Isnin, 12 Oktober 2009

harap cantik aja...

gambar hiasan.
wajah yang cantik merupakan satu tarikan dalam mana2 hubungan sosial
TAPI BAGAIMANA
semua orang lari bila kita membuka mulut.
wajah cantik adalah satu jenis kejelitaan , tetapi ada satu lagi kecantikan
KECANTIKAN SOSIAL
akibat pulut santan binasa
akibat mulut badan merasa
KENAPA MACAM TU
sebab ada orang yg cantik - gagal dalam hubungan sosial.
mulut merupakan satu aspek kejelitaan yang amat penting pengaruhnya dari sudut keupayaan menambat hati orang lain.
menurut pakar psikologi : orang yang pandai berbahasa dipandang lebih tampan @ lebih jelita daripada wajah sebenar.
KAJIAN MENYATAKAN
gaya bahasa menuduh menyebabkan orang yang mendengar menjadi defensif
akibat dari bahasa menuduh menyebabkan pendengar
sakit hati.marah.perselisihan.pertengkaran.pergaduhan.
GAYA BAHASA MENUDUH JUGA DI SEBUT GAYA BAHASA ' AWAK '
gaya menuduh akan disertai dengan jari telunjuk yang menuding.
gaya menuduh mengandungi unsur2
PENGHAKIMAN
HUKUMAN
KEPUTUSAN
TUDUHAN.
KAJIAN MENYATAKAN WANITA LEBIH KERAP MENGGUNAKAN GAYA BAHASA AWAK DIBANDING LELAKI
DARI JINGGO
jangan gunakan bahasa tuduhan - kerana
tuduhan tidak menyelesaikan masalah
tuduhan akan dijawab dengan tuduhan balas
seterusnya
kepada kita.jangan risau kalau kita diberi ' nikmat ' yang tak sama macam orang lain - cantik - percayalah diantara kita dan orang lain
penghubungnya adalah
MATA
MULUT.
semuga kita disedarkan pada keduanya :
ada kepentingan yang besar dalam hubungan sosial

22 ulasan:

Ateh berkata...

sekadar cantik tidak mencukupi..perlu disulami dengan ilmu dan dihiasi dengan moral dan akhlak yang tinggi..

zaijb berkata...

sebenarnya... perkataan 'awak' itu lebih mesra dan rapat.... tapi sebenarnya ia terpulang kepada kefahaman masing2...
bila kita menulis nampak macam kasar tp bila kita berkata2 (berbual)... ia berlainan, yg penting org itu faham ape yg ingin kita sampaikan.

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

cantik + kacak + sempurna

tak semua manusia sempurna. tapi keperibadian dalaman, moral, akhlak, jg pegangan lbh penting.. tak semestinya cantik.. kacak.. semuanya hebat. berkawan tak semestinya memilih rupa tapi bagaimana hargai + di hargai.. persoalannya: kenapa cepat dpt ramai kwn? sbb tiada jurang dlm mana2 prhubungan + mudah mesra. kecualilah jika kita sengaja menjauhkan diri...

perkataan "awak" pd sy tak kasar tp cara komunikasi sngt penting. kdng hanya sekadar brgurau. bergantung pd kefahaman msing2.. sendiri yg tau..

tak semestinya panggilan kasar itu ertinya tak sayang, tak baik.. tp kdng jg di sebabkan persekitaran begitu.. dah biasa..

contoh: "hang" org kedah xrasa kasar pun.. mungkin dh terbiasa dan lebih mesra..

-maiza-

- jinggo - berkata...

ateh

saya percaya kepada kemahiran sosial..
sebab disitu kita diukur...
kesenangan orang bersama kita asasnya pada kemahiran itu

- jinggo - berkata...

zaijb

awak dalam konteks saya - bila bergaduh..
diiringi dengan tudingan.
diiringan dengan bahasa...

semuga kita tidak terkelompok dalam kelompok itu

- jinggo - berkata...

maiza

apa yg saya tulis - harus dilihat dari sudut akademik..
sebab kita mahluk sosial.
samada verbal @ non- verbal ke2 memainkan peranan.

mengenai ' awak ' - ianya berlaku bila rentak digunakan..
kecuali kalau itu bahasa mulanya...madsudnya bahasa hariannya adalah awak...

fahamkan.

ONE ZABA berkata...

selagi bebudak tak terpekik terlolong tengok muka kita ni...kira cantik la tu.

- jinggo - berkata...

cgu one

samalah kita - selagi diaorang tak panggil orang hutan kira ok lagi......

a kl citizen berkata...

assalammualaikum

saya memang menggunakan bahasa saya dan awak bila berbicara, tak pandai menggunakan aku dan engkau...

apa cara pun, intonasinya yang penting

- jinggo - berkata...

cgu KL...

saya setuju.
intonasinya.
selain bahasa badan yg mengiringi bahasa tu..

Abd Razak berkata...

assalamualaikum...

Lebih selesa ber'saya' tapi percakapan harian bahasa saya, saya guna 'KAMEK' (bahasa sarawak)...

...dan untuk awak jadi 'KITAK'

- jinggo - berkata...

en razak...

terima kasih kerana pandangan yg menarik...

MaizaC'Joe berkata...

salam Jinggo

alamak

tersalah faham + tersalah komen

saya faham..
sorry cikgu.. hee...
sy belajar + di ajar

-maiza-

maiyah berkata...

suma org suka pandang pd cantik biar camna pun perangai nya, kalo pandang jer takpe tapi awas kalo tersalah tilik pd kecantikan tu :)

zan-xray berkata...

alangkah indahnya pekerti jika wajah yang cantik disulami budi pekerti yang menyenangkan dan matang dalam percakapan.

zai berkata...

Maksud CANTIK boleh ditafsirkan dari pelbagai sudut, ada orang yg hanya memberi fokus kepada sesuatu sudut tertentu dan sudah menganggap ia cantik pada pandangannya tapi tak semestinya semua bersetuju dengan pendapatnya..

Pada Kak Zai, CANTIK itu sendiri terserlah dari peribadi yang indah...buktinya apabila kita sukakan seseorang itu, segala2 yg padanya tanpa sempurna dimata kita berlainan pula apabila perasaan TIDAK CANTIK mulai wujud dihati segalanya TAK CANTIK lagi.

- jinggo - berkata...

maiza..

dimana salahnya
dalam hidup
tidak ada betul
tidak ada salah...

kita yang menjadikan semuanya....

- jinggo - berkata...

puan maiyah

dulu mungkin saya berpandangan macam tu.
setelah diberi ilmu ni..
susah sikit nak menilai dari sudut tu

- jinggo - berkata...

BroZan

semua lelaki idamkan macam tu.....
dah dapat ke...

- jinggo - berkata...

kak zai

saya percaya kepada kecantikan sosial yang dilandaskan kepada ' kepercayaan ' total kepada agama.

~Insan Biasa~ berkata...

cantik belum tentu wanginya.
buruk belum tentu busuknya.
semua perkara pastinya berpunca..

- jinggo - berkata...

cantik belum tentu wanginya.
buruk belum tentu busuknya.
semua perkara pastinya berpunca..

cgu anis

saya suka komen ni

Eco Kid Adventure on Facebook