Selasa, 20 Oktober 2009

kita bila lagi

Apa yang berlaku mungkin kemurkaan Allah dan bencana ini boleh dijadikan iktibar agar kita semua menjauhi maksiat," kata seorang sukarelawan tempatan ketika menceritakan tentang bencana gempa bumi di Padang, Sumatera Barat, baru-baru ini.
Kebanyakan cerita itu dikaitkan dengan sikap masyarakat Padang sendiri, yang didakwa sudah mula lalai melaksanakan ajaran Islam, bergelumang dengan maksiat dan gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah di kalangan golongan muda, wallahua'lam.
SEMUA FAKTA.
Untuk pengetahuan pembaca, hampir 90 peratus penduduk di wilayah ini terdiri daripada etnik Minangkabau yang beragama Islam.
Petugas yang merupakan lulusan tinggi agama itu melanjutkan ceritanya menceritakan perihal gejala sosial yang berleluasa melanda generasi muda Minangkabau pada masa ini, selain meringan-ringankan perihal sembahyang lima waktu.
Ramai yang mempersoalkan bahawa penduduknya sudah jauh menyimpang daripada falsafah 'Adat Basandi Syarak, Syarak Basandi Kitabullah' yang menjadi pegangan hidup masyarakat Ranah Minang ini sejak dulu lagi.
Oleh kerana itu ada sesetengah pihak mengaitkan waktu gempa yang berlaku pada pukul 5.16 petang dengan gempa susulan pada 5.58 petang dengan ayat al-Quran dalam Surah al-Israa' (17:16 dan 17:58) bagi mengukuhkan pendapat mereka bahawa bencana itu merupakan kemurkaan Tuhan.
Sejauh mana kebenarannya hanya Allah yang lebih mengetahui.
Seorang pemandu kenderaan sewa yang enggan dikenali, turut menceritakan gejala maksiat muda-mudi yang sering menjadikan pantai untuk berasmara, bermula waktu senja hingga awal pagi.

Menurutnya, beberapa kawasan pantai di Padang, Purus, Pasir Jambak dan Bukit Lampu, terdapat tempat duduk bertutup dengan kain dipanggil 'warung kelambu' yang menjadi tumpuan anak muda memadu kasih.
Beberapa penduduk lain pula menceritakan tentang kegiatan pelacuran yang berleluasa bertopengkan perniagaan salon serta sarang maksiat dan judi di kawasan Chinatown.
Kawasan itu adalah antara yang musnah teruk dalam bencana gempa bumi itu.
DARI JINGGO
itu cerita negara orang yan kita baca yang kita tangisi.
KITA BILA LAGI.
satu persatu cerita besar : untuk kita jadikan satu perbandingan bahawa kita telah jauh.
memperkotak-katik hukum Allah
memperkotak - katik hukum dunia
memperkotak - katik hukum alam.
KESANNYA.
sesekali alam menyatakan kemarahannya.
cukupkah membuatkan kita tersedar.bangun dan mahu menoleh kebelakang.
TIDAK ADA BANYAK BEZANYA KITA DENGAN MEREKA.
bila hari sudah ada makayah yg mahu menyaman sekolah sebab suruh anak bertudung.
hari ini - bertukar kondom bukan lagi persoalan
hari ini - dimana mahu beli pil pelancar haid bukan lagi persoalan
hari ini - orang2 agama dianggap ketinggalkan zaman - tak moden
hari ini - majlis2 ilmu sudah hilang serinya.
HARI INI - ORANG MELAYU SAMAN SURAU SEBAB AZAN WAKTU SUBUH.
DAN HARI INI DI BUKIT BERUNTUNG.
malam tadi join team surau tangkap kes anak dara berzina.
jumpa makayah.
KENAPA SIBUK2...
kalau itu jawapannya kita bersedialah

15 ulasan:

Tirana berkata...

Tidak mustahil jika KL juga mengalami nasib yang sama seperti Padang kerana KL juga merupakan kota sarang maksiat. Minta Allah jauhkan. Betul lah seperti kata Nabi..bila manusia menjauhi dua perkara (iaitu Quran dan Sunnah)maka binasa lah kita samada di dunia atau di akhirat.

Unknown berkata...

puan tirana.
rasanya tempat yg kena diruntuhkan dulu dimana agak...
bangsar - mandi buih
taman tun - orang melayu saman surau sebab azab waktu subuh...
............
bukit beruntung....

jinggo di bukit beruntung......

ONE ZABA berkata...

1 malaysia...

seminggu dua ni pun kes buang bayi makin menjadi-jadi semula.

para ulamak pun dipersendakan je. yang mempersendakan ulamak tu pulak yang bersongkok dan berkopiah putih.

CITY® berkata...

salam jinggo.........

saya setuju,
semua kita baca perihal nagara orang
negara itu camni
negara itu camtu
tapi hakikatnya
negara kita
malaysia pun sama
sama teruk
sama lalai
sama menyimpang
sama dosa
sama maksiat

tuhan dah turunkan bala
tuhan dah bagi nasihat
tuhan dah bagi teguran
walau hanya manja2 sahaja

tapi kita?
masih disini?
kerana?
kita tak merasa apa yg mereka2 semua dah rasa?

Unknown berkata...

cgu one

tu yg ngerinya tu..
orang yg tahu tapi tak faham...
madsudnya kefahaman yg diterima pakai secara menyeluruh....

Abd Razak berkata...

Salam sdra...

Apakah negara kita tidak terkecuali dari ancaman Allah sedangkan negara kita sama saja kelakuan manusianya seperti di Padang?

Allah menciptakan segala sesuatu yang Allah kehendaki dari tanda-tanda kekuasaannya (di antaranya dengan terjadinya gempa bumi dan bencana yang lainnya). Allah mentakdirkan terjadinya gempa bumi dan bencana yang lainnya dalam rangka untuk menakuti hamba-hamba-Nya, dan dalam rangka memperingatkan mereka atas apa-apa yang telah Allah wajibkan kepada mereka dari hak-hak Allah (yang kebanyakan mereka tidak menunaikannya), dan dalam rangka memperingatkan mereka dari perbuatan syirik kepada Allah (yang banyak mereka lakukan) dan sebagai peringatan dari perbuatan menyelisihi perintahnya.

Unknown berkata...

blue

tapi kena juga ingat..
kalau bala di bangsar..
semua akan kena..
kerosakan yg tidak mengenal sempadan...

kesian.
budak sekolah agama pun...

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

tak mustahil juga suatu hari nanti.. tapi sentiasa berdoa minta di jauhkan. semoga orang2 begitu cepat2 bertaubat.. tapi sekarang nie banyak betul kes buang bayi, zina.. org lain nak ank sngat.. tapi senang2 di buang makhluk Allah yg tak berdosa.
Ya Allah... moga sentiasa dlm lindunganNya... InsyaAllah... Amin..

-maiza-

Unknown berkata...

enrazak

saya amat2 hargai pandangan ni.
saya orang ' sains ' jadi kajian saya berasaskan kepada faktor tu......

sebab di indonesia tu terletak berdektan dengan garisan lautan api pasifik.

itu fakta.dari sudut pandangan islam - saya amat berterima kasih...ini bukan sekadar bencana biasa2...

kita kena belajar sesuatu.

Unknown berkata...

maiza...

orang yg sepatut menegakkan hukum Allah menjadi sebahagian dari orang yg menyanggahnya..
macamana tu..
sampai suara azan pun tak boleh....macamana.

Zuraini bt Kamarudin berkata...

agaknyer org kita ni bila dah terantuk baru nak tengadah...jadi berwaspada lah...

Unknown berkata...

hemm tu la manusia...

apa yg penting selagi kite masih ada kesdaran diri..doa sebagai senjata minta allah jauhkan bala di negara kita..

dan satu lagi jgn nak menunding jari mempersalahkan org lain..satu jari kite tuuju kat orang 4 jari lain tuju kat sini...so insaf2 lahh...

Unknown berkata...

kak zu..

itu yg kita risaukan
apa kita menunggu satu lagi berita besar..
tanah runtuh - dan hilangnya KL dari peta dunia...

Unknown berkata...

farha

pandangan yg menarik.
kita perkemaskan diri
kuatkan amalan
jauhkan segala kemungkaranNya
berdoa seadanya.

Mak Su berkata...

:(

Eco Kid Adventure on Facebook