Jumaat, 2 Oktober 2009

kita kawan - bahagian seterusnya..

Elakkan berdendam - Maafkan.
kita pernah dengar
SAYA MAAFKAN TAPI TIDAK AKAN MELUPAKAN.
kenapa macam tu.
apabila seseorang tidak mahu memaafkan , dia sebenarnya mengunci pintu yang satu hari nanti mungkin perlu dibuka.bila dia menyimpan dendam dan memendam perasaan.
SIAPA YANG PALING KITA SAKITI
DIRI SENDIRI.
memang tidak berbaloi menyimpan dendam ,
juga tidak dapat diterima akal jika terhantuk beberapa kali.
Pepatah ada menyatakan
ANDA MENIPU SAYA SEKALI.MALULAH ANDA.
ANDA TIPU SAYA DUA KALI - MALULAH SAYA.
menurut John Kennedy
Maafkan orang lain tetapi jangan lupa namanya
ini sekadar untuk memberitahu diri kita jangan ditipu kali kedua.
DARI JINGGO
Itu mungkin sebahagian cerita yang ada sekeliling kita.
memaafkan orang bukan sesuatu yang datang dengan mudah.
kerana ini persoalan hati dan karektor
sejauhmana betul dan salahnya
AKU MAAFKAN KAMU
TAPI TIDAK AKAN MELUPAKAN..

23 ulasan:

zaijb berkata...

yang penting jangan memendam rasa... tp kita ini adalah insan biasa pasti ada salah nyee..

Tea Cha Hai berkata...

Dendam terlerai....
Leraikan dendam....

Dendam tu mungkin PERNAH TERDETIK ketika amarah, emosi diatas...
Masa sudah berlalu - lebih matang -lebih terbuka menghadapi dunia...
Dendam yg pernah terdetik - beransur hapus - tidak mahu menguhukum diri-kerana yg sakit adalah diri sendiri..
MAAF DIMAAFKAN...Namun utk menerima SEPERTI DULU tidak akan BOLEH JADI.. Gurisan masih berparut walau tak kelihatan..

Unknown berkata...

zaijb

saya membaca buku lain tadi..
setiap kecelakaan tu - kita yang cari sebenarnya....
tapi tidak dihukum secara cepat - dikumpul2...
apa yg berlaku kena ' rela dan redha ' ...

kenapa mesti dendam dengn diri sendiri

Unknown berkata...

Namun utk menerima SEPERTI DULU tidak akan BOLEH JADI.. Gurisan masih berparut walau tak kelihatan..

...cgu ari

macam ada sesuatu yg nak dikongsikan aja....

zai berkata...

Kak Zai dah lama memaafkan tetapi mmg tidak pernah melupakan tetapi turut berdoa utknya agar mendapat hidayah agar tiada lagi mangsa seterusnya...

Unknown berkata...

kak zai..

semuga kita dipermudahkan pada segala urusan..
sebab dendam ini - satu perkara yg tidak molek - dimana2 pun.
pada saya.
dunia akan hukum
akhirnya akan hukum...

~Insan Biasa~ berkata...

aduh...sukar bangat nie wak.

Unknown berkata...

cgu anis

jangan sukar2
maafkan aja wak pulau indah tu..
balik pulau..
.........
betul ke...
he...

~Insan Biasa~ berkata...

x mau balik...

Unknown berkata...

cgu anis

balik lah...
dah ' bersawang ' kebun kat pulau tu...maafkan aja si wak tu...

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

menipu memang malu..
lebih sakit jika kita tahu di tipu..
pokok pangkalnya "kejujuan"
nak menjadi pemaaf bukan mudah.. di tambah pula nak melupakan cukup payah..
tapi menjadi "pemaaf dan melupakan" segalanya akan buat kita tenang..mungkin ramai lg yg akan datang...
lupakan segalanya.. tapi kekal di ingatan.. boleh di jadikan sebagai pedoman.. ingatan diri..
InsyaALLAH semoga kita akn di permudahkan..

Abd Razak berkata...

Salam...

Memaafkan kesalahan seseorang adalah tanda orang yang bertakwa. Firman Allah bermaksud : “Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal-menghalalkan) lebih dekat kepada taqwa”. (Surah al-Baqarah, ayat 237)

Wajib memberi maaf jika telah diminta dan lebih baik lagi memaafkan meskipun tidak diminta.

Tanpa Nama berkata...

sblm memaafkn org lain, elok kita maafkan diri sndiri dulu... banyak perkara yg brlaku dlm hidup dn kita sering menyalahkn diri sndiri ats ape yg berlaku... jika kita gagal maafkn diri sndiri, bagaimne kita nk maafkan org lain... berat... beratt...

ONE ZABA berkata...

aku jugak tidak akan melupakan kamu kerana dendam roti canai kari kambing belum terlempias....

Unknown berkata...

maiza...

bila saya terjumpa kawan yg mengena saya dulu - terlintyas juga cerita lama - tapi tidak lah samapai kami tidak bertegur - tapi untuk memulakan hubungan sebaiknya - mungkin tidak...

nak tahu kenapa.
kita menyimpan ketidabetulan tu...
kadang2 kita tidak berterus terang.

Unknown berkata...

enrazak

memaafkan semua orang...
saya menyelak diri dari berapa dalam kelompok orang yang bermusuh dan mencipta musuh.
tak senang diam.

akhirnya terima kasih kerana pandangan yg baik.

Unknown berkata...

cgu teja...

maafkan diri sendiri
itu adalah sikap tangungjawab kita..
betul2.
sebab menurut satu kajian besar : kita yg memulakan.....

Unknown berkata...

cgu one....

dendam roti canai kambing...
kejap lagi nak pekena roti canai kambing

zan xray berkata...

betul unggkapan tu
memaafkan boleh, melupakan tidak.

untuk dijadikan pengajaran dan agar tidak terjerat lagi dengan orang yg sama.

Memaafkan si dia dan si dia supaya tidak terus menanggung dosa.

dendam tu ada la sikit :p

zan xray berkata...

tambahan:
saya tertarik dgn kata2 respon anda pd komen sy pd entry di bawah (Kita Kawan)
"sekarang semuanya dah ok..sesekali pandang belakang.
indahnya - kesakitan."

Unknown berkata...

brozan

Memaafkan si dia dan si dia supaya tidak terus menanggung dosa.
.......

menarik pandangan tu.

Unknown berkata...

"sekarang semuanya dah ok..sesekali pandang belakang.
indahnya - kesakitan."

brozan

sekarang saya sedang membaca buku ' seni kegagalan ' nanti kita kongsikan....

smurf berkata...

Salam jinggo ..

inilah komen saya yg pertama setelah sekian lama menjadi silent reader , hehehe ...

Jinggo ,
Bkn kah maaf itu dendam yg terindah . Memaafkan tetapi tak dapat melupakan kerana kesan parut tak mungkin hilang . Nama mu tersemat kuat di hati dan persahabatan yg terjalin semula tak seindah dulu .

Eco Kid Adventure on Facebook