Selasa, 13 Oktober 2009

cerita orang kalah lagi

Sesungguhnya dalam hidup kita tidak akan menang dalam semua hal :
sesekali kita akan "dikalahkan" oleh diri sendiri.
Kita akan dikalahkan oleh diri sendiri bila kita menggiakan yang kita telah kalah.
Yang menjerumus diri kita dalam dunia yang kita cipta sendiri.
Dunia orang kalah.
Kita berhak menyatakan apa sahaja : sesungguhnya dunia ini tidak pernah mahu berhenti : malah mungkin tidak mahu bersimpati langsung kepada kita. Dan begitulah seterusnya... Kita berhak menuding kepada persekitaran yang tidak sepatutnya memperlakukan kita sehingga kita kalah...
Adakah betul kita kalah!!
Dunia ini masih adil dengan percaturan demi percaturan. Cuma kita terkadang alpa dengan fitrah kita sendiri.
Persetankan segala punca yg di ' ada' kan
- jalannya harus di hadapan.
Kita akan terus di kalahkan seandainya kita mengalah
. Hidup ini adalah selingkar cerita yang kita pilih dan seharusnya kita bertanggungjawab terhadap pilihan kita. Membiarkan diri terus terusan mencipta cerita ' orang kalah ' akan membenarkan segala hukumam bagi ' orang yg kalah '.
Hari ini. Kita tidak kalah. Kita adalah 'PEMENANG' yang ditunda kemenangannya.

Dari Jinggo
keluh kesah, berfikiran negetif, menyalahkan persekitaran, putus asa, tidak bersemangat, pemarah, pendendam, merajuk, geram, benci.
DAN TENTUNYA
semuanya tidak berhenti di situ, fizikal kita akan menerima ' arahan ' dari apa yang kita fikirkan.
jadilah kita seorang yang dilihat negetif.

29 ulasan:

azlanlin berkata...

Saya setuju berkaitan apa yang Sifoo Jinggo perkatakan. Kita akan bergerak ke arah apa yang difikirkan, melainkan kita mula menyimpang dari arah matlamat dalam fikiran kerana gangguan nafsu (keluh kesah, berfikiran negatif, menyalahkan persekitaran, putus asa, tidak bersemangat, pemarah, pendendam, merajuk, geram, benci....)

Yang membezakan manusia dengan makhluk lainnya ialah AKAL. Akal mempengaruhi DISIPLIN. Disiplin memandu tingkahlaku.

Tingkahlaku menghasilkan tindakan.

Kesimpulannya, kuasai AKAL untuk membentuk disiplin diri yang mempengaruhi tingkahlaku yang menghasilkan tindakan. Positifnya tindakan bermula dengan Akal yang positif. Begitu juga sebaliknya.

Gangguan akan wujud dalam proses itu. Gangguan itu datangnya daripada nafsu yang tidak dikawal.

Oleh itu, kawal AKAL dan kuasai NAFSU... Insyallah..kita berada di landasan yang tepat!

Apa pendapat sifoo Jinggo?

Kamsiah yusoff berkata...

la tahzan..buku ajaib..saya dah habis baca sekali..ni dok khatam kali kedua pulak...

Unknown berkata...

Yang membezakan manusia dengan makhluk lainnya ialah AKAL. Akal mempengaruhi DISIPLIN. Disiplin memandu tingkahlaku.

cgu azlan

semua manusia berakal.
tapi tidak semuanya berDisiplin

kesimpulannya : ini persoalan karektor yang zahir dari satu sistem kepercayaan yang di' install ' dari persekitaran. kesilapan kita' memasukan ' virus dalam minda kita - menjadikan tindakan kita tidak keharuan.

untuk itu - dikatakan - filter pun di sediakan.
siapa nak sediakan
pendidikan dirumah
pendidikan di sekolah
pendidikan di persekitaran.

seterusnya AKAL menjadi kita itu dan ini...

setuju ke cgu azlan....

Unknown berkata...

puan kamsiah

La Tahzan - bacaan orang yg keluh kesah..
terima kasih kerana mengunjungi blog jinggo....

Ateh berkata...

La Tahzan...Jgn Bersedih...tapi bila baca makin sedih...huhuhu..betapa kerdilnya manusia bila dibandingkan nikmat yang diberikan..betapa egonya manusia bila tiada pujian dan syukur dititipkan buatNya...huhuhu...sangat-sangat sedey...

Unknown berkata...

ateh - jangan bersedih..
apa yg berlaku atas mukabumi ni

kita diajar
kita belajar
bukan untuk dihakimi

LaTahzan

CITY® berkata...

salam saudara jinggo,

saya selalu buat2 mengalah,
hakikatnya
dalam hati saya tahu saya menang
kerana saya tahu target dan tujuan saya

tapi,
banyak kali juga saya kalah
tapi
saya berfikir
mungkin kalah ini yg terbaik
buat saya
or buat semua

heeeeeeeee

ONE ZABA berkata...

sesekali kalah tu bagus jugak...sado ke diri.

Guru berkata...

assalammualaikum

ya , kita perlu mem positifkn minda dan diri, kekalahan adalah kemengan yang tertunda

Unknown berkata...

blue...

teringat cerita MrDonald Trumph masa di jatuh bangkrap - kena saman dengan bini lagi...

apa dia buat
reframing masalah tu...
mencari dimana posotfnya pemasalahan tersebut

akhirnya ok

Unknown berkata...

cgu one

saya kalah dengan cgu...
dalam bab menjimatkan minyak kereta....
ha...

Unknown berkata...

cgu kl...

kemenangan yg ditunda
betul
betul....
kalau semua itu lah ingatannya : selamat dunia..

kegagalan menegakkan hukum AlQuran didunia - bermakna kemenangan yang ditunda

Ateh berkata...

bukan sedih sebab apa yg tersurat ..sedih dengan keangkuhan n kebudusan manusia n kagum dengan Maha Pencipta yang tersangat Pemurah n Penyayang...hebat sungguh Dia... sedih dengan kedaifan diri sendiri..

Chenta berkata...

Salam Jinggo..

Pendapat saya kann...
Kegagalan sebenarnya berlaku apabila kita ...

Berhenti mencuba,
Berhenti berjuang.
Berhenti mencabar kebolehan diri sendiri .
Berhenti belajar dan yang paling teruk,
BERHENTI BERFIKIR ! .

Orang begini memang benar-benar gagal (typical loser)

Penyelesaiannya..

Bersedia dan menerima kegagalan itu serta tabah menghadapinya . Mental juga penting okeh .

so, apa pendapat u ?

Unknown berkata...

ateh

kenapa nak disedihkan dengan kegagalan sebab ' pastinya ' ada ilmu yg orang lain tak tahu...

kita yg gagal dipilih...

Unknown berkata...

linda

kegagalan : adalah sesuatu yg dah berlaku.
kesannya
PENGALAMAN
KENANGAN

kalau kita memilih Pengalaman bermadsud kita tidak akan berhenti....

kenangan : berhenti dari mencuba.....

jadi jangan persoalan sejauh mana gagalnya kita - sebab kita dipilih diantara yg lain...

sebab orang yg tidak gagal bermadsud dia tak buat apa2 pun hidup dia sendiri......

Ateh berkata...

walau kesekian kali khatam membaca ...buku itu bisa bikin hati jadi sedeyyyy..huhuhu..beli buku tu sampai 2 buah sbb ada org pinjam buat harta sendiri...huaaa..

Unknown berkata...

ateh...

sebab tu tajuknya jangan bersedih.......
kenapa nak bersedih...

Mak Su berkata...

lebih baik tak usah fikir2 sgt, ek

supaya tak tensen

Chenta berkata...

Yup.

saya setuju ngan statement u..

" sebab orang yg tidak gagal bermadsud dia tak buat apa2 pun hidup dia sendiri......"

memang menarik ! tq so much

myQza berkata...

ada buku tu yg comel 3 siri.. ada org bagi..

bila hati rasa terusik atau menjauh suka baca dan cari kata2 yg dapat menyejukkan hati :)

Ateh berkata...

patut kalu x nak kasi sedey..kena letak tajuk lain...mari bergumbira... positive words...hahaha ..law of attraction.. jgn bersedih..lagi tambah sedeyy..sampai air hiduung pun meleleh sama..hehehe

Unknown berkata...

mak su

hidup mak su...
jangan difikir
ikut style abang jem

i follow

2_one berkata...

kadang2 kekalahan itu boleh mnjdi guru kpd kita sptmana kritikan.semua nya brgantung pd kita untuk memutuskannya...mahu berubah atau tidak..kalo asyik tdk yakin pd dri n asyik negatif je..sampai bila2 kita adalah org kalah....

Unknown berkata...

Si TEDI

bagus membaca
buku2 yg macam tu - menyegar jiwa.....ha...

Unknown berkata...

ok ateh..

nanti saya buatkan tajuk lain - yg menyambung kisah ni...
dari sudut lain

Unknown berkata...

2one

semuga akan lahir seorang lagi orang hebat dikalangan pendidik.........terus
jinggo akan bersama.

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

pengalaman + kenangan

kenangan mengajar apa ertinya kehidupan. tiap manusia tak akn menang dlm semuanya. ada juga kekalahan yg di terimanya. tak pernah merasa kalah bererti tak pernah mencuba jg merasa nikmat..

apa2 pun semuanya brgantung pada
minda + akal
mahu atau tidak aja...

-maiza-

~Insan Biasa~ berkata...

ada hari2nya yang kita kalah...
kitarannya,
langit pun tidak selalunya cerah..

Eco Kid Adventure on Facebook