Jumaat, 9 Oktober 2009

asyik gagal aja........


Semalam berbual panjang dengan orang mahu dikatakan.
AKU MEMANG DILAHIRKAN UNTUK GAGAL
gagal dalam perniagaan beberapa kali
gagal dalam perkahwinan beberapa kali
gagal dalam semua hal
beberapa kali.
MUNGKIN INI SEKADAR PANDANGAN
jangan bimbang akan gagal hingga enggan mencuba benda baru. tidak ada sesiapa yang memenangi pertandingan catur dengan bertaruh ke atas setiap gerakan.
kadang kala kita terpaksa bergerak ke belakang untuk melangkah ke depan
menurut satu kajian
dua bentuk kegagalan
mereka yang gemar berfikir tetapi tidak pernah mencuba
mereka yang melakukan tidak pernah berfikir
KEGAGALAN
dikaitkan dengan tindakan + hasil + akibat
tidak berlaku sekelip mata.
kesannya jarang berlaku sekelip mata : sebaliknya ia berhimpun sehingga hari tidak dapat dielakkan tiba juga dan harga perlu dibayar untuk itu
( kegagalan dikaitkan kesilapan membuat keputusan yang dikumpulkan satu persatu )
DISEBABKAN TIDAK ADA KESAN SEGERA
kita terus melaku kesilapan + tindakan + hasil + akibat
DARI JINGGO
ada orang diajar dari cara yang berbeza.
beruntunglah kamu yang dipilih merasai sakitnya gagal.
kerana dihujungnya kamu akan jadi orang yang lebih tahu dari orang lain.
2 perkara harus dijadikan ingatan.
semua itu akan memberikan kita
PENGALAMAN
KENANGAN.
pengalaman ' kegagalan ' adalah sempadan
kenangan ' kegagalan ' bermakna berhenti untuk mencuba lagi.

27 ulasan:

LiNda berkata...

Salam Jinggo..

Kita belajar dari kegagalan.

Pengalaman akan membantu kita untuk memberi tanda aras setinggi mana kemampuan kita akan terbukti .

.: mama cute :. berkata...

so, kita kena berani untuk gagal.. hehe.. ada kan buku tu.. dare to fail.. huhu

ONE ZABA berkata...

kegagalan itu satu daripada nikmat kehidupan...

tapi dek kerana gagal PTK la aku tak dapat nak menikmati anjakan gaji...uhuuu!!!

~Insan Biasa~ berkata...

yup...dare to fail...pernah memiliki buku tu. kawan pinjam, sampai la ni x pulang2. mintak balik...dia dah lupa simpan mana....warrghhhh!

anyway...setiap dari kita pasti merasai kegagalan + kejayaan. hidup ini sebetulnya adil...

- jinggo - berkata...

linda

i gagal cari pemandu berhemah dulu....
takut.
takut
bawa kereta.
la ni.....
kalau u nampak orang bawa kereta 60 -70 tu - jinggo lah.

- jinggo - berkata...

mama cute

dare to fail.
billy lim....

ha..dah baca

- jinggo - berkata...

cgu one

kenapa saya asyik gagal main games mario...
cis.

- jinggo - berkata...

wak anis

gagal bermakna sakit
sakit bermakna nikmatnya ada.......kita belajar dan diajar kut..

jadi : jadilah pelajar yg tekun untuk ilmu itu

Marzalina berkata...

ada sesuatu yg sedang saya usahakan..sejak dari saya form one lagi..kerana selalu berfikir gagal..saya tinggalkan apa yg saya usahakan itu, sehinggalah baru2 ni..saya rasa seperti mahu belajar dari kegagalan itu..ya..saya sedang berjuang melawan perasaan gagal tu!

harap..semangat saya semakin kuat tuk capai cita2 tu.

Zyma Saad berkata...

Belajar dari kegagalan utk menikmati kejayaan.

:)

MaizaC'Joe berkata...

salam Jinggo

pengalaman mengajar kita untuk terus melangkah ke hadapan... jejak kejayaan.. melangkah dan teruskan melangkah...

kegagalan di rasa nikmatnya kejayaan.. InsyaAllah....

-maiza-

Tirana berkata...

Sebelum peluang memahkotakan kita dengan kejayaan,ia akan menguji diri kita dengan kesulitan dan kegagalan..

zai berkata...

Orang yang positif.. selalunya yakin bahawa kegagalan yang berkali-kali akhirnya akan membuahkan kejayaan yang menakjubkan kerana dia berani menghadapi musuh paling ketat iaitu dirinya sendiri...

Abd Razak berkata...

salam...

Kata Thomas Alva Edison, "I will not say i failed 1000 times, i will say that i discovered 1000 ways that can cause failure."

3 cara utk berjaya, mengetahui lebih daripada orang lain, bekerja lebih daripada orang lain dan kurang mengharap daripada orang...

- jinggo - berkata...

intan.

ada apa yg boleh kita kongsikan...
sebab kegagalan dikaitkan dengan kesilapan.
tak gagal bermakna tak buat apa2.....

- jinggo - berkata...

zyma...

kita diajar dan belajar disini

- jinggo - berkata...

maiza

semua orang hebat atas mukabumi ini adalah orang yg pernah gagal...
kita belajar dari diaorang.

- jinggo - berkata...

puan tirana

saya percaya
harga pada setiap kemenangan...
mampu @ tidak.
bergantung pada diri sendiri

- jinggo - berkata...

kak zai

orang positif
saya suka ayat ni.
orang positf melihat kegagalan dari sudut peluang...

- jinggo - berkata...

3 cara utk berjaya, mengetahui lebih daripada orang lain, bekerja lebih daripada orang lain dan kurang mengharap daripada orang...

enrazak

saya akan pinjam ayat ni....

engkuazri berkata...

perkataan yang diulang2 akan mempengaruhi minda bawah sedar sehingga tanpa sedar ia "melekat" pada diri termasuk cara berfikir, bertindak, berkelakuan, berhubung dan apa sahaja, dan akhirnya ia menjadi kenyataan lebih awal dari sepatutnya
wallahu a'lam

- jinggo - berkata...

terima kasih azli

menarik untuk dilebarkan pengetahuan.
kita adalah apa yg kita fikirkan
kita fikirkan apa yang kita ' install ' dalam minda dibwh sedar.....

minda bawah sedar memberi arahan pada fizikal.....

tahniah org hebat.

Mak Su berkata...

apa nak kata ya... saya kadangkala fikir saya pun termasuk dlm spesis always gagal... gagal dalam pertandingan utk dapat hadiah (tapi baru2 ni saya dapat hadiah utk peraduan raya gaya mamee slrrp). gagal dalam lucky draw (lately ni dlm hidup saya, ada menang lucky draw jam swatch, menang hairdryer, menang termos) - well, kecil-kecil, tapi saya seronok...sebab saya rasa eventhough saya always gagal... saya tetap ada peluang :)

gagal yang lain2 adalah seperti gagal dalam berbisnes, sohih, saya rasa saya tak ada bakat.

gagal dalam periksa spm - saya migrain masa periksa, gagal nak dapat gred 1, dapat gred 2 dengan gred yg hampir2 gred 1 - malangnya matematik cuma dapat lulus jer...

saya rasa - takdir works in a miracle way, kita tak tahu apa yg baik utk kita.

(eh Jinggo! apsal pengesahan perkataan kat kotak komen awak ni ejaannnya adalah l-e-m-b-u.... perli saya ek?) huhuhu

Ateh berkata...

sometimes kegagalan membawa maksud we dont deserved that thing at that momemnt becoz we deserved things that much better than that....

Ateh berkata...

sometimes kegagalan membawa maksud we dont deserved that thing at that momemnt becoz we deserved things that much better than that....

- jinggo - berkata...

mak su

pertamanya : pasal lembu tu tak - gurau2 - maksu diantara 5 org pertama yg saya kenal kat blog ni...
mana mungkin nak perli mak su

pasal gagal

saya gagal nak menjaga hati isteri........he...

- jinggo - berkata...

ateh..

terima kasih kerana pandangan...
hanya org yg pernah gagal tahu nikmatnya...

Eco Kid Adventure on Facebook