Khamis, 22 Oktober 2009

jangan bimbang - relax

kita seolah2 sesak nafas
fikiran merawang entah kemana
mudah melatah
jantung saperti nak pecah
INI SEMUA PENYAKIT YANG DIKAITKAN DENGAN
BIMBANG @ KERISAUAN
macam2 dibimbangkan.kerja.famili.kawan2.politik.masa depan.
kesannya
resah gelisah
tidak bermaya
mudah letih
sukar memberi tumpuan
mudah meradang
tidak nyenyak tidur
KAJIAN MENYATAKAN
kesannya lebih buruk ke atas lelaki kerana sikap
yang lebih cenderung memendam perasaan.
DARI JINGGO
biasanya rasa bimbang yang dialami merupakan sesuatu yang tidak diduga.
kita takut tentang apa yang mungkin berlaku.
kita sebenarnya memandang masa depan sebagai sesuatu yang negetif dan
menakutkan untuk dihadapi.
winston churchill menyatakan
apabila saya merenung kembali terhadap segala kebimbangan ini , saya teringat kepada kata2 seorang tua - saya bimbang mengenai pelbagai perkara :
tetapi kebanyakkannya tidak pernah berlaku
menurut duke ellington
terdapat dua jenis kebimbangan : iaitu sesuatu yang anda boleh lakukan dan satu lagi tidak boleh lakukan.jangan habiskan masa dengan faktor yang kedua.
SETERUSNYA
kebimbangan tidak akan menghilang
kesedihan pada hari esok.
ia cuma menelan kekuatan yang kita ada hari ini.

18 ulasan:

ONE ZABA berkata...

hujung-hujung tahun ni duk relak-relak je kat ofis. peruntukan pun dah habis.

~Insan Biasa~ berkata...

tapi kalau terlebih berani ..... tak bahaya ke wak?he

CITY® berkata...

salam jinggo..

2day saya rasa lebih sihat
rasa boleh tersenyum kembali
kerana?
mungkin bimbang dan risau tiada lagi
walau orang lain mungkin rasa bimbang dan risau akan diri saya?
heeeeeeeee

Marzalina berkata...

semalam saya alami kebimbangan...dan stress yang sangat teruk...walaupun saya dah cuba istighfar banyak2..tapi macam tak jalan je...saya rasa tertekan betul..mudah nak marah2..naik angin dan muka monyok ajer..memang payah nak tangani sebab saya jarang jadi macam tu..semalam kali pertama saya tak dapat kawal rasa tension dan marah..rasa nak tumbuk je stereng keta, atau pun pecut keta laju2..ataupun nak hon kuat2..tapi nasib baiklah rasa sabar ni masih tebal..bukan mudah rupanya nak hilangkan kebimbangan. mungkin jugak sebab datang bulan..tu yg stress tak pasal2..huuuuuu

zai berkata...

Sentiasa berfikir secara positif dan menerima kadar perubahan dalam hidup dengan tenang akan menjadikan kita kurang kerisauan..

Kebimbangan yang melampau hanya akan mengurangkan kekuatan emosi untuk menghadapi masalah justeru itu kita harus menghadapi dan menyelesaikan masalah tetapi bukan melarikan diri darinya.

Abd Razak berkata...

Salam sdraku...

Penyakit yang sering berada dalam hati manusia ialah penyakit takut dan bimbang.

Wahai kau yang dibelenggu rantai takut dan gelisah,
Pelajarilah mutu kata Nabawi: “Laa Tahzan”
Jangan takut tak berketentuan,
Jika adalah padamu Tuhan Yang Maha Kuasa,
Lemparkanlah jauh-jauh segala takut dan bimbang,
Lemparkan cita untung dan rugi,
Kuatkan iman sekuat tenaga,

Unknown berkata...

cgu one
ingat hujung tahun nak naik gunung lagi..
tapi bimbang.
bimbang apa yek..
roti canai tu - kari kambing tak siap lagi....

Unknown berkata...

cgu anis

dalam buku kekuatan emosi menyatakan begini :
jika anda bimbang sesuatu pada masa depan : bayangkan diri anda menangani masalah yang menakutkan itu @ berani menhadapinya...

takut lawannya takut.

Unknown berkata...

dan blue

rasa bimbang dikaitkan dengan ' penghakiman ' dari suara dalam.

cuba kita tanya diri sendiri.
sejauh mana kebimbingan kita berasas..

apa2 pun pada saya : belajar untuk menjadi penyelesai adalah jalan terbaik....

Unknown berkata...

intan kita kongsi tips ini...
kalau bimbang.
dapatkan butiran
ambil tindakan
cari kawan dan berbual
rajin bersenam
dapatkan keadaan yg tenang
mengaji..............

dikatakan - separuh dari kebimbangan dunia berpunca daripada orang yg cuba membuat keputusan sebelum mereka memiliki pengatahuan secukup sebelum membuat keputusan.

Unknown berkata...

kak zai

saya percaya : sebahagian daripada punca dan kesan + tindakan kita berhadapan dengan kebimbangan dikaitkan dengan karektor dan ' kuasa percaya ' dalam diri....

kita membuat penghakiman - dan membuat keputusan tanpa butiran.

Unknown berkata...

en razak

saya memujuk diri sendiri dan kawan2..
fitrah kita tidak dapat elak dari bimbang..
dan saya yakin.
mendengar + membaca AlQuran ada sebahagian dari penyelesaian...

Tanpa Nama berkata...

resah gelisah
tidak bermaya
mudah letih
sukar memberi tumpuan
mudah meradang
tidak nyenyak tidur


Saya ada kesemua ciri2 diatas..

...tak rugi saya baca N3 nih...ada smtin yg boleh redakan sikit...

Unknown berkata...

puan aryani

saya memujuk diri sendiri.
dapatkan buku...
kekuatan emosi.
satu kajian mengenai kemurungan - kenapa manusia murung.

cuba dapatkan.

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

dr smlm.. hari ini saya stress... sakit hati nak marah orang.. tapi tak marah pun. diam aja.. asyik diam aja. apa orang nak buat kat saya lantak la.. tahan sabar sangat2.. takut pl tak tertahan nanti susah parah pl.. lbh baik diam. kebimbangan yg tak pernah hilang dlm diri nie. tak apa sabar..

-maiza-

Brahim Nyior berkata...

Off topic bang,

Dr Zambry gigih berusaha mendapatkan perhatian rakyat.

Usaha ini semakin berjaya nampaknya, dan dia mula diterima.

Khabarnya, UMNO akan letak calon di DUN Pasir Panjang menentang Nizar, sah kerusi DUN ini bukan milik MIC...

Tak nak komen? ..:-)

Unknown berkata...

kalau marah
diam aja.
tarik nafas.masukkan oksigen banyak2.....
betul kan gelombang otak...

Unknown berkata...

yop brahim
orang melayu mudah lupa..
akhirnya
maleh nak gaduh2 kut..
kita yg bergaduh
cina yg tepuk tangan...
padan muka

Eco Kid Adventure on Facebook