Khamis, 29 Oktober 2009

jiwa kacau.............

Wahai tuhan yang membolak balikkan hati
tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu
kejapkanlah pijakanku atas jalan-Mu
kerana ku tahu
Engkaulah pemilik hati yang hakiki
tak mungkin ia berubah melainkan dengan izinMu

tak mungkin ia berganjak melainkan dengan kehendakMu
dan tak mungkin berpaling melainkan dengan 'kun fayakun'
sebagai hamba yang daif aku ridha,
sedar dan insaf atas setiap apa yang telah Engkau suratkan buatku
hikmahMu ada dalam tiada
dapat dirasa dalam sengsara
dapat dikecap manisnya rasa
walau tidak pasti arah tujuannya

Aku redha dan pasrah dengan ketentuanMu
Wahai Tuhanku...

11 ulasan:

zai berkata...

Salam Jinggo..

Harap sentiasa tabah..

Manusia yang hebat bukan diukur banyaknya kekayaannya tetapi ia akan dikira hebat apabila dapat mengawal marahnya dan dapat menahan sabar diatas tekanan dan ujian yg diterima...

arryani berkata...

Sokong Zai...

Be strong!!

setiakasih berkata...

Adapun kesukaran itu sebagai penghapus dosa, Amin,

Cik Amy Sensei berkata...

salam encik jinggo..

nape jiwa kacau ni..
cam ada masalah je..

janganlah macam ni..
senyum-senyum selalu ok..

~Insan Biasa~ berkata...

ha....sungguh jiwa kacau..
semoga ketabahan hati menjadi milik kita.

Tirana berkata...

Semoga Allah memberi kesabaran dan ketabahan kepada Jinggo sebagaimana sabarnya Nabi Ayob menghadapi dugaan dan ujian Allah.

Pn Kartini berkata...

Salam..
Sesuatu yang didugakan ke atas kita..atas IzinNya..Sesungguhnya Dia Maha mengetahui akan kemampuan hambaNya yang ditimpa dugaan itu..InsyaAllah disebalik itu..ada hikmahnya....
Semoga diberikan kekuatan itu..

P/s : Smile...pls cheer up!

Abd Razak berkata...

Salam..

Moga Allah perkenankan permintaan sdra...ameen

Maaf lama tak di sini kerana kurang sihat

zaijb berkata...

salam,

tabahkan hati... dan bertawakal.

Zuraini bt Kamarudin berkata...

salam jinggo...
kuatkan hati...
tabah menghadapi hari2 mendatang..
sesungguhnya Allah maha mengetahui..

- jinggo - berkata...

terima kasih semua
kerana perhatian..
terima kasih terutamanya.

kadang kuasa apa yg kita ada untuk melawan bisikan suara dalaman...

Eco Kid Adventure on Facebook