Khamis, 22 Oktober 2009

dia aja yg betul 2

KITA BIASA DENGAN DIOLOG INI
Seorang isteri bertanya kepada suaminya
Boleh awak tolong cari garam di dapur ?
Saya tak nampak pun
Awak carilah sendiri , ada di dapur..
Saya tak tahu dimana letakknya garam tu ,
macam mana saya hendak cari..
INI APA…
jawab isteri.
KENAPA TAK JUMPA
dalam bidang psikologi ini dinamakan sebagai schetoma
( titik yang tidak kelihatan )
Apa yang kita nak kongsikan.
Si Suami tadi sebenarnya percaya
(sebenarnya malas nak cari )
garam tiada ada ada di dapur.
Kita adalah apa yang kita percaya
Tetapi adakah semua yang kita percaya itu betul.
Ini persoalan kita
KADANG2
Sebagai ibu
Sebagai ayah
Sebagai kawan
Sebagai guru
kita berhadapan....

Dengan orang yang begitu percaya dia betul pada apa yang dia percaya.
Bagaimana kepercayaan terbentuk
.
Kepercayaan terbentuk dari orang – orang penting sekeliling kita iaitu
ibubapa , guru , dan kawan2.
Kita cenderung mempercayai apa yang dipercayai oleh orang2 yang mempengaruhi kita.
BAGAIMANA NAK UBAH
( kalau kepercayaan itu negetif )
Mencari alasan bagi mengubah kepercayaan
Mencabar bukti 2 yang menyokong kepercayaan kita
Mencipta kepercayaan baru
Mencipta bukti2 bagi menyokoing kepercayaan baru
MELIHAT KEHADAPAN DAN MEMIKIRKAN MANAFAAT YANG
KITA AKAN PEROLEH DARIPADANYA.
KADANG2
Kadang2 kita berhadapan dengan orang2 yang menjadikan kepercayaannya
sebagai tembok besar untuk menerima teguran
Yang kepercayaan itu betul ( pada dia aja ) walaupun salah.

24 ulasan:

zai berkata...

kak zai ada sorang kawan macam ni jugak..asyik nampak dia saja yang betul walaupun kadang2 dia sendiri termalu kerana tersedar kesilapannya..apapun kita harus juga belajar menyesuaikan diri dengan orang2 spt ini kerana kalau tidak bermakna kita terpaksa bermusuh..itu yg sesuatu yg paling kak zai tak gemar..bergaduh dan bermusuh..

Brahimnyior berkata...

Susah jugak kalau ada member yang 'asyik aku betul, kau salah."

Biasanya orang yg tahu perangai member yang begini malas nak bertekak panjang, diam atau lebih baik 'blah' drp melayan fe'el menegakkan benang basahnya.

mountdweller berkata...

Salam sdr. jinggo

Merubah ini semua hanya dengan menggunakan akal yang segar!

Manusia yang bergantung kepada orang lain sememangnya tidak mempunyai akal yang segar.

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

memang pening kalau ada kawan atau orang macam tue.. asyik dia aja yg betul. kadang tue caranya seperti nak cari pasal aja 'gaduh' sakit hati juga orang macam nie.. tapi tahan aja la.. sabar saja teruskan berdiam diri. perlukah begitu..
jinggo... saya betul2 sakit hati dan geram dengan orang sebegitu.. asyik tak berpuas hati dengan saya.. itulah saya asyik diam aja..

-maiza-

Ateh berkata...

i heard this story before..actually when we say tak jumpa or susah..we actually sent the signal to brain to stop looking or stop thinking..that made us cannot find the thing and feel so difficult to do something..n when problem arise we should treat it as challange n automatically we sent a signal to the brain to find a solution to solve it..semuanya bermain dalam pemikiran kita sebenarnya..

zaijb berkata...

sering kali berhadapan sebegini, selalu dia jee yg betul... org lain cakap tak nak dengar... bodoh sombong lee tue...
ape nak buat???
uhh... sabor jee lahh pastu blahh...
lagi dengar lagi sakit hati...hu

Tirana berkata...

Kepercayaan yang terbentuk sekian lama dalam diri memang sukar untuk diubah. Orang lain tidak dapat mengubah apa yang ada dalam diri kita melainkan kita sendiri yang mengubah cara kita berfikir. Mudah-mudahan Allah sentiasa memberi ilham kepada kita untuk berubah ke arah kebaikan.

ONE ZABA berkata...

agak pelik la kalau isteri bertanya kepada suami di mana letaknya garam. suami bukannya rajin ke dapur. (bukan semua la).

lebih baik suruh suami pergi beli garam kat kedai daripada cari garam kat dapur.

kalau suami bertanya kepada isteri di mana letaknya garam pun pelik jugak. suami bukannya tau nak bubuh garam secukup rasa (aku la tu).

- jinggo - berkata...

kak zai.
dikalangan kawan2 kita yang percaya dia aja yg betul.
kita lemas
rimas
tapi nak berkawan..
akhirnya : jadikan dia betul mungkin terbaik untuk sementara waktu.

- jinggo - berkata...

yob brahim

saya nak kongsikan pengalaman meeting dengan ber'ketua'kan boss yg dia aja yg betul..
masa di PLKN
berbosskan Mejar.
untuk apa meeting kalau semua keputusan sudah dibuat..

- jinggo - berkata...

tuan mount..

pandangan dan komen yg amat segar.
dari pengalaman yg panjang barangkali...

- kemana lama menghilang dari dunia maya ni -

- jinggo - berkata...

Miza.

berhadapan dengan orang yg macam ni.
diam aja
bagi dia aja yg betul
tapi yang penting : dia bukan kawan.....

madsudnya : dari segi motivasi kita tidak untung bersama kawan yg begini...

- jinggo - berkata...

ateh

saya amat suka dengan pandangan yg berfakta ni..
saya sedang - memanjangkan bacaan dalam bidang berkaitan.
ini dikaitkan juga dengan kuasa tarikan..

sebab asasnya - suami tu memang malas nak cari -

- jinggo - berkata...

zaijb

itu orang sombong.
sikap begini datang dari sistem.
dan kita kadang2 kesian dengan orang2 begini - tak ramai kawan yg ikhlas nak berkawan.....

- jinggo - berkata...

puan.

bahayanya kita bertindakan atas dasar kepercayaan.
begitu juga dengan anak2 yg saya jalani di kem.

kalau di perth dulu - ada satu pendektan - re install @ re prgram : sebab kadang2 persekitaran berbeza menjadikan kepercayaan kita berbeza....

- jinggo - berkata...

ha..cgu one
bayangkan macam ni

isteri suruh beli garam
yang dia bawa balik rokok - macamana tu.

zan-xray berkata...

saya pun selalu lupa di mana saya letak barang, selalu ilang ingatan hehe..
so saya akan tanya orang yang betul
saya rasa dia betul la.
malas nak pikir berat2, kalau dia rasa betul suka hati dia la.. pi la buat apa yang dia rasa betul. kalau berjaya kita raikan.
tapi kalau tak berjaya.. pakat2 kutuk haha..
tapi kalau boss tak berani la

blueCITY berkata...

salam jinggo

saya memang ada sedikit -ve thinking pada org, apa lagi laki2? hehehh
tapi semua itu sabagai satu permulaan, permulaan utk memberitahu siapa saya ?
kalao mereka dapat tembusi tembuk itu, akan mudahlah apa2 sahaja lepas itu.

saya juga suka bertanya pada yg betul
heeeeeeeeeeee

Tirana berkata...

Jinggo..

Reinstall..reprogram.. itu yang saya tulis dalam siri bicara kendiri di blog saya..(belum habis lagi..rasa macam tak larat dah nak sambung..hehehehe..). Reprogram semula minda separa sedar dengan program yang positif supaya kepercayaan yang salah itu dapat dibetulkan. So bagaimana nak masukkan program baru yang lebih positif ke dalam minda separa sedar????

- jinggo - berkata...

zan

hilang barang - dan tak jumpa ni sebenarnya dah dibuat beberapa kajian saintif - dikatakan - kita memang ' tak nak ' jumpa...

kuasa tarikan dari perkataan ' mula2 '

- jinggo - berkata...

blue

sistem kepercayaan kita dibentuk oleh pengalaman + persekitaran - saya tidak salahkan sesiapa dalam soal ni..

semua orang menyatakan dia betul.

- jinggo - berkata...

puan nak masuk program baru..
saya berpandangan.
seluruh sistem yg menyumbang kepada perjalanan minda....

kalau separuh2...saya sedang membaca topik tu....

Ateh berkata...

pernah semasa sakit melahirkan anak ..saya membayangkan perkara yg menyeronokkan saya dan ianya banyak membantu bcoz i'm not focusing on the pain..hehehe n always apply these technics whenever i think it should..

Kunang-Kunang berkata...

Sabar jerlah. Untuk elakkan perselisihan, rasanya diam dan mengalah jalan terbaik.

Tunggu masa yang sesuai baru beritahu yang dia tidak semuanya betul.

Eco Kid Adventure on Facebook