Ahad, 18 Oktober 2009

kita pulak macamana....

Hari ini merupakan hari jadi saya dan cucu saya yang terkenal dengan sifat kedekut menghadiahkan saya satu laman blog," demikian baris pertama ayat yang tertulis dalam blog orang tertua di dunia yang mempunyai laman blog sebelum ini,
Amelia Lopez.
Beliau bagaimanapun meninggal dunia pada usia 97 tahun minggu lepas.
BAGAIMANA DENGAN KITA
dimana kita mulakan dunia ini
SAYA.
ogos 2008 - N3 pertama yang simple.
sebulan dua - hanya syok sendiri.
seterusnya seorang kawan menjadi ' penasihat '.
AKHIRNYA ORANG PERTAMA YANG BAGI KOMEN
puan tirana.
NIAT
awalnya sekadar berkongsi dengan pergolakan diri sendiri
AKHIRNYA
saya semakin merasakan media ini memberi impak besar dalam keseluruhan perjalanan hidup saya hari ini - terutamanya dalam konteks perkongsian ilmu. minat yg sediakan ada untuk duduk mengadap buku2 - menjadikan ini media terbaik untuk saya turunkan ' minda jinggo '.
KESAN
blog ' cerita jinggo ' semakin menarik untuk dibaca oleh diri sendiri.
semakin menarik dijadikan rujukan - dari komen dan link kawan2....
DIMANA KITA MULAKAN

23 ulasan:

Pn Kartini berkata...

Salam Mr Jinggo
Begitulah jua diri ini..mulanya blog dgn 'syok sendiri'..sekadar tempat utk meluah apa yg dirasa...Namun..bila ada yg mengikutinya..ia satu cara utk sampaikan ilmu...walaupun hanya sepatah cuma kata.seremeh mana isinya...yang penting ada impaknya..:):)
Tq ..anda antara yg sudi singgah..:)

- jinggo - berkata...

PnKartini

terima kasih
kerana cgu diantara rakan2 yg menulis bahan yg amat berkualiti untuk dibaca.
terima kasih.
saya semakin mengirakan
kita ada tanggungjawab sosial melalui ruang ni....

pija5120 berkata...

saya plak baru bbrp bulan jd blogger. pada mulanya sekadar mengisi masa berpantang bersalin :) sekadar berkongsi cerita dan rasa... sedar diri sudah jauh ketinggalan... sedar ramai yg hebat di luar sana...

cg jinggo, teruskanlah berkongsi cerita dan ilmu... blog cerita jinggo , 1 of my fav site (wpun krg komen kt sini).

sahabat~ pemberi semangat ketika kurang bermotivasi dan pemberi ingat ketika terlanjur beraksi- Dr. Syukri

~Insan Biasa~ berkata...

blog

- boleh jadi pengembang bakat semula jadi yang tersembunyi tanpa disedari..

- boleh juga jadi 'an open diary' yang boleh diambil iktibar dari segala catatan yang tercatat di dalamnya.

- jinggo - berkata...

cgu pija

setiap kita ada cerita
disini..
kalau cgu masa berpantang..
saya pulak - kena ' pindah rumah '....
he..

sekarang - rasa tangungjawab pulak nak memberi yg terbaik untuk dikongsikan

- jinggo - berkata...

dan cgu anis..

macam2 ada dsiini.
diharap kita akan terus menjadi lebih baik dari sebelumnya....

Brahimnyior berkata...

Bro Jinggo, teman pun sama. Antara orang yang rajin komen lob marhaen teman, mike le..

Tapi nak banding dengan prestasi, blog mike skang ni jauh berkembang.

TAHNIAH!

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

sy start jd blogger 6 bln.. he.. mula tue hnya isi ms trluang yg kdng boring. start n3 pun ntah apa2.. sekadar suka2.. bila dh lama2 dh trjadi suka. blog bkn sj sekadar brkongsi ilmu.. kenangan jg pengalaman.
malah dpt kembangkn minda, bakat jg sbg diary.. tapi blog sy tak setanding dng blog Jinggo yg di jadikan jambatan utk semua org lalui...

terima kasih kerna follow dan sudi singgh blog sy..
sy amat2 hargai..

-maiza-

- jinggo - berkata...

yop brahim...

blog teman - blog cari makan...
kenalah ' buka ' selalu...
apa2 pun terima kasih kerana kita berurusan....

- jinggo - berkata...

maiza...

terima kasih.
rasanya semua orang memulakan cerita sama - kalau tgk balik N3 pertama - lawaknya..
tapi hari ini - semuga kita dipermudahkanNya....

zai berkata...

Salam Jinggo..

Kak Zai dulupun bermula dgn sekadar sebuah diari harian tiba2 baru perasan semakin lama semakin komen dari ramai followers bila ada topik2 yg menarik dibicarakan..dari situ timbul minat..dan baru terfikir idea utk turut bersama2 berkongsi ilmu dan mengembangkan dakwah secara tak langsung kepada mereka yg memerlukan bimbingan tapi tidak tahu kemana hala nak dituju...inilah salah satu ciptaan yahudi yg boleh menguntungkan umat islam..

- jinggo - berkata...

inilah salah satu ciptaan yahudi yg boleh menguntungkan umat islam..

kak zai.

saya yakin pada pandangan tu.
semuga hari ini dan seterusnya.....
mungkin cara saya diuji berbeza dari yg lain.
ilmu yg ingin dikongsikan dan pembacaan dari perkongsian rakan2 -menjadikan saya semakin yakin
kita diajar
dan kita belajarr

.: mama cute :. berkata...

salam en.jinggo :D

blog sy plak jadi journal utk diri saya.. kot-kot lepas ni saya dah takde di dunia ni.. boleh la kawan-kawan yang hidup baca journal saya nanti..heheh.. (maybe saya kena selitkan sedikit peringatan untuk sedekahkan fatihah bila saya takde kan)

satu lagi... blog saya juga tmpat saya meluahkan perasaan gembira, sedih, tak puas hati dan sebagainya.. sebab saya rasa, kalau kita tak luahkan apa yang terpendam, akan memakan diri kita kelak. communication is very important, so it's one of my way to release everything inside my head. kita sentiasa berkomunikasi dengan readers kita.. ada orang beri respond ke tak, nasib la kan.. so, habis je sesi luahan perasaan, hati saya jadi stabil..ekekekke..

kepada mangsa-mangsa bebelan saya, saya nak mintak maaf kalau ada kat sini ye..ehehhehe.. kot-kot la mati tak sempat minta maaf.. harap maafin deh.. :D

p/s: blog syok sendiri la bes.. lepas syok sendiri, pakat-pakat orang lain tumpang syok sama :D

c ya!

- jinggo - berkata...

ha mama cute

terima kasih kerana pandangan...
gitulah kita...
baca saya - blog merupakan tempat saya ' mencanai ' bahan untuk saya kongsikan dalam bidang kerjaya..

semua disini - sekitar ' nota ' bacaan saya.dan saya kemaskan berdasarkan pandangan...

setiap kita lahir dari persekitaran yg berbeza - semuanya yg kita lahirkan dalam bentuk pandangan berdasarkan persekitaran tersebut..

terima kasih kerana perkongsian.

ONE ZABA berkata...

aku...kau..dan mereka ...adalah sama. punya citarasa dan isihati yang tersendiri. dan melaluinya kita saling berkongsi.

- jinggo - berkata...

cgu one.

terima kasih kerana 'setia ' bersama jinggo...
he..banyak jasa cgu pada - blog jinggo.

.: mama cute :. berkata...

elo again en.jinggo..

mcm saya, dilahirkan dalam keluarga yang sangat menitikberatkan komunikasi.. tak puas hati sila luahkan..jgn nak simpan2.. sbb bila kita simpan2, makan dalam akhirnya..

selalunya saya luahkan apa yang nak diluahkan pada my mom and also hubby.. then to my blog.. bila kita dah luahkan segalanya.. kepala akan jadi ringan dan dunia semakin riang gumbira bersama kita..

tapi sesetengah orang tak biasa dengan sikap saya yang agak open dalam meluahkan pendapat.. too bad eh..

sebab tu saya luahkan kat blog aje. sapa makan cili, maka dia terasa pedas.. dan selalunya, saya turut menerima segala pandangan orang.. good or bad..

dan orang yg meluahkan pandangan plak kena la berani menampilkan diri.. jgn pakai anonymous which i think-- very-very coward dan juga sangat dayus..hahaha...

dalam apa juga yg kita lakukan..harus berani..spt mana kita berani untuk buka blog.. kita msti berani terima pendapat orang lain dan cuba tangani dengan sehemah mungkin.. (ni kadang2 saya fail jugak..hahaha)

*berani untuk gagal juga :D

ok.. c ya :D

ari berkata...

19 oktober 2007 - N3 Pertama.
Sudah pun menyambut ulang tahun ke 2...
Bermula dengan hanya mahu seiring dgn zaman. Tempat meluah rasa bukan berkongsi. Kerana tika itu tempat luah semakin jauh dan merasakan hanya hati sendiri yang memahami utk apa yg lebih dalam. Penzahiran dalam maya cuma apa yang boleh, telah dan akan dipelajari bukan meraih simpati.

19 Oktober- bukan permulaan semata-mata, ianya satu pilihan. Mahu mengambil kesan-akibat, timbal-balik, baik-buruk....berani atau tidak berani menghadapi atas keterbukaan..

Kini-blog adalah satu tanggungjawab-pada diri sendiri dan org lain.
--Pada diri- sejauhmana mahu mendedahkan diri-privasi diri.
--Pada org lain-ilmu yg akan kita kongsikan-kerana org lain juga membacanya, memberi komen dan mungkin sebagai rujukan..

***p/s; Apapun Cgu Jinggo.. Terima kasih kerana MAHU berkongsi ILMU.

Ateh berkata...

laman blog..sudah lama tidak aktif..bcoz ada kehidupan lain yg lebih priority...kehidupan kita banyak yg berbeza...apapun ...kepayahan untuk membina sebuah kehidupan ibarat menarik sebelah kaki keluar dari lumpur...ada yg bermula dengan tidak mempunyai apa-apa..tetapi berbekalkan kemahiran hidup, ilmu dan pengalaman , setiap kepayahan dijadikan cabaran dan pastinya menghasilkan kejayaaan yg sgt bermakna..tanpa bergantung simpati yg lain dan sentiasa memandang kehadapan dengan penuh keyakinan...kerana hidup ini satu perjuangan..

- jinggo - berkata...

mama cute sekali lagi

sebagaimana dikatakan.
persekitaran awal membentuk siapa kita hari ini.
samada..
komunikasi verbal @ non-verbal semua asasnya dari itu.
dalam kontek menulis..

kita menulis apa yg ' ada ' dalam minda dibawah sedar kita.
sebab itulah - kita menyalin emosi kita...

akhirnya : kita bersangkabaik ajalah.

- jinggo - berkata...

cgu ari..

kita masing2 ada cerita disini :
yang penting kita kenalah bertangungjawab dengan apa yg kita tulis......
saya dari awal : memang nak menjadikan blog adalah media untuk saya menulis......
membaca dan menulis

selain menjadikan media terbaik untuk saya kembangkan kerjaya sebagai seorang trainer....

- jinggo - berkata...

ateh.

terima kasih
kerana pandangan.
kerana saya sudah menjadikan dunia blog sebahagian dari ' kerja + kerjaya ' maka saya kena mengadap hari2....

Tirana berkata...

Aduhai..nama saya disebut juga di sini rupanya...padanlah saya asyik tersedak aje dua tiga hari ni..hehehe..

Maaf, sejak akhir-akhir ni tak sempat nak bertandang dan memberi komen macam selalu. Banyak sangat perkara yang perlu saya selesai dan fikirkan..Kadang-kadang penat juga otak ini. InsyaAllah..keadaan akan menjadi pulih seperti biasa..

Eco Kid Adventure on Facebook