Jumaat, 16 Oktober 2009

mana mahu lari

kadang kita rimas berurusan dengan beberapa karektor manusia sebegini.
dan kita ada pilihan utk
meninggalkannya....
atau terus menjadikan orang sebegini - rakan kita berurusan -
dan tentunya kita kan ' terbakar ' setiap kali bersamanya...

mari kita menilai sikap kawan2 kita dan bagaimana kita mahu berurusan.
Dalam buku : 'memahami tingkah laku dan kesannya'

KEKUATAN
berterus terang, peramah, berani tampil kehadapa, perangsang, mempunyai kemahiran, berdaya pujuk, sanggup mengambil risiko, berdaya saing, yakin pada diri sendiri.
KELEMAHAN
sikap menggertak, suka menguasai, gelisah, tidak sabar, suka mendesak,
pandai memanipulasi, reaktif, suka mengawal.
BAGAIMANA MAHU BERURUSAN DENGAN ORANG YG SEBEGINI
sentiasalah memberi pujian , penghargaan.
Bergaullah dengan mereka
jadikan mereka penting.
Beri mereka semangat
jangan menyanggah
diam kalau itu satu keperluan.

itu kawan2 kita - mahu @ tidak - kita ada pilihan
- samada kita mengabaikan kawan2 begini @ terus bersamanya.
kadang2 kita terperangkap dengan ' kekemasan ' jenis ini pula menguasai -
kita letih dan akhirnya mengeluh dan menyesal.
kita ada pilihan seterusnya.
PASTINYA JENIS INI SENTIASA MAHU JADI PENTING
untuk jenis2 lain kita akan kongsikan - anggap ini sebagai satu ilmu
DARI JINGGO
hari ini kita kerap dan sering berhadapan sekelompok manusia jenis ini.
dan tentunya kita semakin tidak mampu untuk larikan diri seandainya
kita terikat
dengan sistem pekerjaaan, sistem organisasi, sistem famili.
KEMANA NAK KITA LARI.

11 ulasan:

~Insan Biasa~ berkata...

saya ni karektor yag bagaimana ye agaknya??? heheh rimas tak??

zaijb berkata...

kita memang tak boleh lari dr masaalah... jalan terbaik kita selesaikan... tak pun diam kan diri jeee... tapi kalu berdiam terpaksa lah kita menanggung sakit nya hati.

yg penting kita tahu siapa rakan kita....

Ateh berkata...

secara ringkas saya kongsi bersama, secara asasnya ada 4 types group of people..eagle, peacock, owl n dove..eagle bersifat mendominasi..good to be a leader.. peacock..like to expose people..great talking n appearance..good in marketing..owl..very rigid..follow the rules..good as auditor n dove..very nice person..like to help others..makin dicengkam semakin diam..tidak melawan..good as workers...n of course semua kita ada sedikit sebanyak campuran antara semua unsur burung tadi..kesimpulan..setiap di antara kita ada sifat yg berbentuk postive n negatif..memang itu anugerah Tuhan..cuma kita perlu pandai menyalurkan penggunaan segala sifat yg baik atau di sebaliknya ke haluan mana yg kita inginkan..degil , tamak n sebgainya adalah negatif tetapi kita masih boleh gunakan yg negatif untuk dijadikan positif..contoh..tamak untuk mencari ilmu..degil untuk membuat kebaikan...setiap kita perlu mengetahui sikap negatif n cuba meminimumkan penggunaannya atau mengubah kepada saluran yg betul..

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

bila baca n3 ini takut pula diri.. takut membuatkan orang rimas.. sangat2 rimas.. takut pula telah sakitkan hati orang.. sedangkan hati tak berniat begitu.. tak pasti di mana karektor.. Adakah benar2 rimas.. jika benar-benar rimas maaflah keterlanjuran bersikap begitu... sama-sama tegur menegur tak salah.. boleh perbetulkan yang mana salah..

rimas tak?
jika rimas maaf...

-maiza-

- jinggo - berkata...

wak anis amat merimaskan.......
tak lah..
cukup mudah berurusan dengan wak anis.......

- jinggo - berkata...

zaijb

sebab kita berpeluang untuk belajar mengenal...siapa kawan kita seterusnya pasangan kita..
kerana
bagusnya manusia diantara disebabkan sokongan kawan.

- jinggo - berkata...

ateh

terima kasih kerana pandangan
semuanya adalah persoalan karektor yg dibentuk dari sistem pendidikan awal....

- jinggo - berkata...

maiza

hang tidak merimaskan
dalam konteks berkawan - cukup menyenangkan....

Ateh berkata...

setuju ..semuanya bermula dari pendidikan awal tapi masih belum terlambat untuk memperbaiki diri..asalkan ada kemahuan..

- jinggo - berkata...

yes ateh
kita adalah mahluk sosial
kenalah ada proses penambahbaikan diri

Kunang-Kunang berkata...

Pernah dapat kawan macam ni, Memang memerlukan kesabaran yang tinggi dan sentiasa mengalah sebab tak mahu bergaduh atau kehilangan kawan.

Eco Kid Adventure on Facebook