Ahad, 25 Oktober 2009

XPDC punya penangan



teruja - bila dapat tahu XPDC nak datang rawang.
KENAPA JADI MACAM TU
mungkin terpaksa menunggu bertahun baru dapat join tgk konsert XPDC
dikala semuanya dah tak larat
AMY mungkin pukul ' drum ' sudah tidak segagah dulu
IZO mungkin - macam dulu juga...ubat apa dia makan :
dengan cerita dah mula naik pentas politik PAS...
ZUA - alamak lainnya : katanya dah bercucu
MAIL.
suara power - tapi asyik mengeluh penat.
DAN JINGGO
belajar sesuatu.
begini rupanya orang tengok konsert rock : mesti ' brutal ' sikit.
dan saya.duduk kat barisan depan - nampak ganjil -
rasa macam nak ikut menyanyi.
malu - dalam hati layan.
INI LAH HARGANYA
disebabkan teruja.
tak mahu terlewat.nak duduk depan.lampu kereta lupa tutup.
sehabis konsert.alamak.kereta tak boleh nak start.
mula cari kawan.satu persatu.12.30 am.semua tak angkat.
INI MR S
seorang kawan pernah menjadikan saya ' sensara ' dlm bisnes
dia yang angkat call.
dan datang.1.30 kereta boleh jalan.dengan beberapa nasihat.
MORAL.
nak bergaduh dengan orang - jangan bergaduh ' habis habisan '
tak suka.
diam dan kita keluar dari sistem perhubungan.
jangan ada aktiviti luka melukai.
sebab suatu hari orang ini yang akan tolong kita.
KALAU TIDAK
rumahku keretaku.tidur dalam kereta.

22 ulasan:

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

ha.. bersemangat nak tengok konsert. musibah yang nak datang kita tak tau. Tapi syukur jg musibah kereta kehabisan bateri.. klu musibah kemalangan macam mana.. minta di jauhkan.. nasib MR S ada kalau tak.. ya.. jng brgaduh 'habis habisan' klu tak suka diam dan keluar dari sistem perhubungan.. sy selalu buat mcm tue.. lbh menenangkan hati..

-maiza-

- jinggo - berkata...

maiza

banyak yg kita boleh belajar dari cerita XPDC ni

1. jangan teruja ( kelam kabut ) - saya selalu macam tu kut.selalu nak cepat...

2. usia tidak boleh di tolak kehadirannya....kenalah terima hakikat.usia dikaitkan dengan 'minat' semasa...kalau sama aja : tandanya tak sedor diri.

3. bergaduh dengan orang jangan bergaduh habis - habisan..

kita belajar.

Che' Pit berkata...

kawan setuju benar.. kdg2 bila ada konflik, jgnlah bertengkar sampai putus segala.. kdg2 kita tak tahu satu masa kita mengharap atau bergantung sesuatu pada dia.. percanggahan pendapat atau silap salah x dapt elak selagi bergelar manusia. berpada lah..

Tirana berkata...

Dalam hal-hal hiburan ni, saya memang kolot, tak berapa kenal artis..hehehe..

Dalam hal kereta juga saya tak berapa mahir. Lampu depan tak tutup, kereta tak boleh nak start ye - belajar sesuatu hari ini. Saya pernah juga terlupa off lampu, tapi kereta saya akan auto off semua lampu yang kita terlupa.


Buat baik berpada-pada, membenci orang jangan sekali..hehehe..sebab satu hari nanti, mungkin orang yang kita benci itu yang masih sudi menolong kita dalam keadaan terdesak. Selagi ada perasaan terkilan dihati, bermakna kita belum 100% ikhlas memaafkan dia. Perasaan terkilan ini memang payah untuk dibuang walaupun mulut kita beria-ia kata "aku telah maafkan dia".

zai berkata...

hmmm...teringat XPDC teringat lagu diaorang yg top satu waktu dulu C.I.N.T.A.. kak zai pun suka juga dengar lagu2 80an dan 90an ni..

konsert ??? tak pernah langsung pegi tengok even once in my life..entahla tak tahu kenapa...mungkin Allah saja tak lorongkan kearah tu kot tapi biasala once upon a time lagu2 cinta dah sebati kat dalam jiwa ni..

Bila sebut tentang musuh lama nie...kak zai sendiri dah tak ingat siapa yg pernah kak zai musuhi kerana dah lama maafkan diaorang tu walaupun satu waktu dulu pernah rebah juga macam jinggo..kenapa tak berdendam ?

kerana kak zai percaya Allah Maha Adil..dahpun melihat orang yg menipu kak zai dulu telahpun dihancurkan perniagaannya oleh Allah..itu satu bukti bhw doa orang2 yg teraniaya sangat makbul.

MORALNYA : ALLAH SENDIRI MAHA PENGAMPUN..WALAU BERJUTA KALI KITA BERBUAT DOSA DAN CURANG PADANYA..APABILA KITA BERTAUBAT DAN MEMOHON AMPUN DIA TETAP MENGAMPUNKAN KITA..JADI KENAPA KITA SEBAGAI HAMBANYA BEGITU SOMBONG ENGGAN MEMAAFKAN ORANGLAIN MESKIPUN ORANG ITU TIDAK DATANG SENDIRI MEMINTA MAAF MUNGKIN KERANA MALU ATAS KESALAHANNYA..JADI MAAFKAN SAJA..BETUL TAK ?

arryani berkata...

Ye la...nak gaduh, jgn smpi terputus sedara plak..

nasib baik ada dia tau..

..mmg dah ditakdirkan perhubungan itu akan pulih sedikit demi sedikit..

bersihkan hati dan cuba bersangka baik ..

- jinggo - berkata...

ngeh...ngeh..che pit.

kadang2 gitulah
tak suka.
diam - itu yg terbaik.
keluar sistem - madsudnya ' bersangka baik '......

bayangkan kalau saya berhabis habisan dengan MrS - malam tadi tentu tidor dalam kereta..

ngeh..ngeh...

- jinggo - berkata...

puan tirana.
saya menyertai orang lain - maksudnya komuniti remaja semasa tu - XPDC sapa yang tak kenal.
sebab masa tu - jadi remaja sopan agaknya.tak buat aktiviti2 macam ni..

menyenangi kawan.
biasanya saya akan off kan perhubungan .
bukan cut...
rasanya agak praktikal.
sebab permusuhan yg berhabisan selalunya akan berakhir dengan 'kejatuhan emosi '.....

saya belajar lagi.

- jinggo - berkata...

ya aryani

perhubungan tu akan baik - usia dan masa akan menjadikan lebih matang dan sedar....

dalam apa2 hal.
berpada2....

- jinggo - berkata...

JADI KENAPA KITA SEBAGAI HAMBANYA BEGITU SOMBONG ENGGAN MEMAAFKAN ORANGLAIN MESKIPUN ORANG ITU TIDAK DATANG SENDIRI MEMINTA MAAF ..........

kak zai : saya suka ayat tu.
yang penting - jangan ada dendam.
sebab cerita malam tadi akan berlaku pada sesiapa....

mengenai konsert.inilah kali pertama : tu pun nampak ganjil

zaijb berkata...

walaupun kita telah berhubung balik...
tapi kita 'jgn lupa' - berhati2 berkawan dgn nye... supaya tak kan berulang lagi kejadian tue.

insan pendidik berkata...

salam jinggo,

wah bestnya tengok konsert XPDC. Memang minat betul kumpulan ini. XPDC cukup IP kagum sebab tak kisah pun buat mana-mana persembahan. Hatta masa funfair dulu pun. Yang tak bestnya kereta jinggo tak boleh start...ada hikmahnya kot.

ONE ZABA berkata...

mujur jinggo tak telepon aku ni. kalau telepon...sah la aku pun tak dapat nak tolong jugak. jauh sangat!!!

- jinggo - berkata...

yes zaijb

bersamana kita dapat
pengalaman
kenangan.......
ada sempadan diantaranya.

- jinggo - berkata...

insan pendidik

ada hikmah tu
mungkin nak sedor kan diri...
dah tua
tak layak terkinja2...ha...ha...

- jinggo - berkata...

cgu one

ingat nak call juga
minta idea - on line..
he...
semua dah ok.
moral : jangan delete no kawan2.

Pn Kartini berkata...

Salam
Ingat XPDC..ingat masa muda2..:):)
Moral dr citer:
Org yg mensensarakan kita tak semestinya tiada sifat 'baik'nya...:):)

dotblogspotdotkom berkata...

kebetulan sekarang pakcik tengah dok layan lagu XPDC... teringat zaman sekolah... dengar kaset je.. mana ada CD lagi masa tu... huhuhuh....

bergaduh?.. pakcik lebih suka ngalah dan diam kan diri... adakalanye silap dari kita sendiri...tp oleh kerana marah... seme salah org lain..

ngalah bukan kalah... diam sekadar muhasabah diri....

sejukkan hati bertindak ngikut pikiran....

apa2 pun..semua musibah ada hikmah...

Cik Amy Sensei berkata...

salam..

waahh...minat XPDC ekk..semangat tuu..hehe..

saya takde la minat sangat kat kumpulannya..tapi kalo lagunya ade la satu dua yang minat..hehe

saya lebih minat kat lagu yang slow..sentimental..
yang rock2 ni tak minat aah.. :)



p/s: moga bahagia selalu!

- jinggo - berkata...

cgu tini
Org yg mensensarakan kita tak semestinya tiada sifat 'baik'nya...:):)

saya suka ayat ni.

- jinggo - berkata...

terima kasih pakcik yg layan XPDC....

he...dah selamat dtg ke blog jinggo....

ambil cerita tadi dari sudut akademik

- jinggo - berkata...

cgu amy

saya minat tak lah sangat..tapi ikuti perkembangan juga
kalau minat pun masa Mail jadi vokalnya..

dan hari ini ( semalam ) berpeluang tgk dekat2...dah tua rupanya diaorang tu.

Eco Kid Adventure on Facebook