Ahad, 25 Oktober 2009

di mana silapnya sistem...



Apa yang berlaku hari ini.
Fan EcoKid di datangi oleh seseorang yang mungkin besar dalam ' industri '
En...Kami bakal menganjurkan Kem Alam Sekitar Peringkat Kebangsaan :
En. ada apa2 cadangan.
PENDIDIKAN ALAM SEKITAR.
saya dah mulakan lama.
dari satu media latihan ke satu media latihan...
dari peringkat sekolah rendah sehingga ke Maktab Perguruan.
Guru2 KPLI + Guru Besar + Pengetua.
HASILNYA BEGINI.
saya kecewa dan amat kecewa...
amat kecewa kalau mahu difikirkan komitmen yang seharus kita ada dan niat besar Jabatan - melalui Unit Promosi Jabatan Alam Sekitar.
Membawa dan membayar kepada EcoKid - niat yg pertama.
guru2 adalah media.
Bila sampai ke peringkat perlaksanaan.
KITA SEAKAN2 DIHALANG OLEH ' SISTEM '
sistem yang menyatakan
Pendidikan Alam Sekitar tidak masuk 'exam'. Maksudnya ia tidak penting.
maka kami selalu menerima guru yang dihantar ' salah ' - bila ditanya - ia guru ganti.
guru yang sebenar tidak dibenarkan... komitmen guru ganti berbeza.
DAN SATU LAGI
mungkin ada guru2 yang komited dan berminat.
sistem pentadbiran semasa menjadikan sebahagian guru2
datang dan pergi begitu saja.
KEPADA KAMI
saya mengambil pandangan dengan Jbt Pendidikan Selangor 1997.
dalam konteks bisnes
Pendidikan Alam Sekitar tidak boleh dijual.
Sebab sekolah & parent tidak akan membayar sekadar untuk kesedaran.
KAMI ECOKID
'jinggo dan en harun'
akhirnya menukar pendekatan dengan bantuan Fakulti Sains UM.
utk kami dibenarkan menggunakan Pusat Pengajian Luar UM - di Gombak
( di mana tempat mat salleh seluruh dunia membuat kajian mengenai RainForest )
Pendidikan Alam Sekitar mesti ada nilai peperiksaan.
KEM SAINS + KEM BIOLOGI + KEM EKOLOGI
kami duduk menukar pendekatan bilik darjah.
Pendekatan FieldWork.
Impaknya amat besar.
sehingga saya di PLKN menggunakan dengan tajuk yang sama.
NIATNYA UNTUK MEMAJUKAN KEFAHAMAN - TETAPI INI DIBANTUTKAN.
isu alam sekitar tak penting.
en. sila tukar bidang lagi praktikal- YA... MENUKAR BIDANG...
Pembinaan Karektor
TETAPI
niat untuk memajukan kefahaman ini tidak pernah terhenti.
kami masih dibayar oleh beberapa Penguasa Tempatan.
Ini mungkin sekadar komitmen yang berterusan.
KESIMPULANNYA
Adakah Alam Sekitar tak penting untuk dipelajari?
Adakah kita memang tidak terkesan langsung dengan perubahan Alam
Adakah kita terasing dari ekosistem ini.
HARI INI
perubahan persekitaran cukup menakut... kita berhadapan dengan perubahan tingkahlaku manusia yang menjadikan bumi ini bukan lagi tempat yang selamat untuk diduduki lagi.
satu persatu Allah menurunkan peringatan diatas tingkah laku dan kesilapan manusia yg menggunakan akal.
KITA HARAPKAN JUGA
' kuasa politik ' yang mampu menyelamatkan segalanya...

18 ulasan:

zaijb berkata...

salam,

yang penting teruskan utk berjuang jgn berhenti kerana kita kurang dpt sokongan...

jika bukan kita... saper lagi nak teruskan perjuangan nie...

kalau 'alam' tue boleh berkata2.... mungkin dia ucapkan terima kasih yg tak terhingga...

jangan lupa di belakang itu, ada ramai lagi yg menyokong....

Unknown berkata...

zaijb

nak sokong macamana..
ha..apa2 pun terima kasih.
sekarang saya dah tak kisah mengenai sokongan...
yang penting.
saya dah ada landasan : jalan harus di depan kan...

terima kasih kerana jadi penyokong jinggo...

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

kuasa politik - yg tau nak brtegang urat kot.. isu alam sekitar amat penting tapi masih lagi di anggap remeh, di anggap tak penting.. bila dah terhantuk br nak terngadah.. bila dah jadi macam2 br nak ingat kempen.. kempen panasnya sekejap aja. habis aja kempen habis.. berhenti setakat itu saja. Rakyat malaysia kebanyakannya (bkn semua tp hnya sebilangan) tidak peka isu ini, yang peka pun hanya sebilangan kecil saja..

teruskan perjuangan Jinggo
ini aja yg mampu sy lakukan..
GO.. JINGGO GO!!

-maiza-

Brahim Nyior berkata...

Sabolah bang, mendidik masyarakat ttg kepentingan alam sekitar, bukan kerja sehari dua.

Ia boleh ditamsilkan begini:

Kita cuba membuang daun kering yang gugur ketika hujan. Banyak yang kita buang, makin banyak daun kering yang gugur.

Akhirnya, apabila hujan semakin lebat, lebih mudah kerja kita, sebab air hujan itu membawa daun kering mengikut aliran yang dikehendakinya.

zai berkata...

Kak Zai sebagai pencinta alam semulajadi merasa sukar utk hidup tanpanya..sekarang dah mulai merasai bahananya apabila anak2 sendiri sangat teruja melihat ayam, itik, kambing dan kerbau yang sukar dilihat dikawasan bandar..

Mereka yg tidak endahkan kepentingan alam sekitar dan memikirkannya sebagai sesuatu yg tidak penting patut dilempar ke negara2 yg mengalami musim kering sepanjang tahun dan kering kontang tanpa tumbuhan atau planet lain yang tandus seperti marikh baru mereka tau menilai betapa bersyukurnya kita dilahirkan di Malaysia..bumi yang subur menghijau..

Kita sudah tidak berlaku adil pada alam sekitar dan makhluk lain yg bergantung kepadanya utk mencari makanan spt binatang liar..

Tak heran kalau satu hari nanti kalau nak tengok ayam, itik, kambing dan rupa sepohon getah, pokok padi dan kelapa sawit pun terpaksa melawat ke zoo..

Kak Zai sokong usaha JINGGO tu..teruskan usaha anda meskipun kurang sokongan dari mereka2 yg tak bertamadun..

Abd Razak berkata...

Salam...

Sabarlah ya dan teruskan perjuangan...satu dugaan buat sdra

Unknown berkata...

maiza

betul tu
tapi itu ajalah kesimpulan dalam konteks Msia.
polical will - ini terlalu kuat berpegang pada kuasa tu...
politik kata A - A lah.
hari ini - isu ini semakin tidak dinampakkan....

tunggu apa seterusnya.

Unknown berkata...

yob brahim

tak kisah : macam kisah seorang lelaki yg mengutip tapak sulaiman dipantai.....

bio lantar deme - niat dan perjuangan harus jelas.

sebab kalau tidak kita - siapa lagi.media dan ruang sudah disediaakan - ayuh - teruskan.

Unknown berkata...

kak zai
terima kasih kerana sokongan.

nampaknya saya tidak keseorangan dalam isu2 macam ni.
yakin dan percayalah : bumi ini bukan yg selamat lagi kak zai.
hari ini dikatakan air paip yang masuk ke paip rumah kita sudah berada dalam kelas ke 3...
dimana air ini layak diberi kepada haiwan sahaja - masyallah.

terima kasih.

Unknown berkata...

en razak

terima kasih kerana sokongan.dan saya yakin ini merupakan satu ibadah...
ilmu yg mengalir..

Aidil Fadzil berkata...

Salam, alam adalah anugerah yang tidak ternilai...peliharalah...berilah walau setitik kesedaran cuma...Tahniah

ONE ZABA berkata...

kuasa politik jugak yang memusnahkan alam sekitar...

2_one berkata...

sy xtau nk ckp apa...sy rse terkilan.ntah tetiba je rse tersentuh..sehinggakan mereka boleh katakan hal alam sekitar itu tdk penting..xpelah kite truskan peranan kita...jinggo truskan usaha jinggo..insyallah sy kan usaha setakat yg sy mampu...sy sentiasa mnyokong jinhggo..

Unknown berkata...

cgu aidil.

kita ada peranan
sebab kita adalah media kepada satu perubahan yg amat2 besar.........

Unknown berkata...

cgu one

1000% setuju
dia orang yg buat dasar
dia orang juga yang memusnahkan dasar.....

Unknown berkata...

2one

biar ajalah.
kerana mereka juga sebahagian dari alam sekitar.
udara yg sama
air yg sama
kita kongsikan......

semua mereka semua tahu suatu hari nanti

Adinda Amy Sensei berkata...

salam..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




hanya senyuman buatmu..ngeeeee

Unknown berkata...

cgu amy

panjangnya...
terima kasih

Eco Kid Adventure on Facebook