Sabtu, 17 Oktober 2009

jangan hakimi apa2 pun

Di sebuah ladang terdapat sebongkah batu yang amat besar. Dan seorang petani tua telah selama bertahun-tahun membajak tanah yang ada di sekeliling batu besar itu. Sudah cukup banyak mata bajak yang pecah gara-gara membajak di sekitar batu itu.
Padi-padi yang ditanam di sekitar batu itu pun tumbuh dgn tidak baik.
Hari ini mata bajaknya pecah lagi.
Ia lalu memikirkan bahwa semua kesulitan yang dialaminya
disebabkan oleh batu besar ini.
Lalu ia memutuskan untuk melakukan sesuatu pada batu itu.
Lalu ia mengambil cangkul dan mula menggali lubang di bawah batu. Betapa terkejutnya ia ketika mengetahui bahwa batu itu hanya setebal sekitar 6 inchi saja.
Sebenarnya batu itu dengan mudah boleh dipecahkan.
Kemudian ia menghancurkan batu itu sambil tersenyum gembira.
Ia teringat bahwa semua kesulitan yang dialaminya selama bertahun-tahun oleh batu itu ternyata boleh diatasinya dengan mudah dan cepat,
jika ia tahu masalah yang sebenarnya.
DARI JINGGO
masalah dan kita.
Menurut MrHill - ada satu tempat di mana orang yang tidak berhadapan dengan masalah dunia.
iaitu di dalam kubur.
dan kajian besar mengenai penyakit mental dan penyakit yg dikaitkan dengan pemasalahan kian bertambah dalam masyarakat hari ini. Di Malaysia kira2 21 % penduduk kita mengalami masalah mental. Di Singapura terdapat sekitar 60 %.
SECARA PURATA TERDAPAT 7 ORANG RAKYAT MALAYSIA
MEMBUNUH DIRI SETIAP HARI
( sumber buku kekuatan emosi : CAP )
Pemasalahan dan penyelesaian dikaitkan dengan satu lagi kemahiran hidup.
DAN SAYA PERCAYA
kita adalah apa yg kita fikirkan
untuk itu jangan difikirkan betapa ' dalamnya batu '...
JANGAN BUAT PENGHAKIMAN
dikatakan 60 % penghakiman kita adalah dari persoalan yg tak pasti.

10 ulasan:

ONE ZABA berkata...

hepi depavali..

" தமிழ் மொழியை சுவாசிக்கும் மலேசியப் படைப்பாளர்களே, பன்மொழியும் பல்லின மக்களும் வாழும் மலேசிய நாட்டில், தமிழ் மொழிக்காக தொண்டாற்றிய பேரருளார்களை இளைய தலைமுறையினர் மட்டுமல்லாது உலகமெங்கும் வாழும் தமிழ் மக்கள் அறிந்து கொள்ள இந்த அகப்பக்கம் நீண்ட யாத்திரை மேற்கொண்டுள்ளது."

pecah kaca pecah gelas. lepas baca harap balas...wakakaka!!!

- jinggo - berkata...

" தமிழ் மொழியை சுவாசிக்கும் மலேசியப் படைப்பாளர்களே, பன்மொழியும் பல்லின மக்களும் வாழும் மலேசிய நாட்டில், தமிழ் மொழிக்காக தொண்டாற்றிய பேரருளார்களை இளைய தலைமுறையினர் மட்டுமல்லாது உலகமெங்கும் வாழும் தமிழ் மக்கள் அறிந்து கொள்ள இந்த அகப்பக்கம் நீண்ட யாத்திரை மேற்கொண்டுள்ளது."

saya dah balas cgu one...
he...jangan lupa kita layan cerita tamil kat TV2

Kunang-Kunang berkata...

He he, tak faham satu aper. Mula-mula ingat pc ni kena virus.

Pada saya jika sesuatu kerja tu kita lakukan dengan rasa senang hati akan senanglah kerja tu dsiapkan.

Tapi anda dari awal lagi kerja tu kita anggap susah, susahlah jadinya.

Semua terpulang kepada diri kita sendiri.

Ateh berkata...

mesti suka dgn apa yg kita lakukan..akan memudahkan kita utk melakukannya...jika kita kata susah we actually send a signal to our brain to stop thinking..read this book..I Am Gifted, So Are You...by Adam Khoo...

Kemahiran hidup memerlukan kemahiran berfikir (thinking skill) atau kognitif..kemahiran berfikir dtgnya dari pendedahan hidup yg memerlukan kemahiran mendengar, kemahiran membaca, kemahiran emosi dan kemahiran sosial...perlu ditekan sejak awal kanak-kanak..paling penting sekali observe...memerhati dari segala sudut dan bukan hanya dari pandangan luar...look n see, most of us are looking but not see...membawa maksud berbeza...begitu juga hear n listen..we only hear but not listen..berbezakan.. jika kita punya ilmu dalam kemahiran hidup..hidup yang susah hanyalah satu cabaran yang pasti menguntungkan...

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

masalah + tindakan

semua pernah rasa ada masalah, cuma yg bezanya kecil atau besar. mampu atau tidak nak bertahan. semoga di beri kekuatan OlehNya..

percayalah... "kita adalah apa yg kita fikirkan" semua mnjadi bahan untuk fizikal kita bertindak..

hati2 dng apa yg kita fikirkan
thanks Jinggo

-maiza-

- jinggo - berkata...

kak hanim

sebagai orang yg berpengalaman - saya rasakan itu jawapan yg terbaik....
lakukan sebab kita nak lakukan...

- jinggo - berkata...

ateh..

i macam tak reti nak ulas komen u ni..
tapi i tulis semula dalam buku nota...
terima kasih

- jinggo - berkata...

maiza..

terima kasih kerana perhatian - kita berkongsi mana yg baiknya dari ilmu ni

a kl citizen berkata...

assalammualaikum

takut masalah kat kubur lagi parahlah pulak

Ateh berkata...

susah n senang sebenarnya dibentuk oleh pemikiran kita..kita yg mengawal otak untuk menjadikan ianya mudah atau disebaliknya...spt kita mencari sesuatu brg yg x jumpa padahal ia sebenarnya di depan mata..kerana mulut berkata x jumpa...jadi otak memberi signal untuk menutup mata hati..lebih kurg camtulah...maybe buku tu boleh membantu..I Am Gifted, So Are You by Adam Khoo

Eco Kid Adventure on Facebook