Jumaat, 9 Oktober 2009

hati2 bila bercakap


Beberapa tahun lalu seorang saintis berkerja dengan dua puak Indian Amerika menyedari bahawa tidak seorang pun Indian asli ini yg gagap.
Sebagai seorang saintis , dia hairan jika ini kebetulan atau jika itu sifat puak indian.
Minat ingin tahunya membawa dia
mengkaji puak indian tersebut.
Dia tidak menemui seorang indian pun yang gagap.
Hasil kajian mendapati : tiada perkataan gagap dalam bahasa mereka. Jika tiada perkataan gagap , ia mustahil bagi seorang indian gagap.
Kita tahu bahawa perkataan melukis gambaran dalam minda dan minda yang akan memikirkan gambaran itu.
Jika tiada perkataan bagi gagap ,
minda tidak boleh memperlihatkan atau melukis gambar seorang yg gagap
Hasilnya : tiada gagap.
DARI JINGGO
Banyak sangat perkataan yang memberi gambaran dalam minda.
Dan hasilnya semua perkataan itu akan membentuk gambaran seterusnya membentuk kepercayaan.
Kepercayaan seterusnya akan membentuk budaya seterusnya tabiat seterusnya sikap seterusnya takdir.
begitu juga dalam sudut lain
mak - anak
mak - ayah
cgu - murid
kita - kita
perkataan itu akan diproses membentuk satu yang dinamakan
SISTEM KEPERCAYAAN
dan kita adalah adalah apa yang kita percaya.
Teringat : Orang dulu : marahkan anak mesti kiasnya memberikan gambaran yg positif...
bertuah punya anak......oklah panjatlah pokok tu lagi.....
itu cerita orang dulu dulu.Banyak kiasan......

14 ulasan:

zai berkata...

Satu lagi membuktikan kuasa minda mampu mengubah keadaan ..

Contoh : orang tua2 selalu berpesan beringat2 apabila mengeluarkan kata2 yang tidak elok kerana kalau terlalu banyak kali menyebutnya akan menjadi satu doa..ia ada kaitan akal dan perbuatan...jika kita berputus asa secara automatik kita juga jadi malas utk berusaha lagi.

Seorang ibu juga harus berhati2 kerana kata2nya selalunya sangat menjadi...jadi kerana itula orang dulu2 selalu menyebut perkara yg baik2 utk tindakan anak atas perkara yang tidak disukai semuanya kerana takut terlepas cakap.

Abd Razak berkata...

Lumrah gejala gagap jarang diberi perhatian oleh masyarakat. Utk mengurangkan : Khayalan mental untuk membentuk kebolehan mengambarkan sesuatu.

Amalan spiritual seperti berdoa, membaca al-Quran, berzikir dan berselawat itulah yang terbaik...

Ateh berkata...

moral of the story is always say positif words...law attraction

ONE ZABA berkata...

nak mengomen di sini pun kena hati-hati jugak. bimbang tuan rumah terasa hati.

Unknown berkata...

kak zai

saya percaya kepada ilmu yang semakin dicari gali...
orang2 dulu dah amalkan.
cuma tidak ada pendekatan ilmu macam sekarang...

~Insan Biasa~ berkata...

teringat lagu...FIKIRKAN BOLEH..

Unknown berkata...

en razak.

terima kasih kerana hubungkan idea saya dengan agama..
menarik.
kena duduk sembang ni

Unknown berkata...

yes ateh

satu lagi bentuk pendekatan yang praktikal....

Unknown berkata...

cgu one..
ada orang2 yang kena hati2..
kalau cgu one..
cakap ajalah...
he...he...he..

jangan terasa hati.

Unknown berkata...

cgu anis..

menarik kalau dapatkan buku dalam bidang berkaitan.

Maiyah berkata...

mmg kene slalu kata yg elok2 apalagi pd anak2, tapi kekadang terpeleot gak hehe :)

Unknown berkata...

maiyah..
dikatakan kanak2 boleh menerima ' kutukan ' dari sapa sahaja - tapi bukan dari ' makayah ' sebab kata2 itu akan membentuk kepercayaan....

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

bercakap yg baik-baik aja... tapi kadang dah trlepas ckp... org dulu2... mak ayah sy klu marah "bertuah sungguh anak aku nie"....

orang sekarang "hang nak p berambus mana p la".... kasar betul...

mcm mn anak2 nak ikut.. tapi kdng tak semestinya brckp kasar.. ertinya tak sayang kan...

-maiza-

Unknown berkata...

dan maiza...

begitulah
seharusnya kita tau dan faham....

Eco Kid Adventure on Facebook