Mishkah berkata...

Yang saya perasan, setiap rezeki yang Allah kurniakan kat kita pun sebenarnya adalah pilihan kita.. pernah tak tiba2 dapat 2 jobs offer.. memang rezeki tapi pening nak memilih takut lah tersalah pilih kan?

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

dihah...

kat mana nak lancar buku tu....
terima kasih kerana itu.

kalau perempuan menangis nampak manisnya..
kalau lelaki - nampak apa agaknya.....

tapi itulah peliknya kita : menanggis tu kan fitrah manusia....

Unknown berkata...

puan tirana.

hanya orang yg mindanya terbuka sahaja - relax - untuk menerima dan berhadapan dengan risiko.

sebab tanpa risiko
manamungkin ada perubahan......

Unknown berkata...

blue...

berkahwin juga risiko...
perjudian.
kita tak tahu apa dihujung : tapi kita diberi peluang untuk membuat persedian - betul tak....

selainnya - bersedialah dengan risikonya......

perkahwinan satu risiko.

Unknown berkata...

itu wak anis..

kenapa yek.
saya sedang berfikir disebalik tulisan yg saya salin dari buku hebat...

u can win.

Unknown berkata...

ummu

kerana hidup ini kita yang pilih - mari kita sama2 bertangungjawab dengan apa yg kita pilih

saya memilih untuk menjadi seorang muslim yg baik......

Arianni berkata...

Hidup ini memang penuh dgn risiko..kita usaha dan doa, selebihnya terserahlah..

Marzalina berkata...

setiap hari kita hidup dalam risiko..setiap yg berlaku juga ada risiko.

Unknown berkata...

ariani

hidup ini memang berisiko
berimpian
berusaha
berserah

be yourseft.
itu akhirnya

Unknown berkata...

intan...

semuanya macam tu...
apakah kita berhenti untuk mengambil risiko....

Asyraf Alpandi berkata...

take the risk...buiLd your confident... plan the strategies... be wisely in action... it will help u.. =]

Eco Kid Adventure on Facebook