Khamis, 29 Oktober 2009

jangan lah ego sangat

dimana2 dan apa kuasa kita dari nak mengelak dari orang yg ego.
kadang kita kesian.
APA YANG KITA BOLEH BANTU.
hanya sekadar renungan kepada seorang yang berpenyakit ini.
ini ciri2 orang orang ego
PENTINGKAN DIRI SENDIRI
dalam fikirannya tidak terlintas keinginan untuk bertanya mengenai tindakannya.
perasaan orang lain jauh dari mahu dipertikaikan
kalau bercinta
semua keputusan dia yang buat.
BANGGA DIRI
hidupnya hanya berkisar pada aku.aku dan aku.
' masuk bakul angkat diri sendiri '
TIDAK BERTERIMA KASIH
usah harap.
bantuan daripada orang lain adalah - kewajiban untuk membantu nya
jangan harap dia akan menhargai.
dia tidak pernah sedar orang lain bersusah payah untuk nya.
TIDAK PERNAH BERKATA MAAF
maaf adalah kata2 ' emas ' mahu dikeluarkan
orang macam ni mahu menutup kelemahan diri dari pengetahuan orang lain
kalau terbongkar pun
dia akan bertegang urat mempertahan.
dan mengeluarkan fakta @ teori untuk mempertahan diri.
MAHU ORANG IKUT CAKAPNYA
katanya ada pemutus
pantang orang bantah.
aku terbaik untuk buat keputusan
PANTANG DICABAR
sanggup melakukan apa sahaja untuk menyatakan aku betul.
BAGAIMANA KALAU ITU PASANGAN KITA
KITA TAK DAPAT ELAK.
berterus terang
jumpa dan luahkan.sikap kita berdiam diri akan memakankan diri.
diam bermakna dia beranggapan kita ' terima ' dia.
gunakan orang tengah
gunakan kalau rapat dengannya untuk ' bercakap '.
nasihatkan dia
walaupun terpaksa merintih.
ikut rentaknya
KITA SAMA2 EGO - BARU BERTEMU BUKU DAN RUAS
nekad - tinggalkan
mungkin ini yang terbaik.
DARI JINGGO
kesannya amat buruk dalam hubungan sosial
disisih oleh kawan
sukar dapat pasangan
tidak pernah belajar dari kesilapan
sering menjadi bahan umpatan.
mudah kecewa.
DI HARAPKAN ORANG BEGINI BUKAN KITA.

19 ulasan:

Tirana berkata...

Ego yang disenaraikan dalam entry ini adalah ego yang negatif. Kadang-kadang tertanya-tanya juga kepada diri sendiri, "Egokah aku?". Orang yang ego tidak pernah perasan dia ego sebab dia rasa dia aje yang betul. Menjadi isteri/suami kepada pasangan yang mempunyai ego yang tinggi, harus mempunyai tahap kesabaran yang tinggi pula kerana bukan mudah untuk menundukkan ego seseorang. Di sinilah perlunya skill, skill menundukkan ego yang negatif. Jika kena suisnya, ego yang tinggi akan dapat ditundukkan dengan baik umpama menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak.

Unknown berkata...

puan tirana

saya percaya kepada skill
N3 saya menjuruskan kepada perasaan ego yang negetif

ego adalah satu lagi fitrah
dan ada keperluannya dalam diri kita - sebab saya yakin ego adalah ' harga ' yang kita letakkan...

dan dikatakan : orang yg ego punya sejarah ' rendah diri ' yang keterlaluan.....

Tanpa Nama berkata...

Org ego slalunye tk ramai kawan..

ramai org berjauh hati..

p/s suka gambar dlm N3 tu.....

Tanpa Nama berkata...

Memang sakit jiwa bila bertemu orang yang terlalu tinggi egonya hingga dia tidak sedar mengguris perasaan orang lain.

Pernah jumpa kawan yang suaminya terlalu berego tinggi ni. Menderita jugaklah, tapi apa nak buat.

~Insan Biasa~ berkata...

ada tak orang yang mengaku dirinya ego?? .....

Abd Razak berkata...

Salam...

Satu-satunya tujuan jalan Islam adalah mengatasi ego. Apabila ego telah dikalahkan, maka pintu menuju Tuhan, yang telah ada dalam diri manusia, akan terlihat.

Unknown berkata...

puan aryani

satu lagi - bersuami kan orang yg ego akan ' bercuka ' selalu...
kalau boleh bertahan ok
selain tu..........

selagi tak merana kita layan.

he.

Unknown berkata...

terus terang kak hanim

ni cerita saya
kena mengadap hari2 dulu - kesanya.teruk.
sikap yg mungkin bukan sekadar dalam hubungan sosial merana - tapi impak pada kesihatan.

Unknown berkata...

cgu anis

orang ego
mana mengaku dia ego
ego tu dikaitkan dengan sesuatu yg negetif..

mana ada orang nak macam tu..

Unknown berkata...

enrazak

seorang sahabt- MelWing.semasa di join rufaqa dulu.
aktiviti pertamanya
adalah jatuhkan egonya..

hari ni - mel adalah pendahwah muzik yg hebat.

zai berkata...

Semua manusia ada ego masing2 yg tersendiri..dan kita harus pandai meletakkan ego itu sesuai pada tempat dan kena pada gaya masanya..

jangan sampai ego itu memakan diri dan orang semakin memandang rendah pada kebolehan kita..

apapun percayalah..... setiap dari kita akan belajar sesuatu selepas terkesan akibat dari kesilapan tindakan samada kita akan semakin disukai ataupun dibenci..

Moralnya : harus belajar memberi dan menerima..

insan pendidik berkata...

salam jinggo,

semua orang ada egonya. Cuma seringkali egonya tak kena tempat. Ego mesti dikawal. Tak salah pun ada ketikanya kita beralah. Beralah tu tak semestinya kalah.

Pn Kartini berkata...

Salam Mr Jinggo
Berhadapan dgn ego seseorg menguji akan kesabaran diri ..
Anggapkan keegoan itu satu cabaran utk kita cuba menangkis rasa jelik di hati!
Yang ptg...kita masih berpijak di bumi yg nyata...

Unknown berkata...

kak zai
ego tu sifat manusia
ada baiknya
apa yg mahu saya lihatkan disini dari konteks negetif...
maka begitu.
saya mudah aja
mana yg rasanya ego....
diam @ singgir aja.......satu perhubungan yg tidak membantu peningkatan emosi diri.

Unknown berkata...

cgu IP.

begitulah.
ego dikaitkan dengan ' harga ' diri kita.
letakkan harga ditempat yang betul dimasa yang betul....

Unknown berkata...

cgu tini.
memang begitulah.
bagaimana skill nak mengadap pengetua ego...
he...
banyak tu..
sabar ajalah.
dihujungnya Allah tahu meletakkan orang ni dimana...

ONE ZABA berkata...

ego kah aku ni....ada la jugak.

zaijb berkata...

keegoan tidak akan membantu kita...
malah akan tersisih lah kita jauh dr mereka ini...
ape yg nak di ego kan... krn hidup kita spt roda.. kekadang di atas... dan kekadang di bawah...

Kak_Ngah berkata...

salam ziarahh..nak ulas gak pasal ego ni..memang sedang berhadapan dengan manager yg ego ..semua nak ikut idea dan kehendak dia..x tau pun cakap tau ..tau..menyampah den..pas tu lak walau dia memang tak reti sangat tulis inglish dengan grammar dan maksud yg betul..tak pernahnya nak tanya kat org bawahan dia..alih2 big bos baca naik heran..penin jap kepala mat salleh tu..heheh..bukan ngutuk cuma mengulas cth2 depan mata jer..

Eco Kid Adventure on Facebook