Rabu, 21 Oktober 2009

anak kita anak orang.


Kejam dan tidak berperikemanusiaan apabila seorang lelaki Afrika didakwa sanggup mendera, merogol dan meliwat anak kekasihnya yang baru berusia tiga tahun sehingga kanak-kanak itu menemui ajal.
Malah, kekasih wanita terbabit yang juga seorang janda berusia 24 tahun tergamak bersekongkol dengan warga asing itu apabila sanggup berbohong dengan mereka cerita kononnya anaknya mati akibat didera pembantu rumah.Bagaimanapun, siasatan polis mendapati fakta dalam keterangan diberikan wanita yang bekerja sebagai setiausaha itu meragukan sebelum merumuskannya sebagai pembohongan apabila mendapati wanita terbabit tidak pernah menggaji pembantu rumah yang didakwa melarikan diri sejurus selepas tragedi menyayat hati itu.Sumber polis berkata, wanita rakyat tempatan itu dikesan menjalinkan hubungan dengan lelaki Sudan terbabit sejak beberapa bulan lalu.
*Sumber berita daripada Harian Metro bertarikh 02 Zulqaedah 1430/21 Oktober 2009
ANAK KITA ANAK ORANG
siapa yang mahu kita tuding sekarang.
wanita itu kah
lelaki afrika itu kah.
YANG PASTINYA KITA BAYANGKAN SAAT DEMI SAAT
yang dirasai - yang disakiti - yang azabnya.
anak kecil yang hanya tahu meminta dengan tangisan.
kita simpulkan begini.
menurut Dr Larry Keefauver dalam buku
Parenting for Life
sekiranya anda tidak dapat memperuntukkan masa jangan mempunyai anak.
ANAK + MAK + AYAH
kita ada naluri dan yang berbeza untuk menzahirkan proses mengawalan emosi semasa berhadapan dengan ' kerenah ' anak2.
kepada ibu - melayan kerenah anak2 sebahagian dari pakej yang sudah dizahir
dan kepada ayah.
TENTU KITA ADA CARA YANG BERBEZA.
kepada jinggo
setelah macam2 berlaku
lautan api sanggup direnangi.
mengecewakan mereka tidak sekali.

17 ulasan:

AkuBukanLelaki berkata...

kejam!!!!

Unknown berkata...

vilda

bukan sekadar kejam
tapi nak kata apa.........
binatang kut...

Pn Kartini berkata...

berlaku keterencatan baik si ibu maupun si kekasihnya...
Betapa sikap kebinatangan itu mengatasi segala rasa keperikemanusiaan..........

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

binatang pun sayangkan anak. tue bkn binatang.. maaf cakap 'setan' kot. apa punya mak, mahu pl perempuan tue nak org cmtue.. ee.. cinta itu buta. dah menjadi lumrah. yg baik akn bertemu yg baik tapi sebaliknya.... semoga sentiasa di lindungi olehNya.

-maiza-

su berkata...

zalim! apelah seorg budak kecil tu....

su berkata...

Apelah 'daya' seorg budak kecil tu....

Tanpa Nama berkata...

Cikgu Jinggo,
Org macam ni tak layak jadi manusia.

Unknown berkata...

cgu kartini

tidak normal kalau kita menyatakan YA pada aktiviti macam ni.....
kita ambil pengajaran dari banyak sudut..

Unknown berkata...

maiza

dilihat dari sistem sosial mak dia - tidak terkejut dengan apa yg berlaku..
mungkin Allah sayangkan budak ni
kalau dia dipanjangkan umor - sistem familinya amat teruk...

Unknown berkata...

cgu su...

setiap kali ' deraan ' bukan sedikit tangisan..

Unknown berkata...

cgu zana

tak layak jadi manusia
jadi apa
binatang.
tapi dia manusia......
ha...ha....

Tirana berkata...

Sayangkan kekasih, anak diketepikan. Kejam, binatang pun tidak sekejam itu. Semoga mereka yang bersalah melakukan jenayah tersebut mendapat balasan yang setimpal.

zaijb berkata...

mengapalah begitu... si ibu tiada rasa langsung kasihan pada anak nya sendiri...
teringin nak bertanya pada si ibu ini...

GBSM berkata...

Dimanakah nilainya kasih dan sayang?Dimana letakkan kasih seorang ibu yg telah mengandungkannya selama 9 bulan 10 hari. Hilang rasa sakit bersalin hanya kerana seorang kekasih... Hilang pertimbangannya Dia, hanya kerana kekasih yang barangkali lebih lama dia kenali... dari mengandungkan bayinya.Kesian bayinya menanggung kesakitan..tergamaknya hati ibu...

Unknown berkata...

puan tirana

terima kasih kerana pandangan.
cinta.
itu adalah sebahagian dari ceritanya.

Unknown berkata...

zaijb

kalau jumpa mak dia...
saya nak tanya
handsome sangat ke mat afrika tu....

Unknown berkata...

GBSM

semuga ada yang boleh kita kongsikan dari sudut lain..
azab mengandung 9 bulan
azab kesakitaran bersalin...

Eco Kid Adventure on Facebook