Jumaat, 2 Oktober 2009

kita kawan..

Kenapa kita disini - berkawan - kita ada motif yang berbeza
dari kacamata Shiv Kera dalam sebuah buku - u can win.
persahabatan boleh di kelompokkan begini.
SAHABAT WAKTU GEMBIRA
kita adalah sahabat selagi persahabatan itu menghiburkan dan untuk bersukaria.
SAHABAT UNTUK KESENANGAN
persahabatan yg dijalinkan untuk mendapat pertolongan.dan akan berakhir apabila orang tersebut tidak berguna lagi
SAHABAT SEBENAR
landasannya adalah saling hormat menghormati.
FIKIRKAN
Kesejahteraan mengundang sahabat
kesusahan memperlihatkan diri mereka sebenar
DARI JINGGO
saya percaya - proses untuk berjaya dimana2 pun - tidak mampu kita lakukan seorang.
kita perlukan seorang.dalam apa bentuk kejayaan.
sebut siapa sahaja yang telah berjaya- disebelahnya mesti ada seseorang.
ini pengalaman saya yang mungkin menjadi satu titik tolak kenapa saya amat2 memilih kawan.
I HAVE A DREAM.
peluang datang tahun di awal tahun 90an.selepas menyempurnakan pengajian -
saya kembali ke FRIM - sebagai pegawai pendidikan -
saya di datangi oleh seseorang yang saya namakan sebagai MrS - lelaki bergaya.handsome.
tawaran datang.kami ada projek usahasama dengan Jabatan HalEhwal OrangAsli di Gombak.
kami bercadang untuk buka resort -
mungkin saudara berminat untuk menyertai kami.
I HAVE A DREAM.
saya meletak jawatan.sebab percayakan kawan.komitmen diberi.Hutan Simpan SgRelang ( kalau sesiapa yg lalu di HighWay Karak akan jumpa ) sebuah perkampungan orang asli. kami bangunkan - resort ala2 ' back to nature '.
orang asli datang dan pergi.meriah.
sewang.masak dalam buluh.menyumpit.berkawan dengan anak orang asli.
SE TAHUN.
bencana datang.
En S didapati menceroboh Hutan Simpan.En S yg menguruskan dana syarikat
tidak membayar duit itu dan ini.
En S kahwin lain di Siam.En S korup.En S berperang dengan bini tua - muda.
notis datang.siapa yang kena.
JINGGO KE DALAM.
seorang sahabat.hutang bank.50 ribu ( atas tandatangan saya - percayakan kawan ).bermulalah cerita pahit demi pahit.dari rumah besar ke rumah kecil akhirnya menumpang.
di kala begini juga bini amat2 tidak menyokong.
dikala ini saya pernah mendapat hadiah satu kotak ' mee segera ' .azabnya !!!
DI PENDEKKAN.
saya kuat.amat kuat.mungkin anugerah mungkin.saya amat kuat.
mungkin kalau orang lain sudah tumpang.
APA YANG SAYA BUAT DIKALA ITU.
duduk.tulis seterusnya.kenal pasti potensi.dan saya ada potensi.nak gunakan cari peluang.
PERTAMA CARI SAHABAT.
kawan sepengajian -jumpa dan kami merangka - merancang.
dialah yang menjual ' jinggo ' sebagai satu ' brand ' - dialah yang menjadikan ' jinggo ' hari ini.kami ke jbt pendidikan.kami ke jbt alam sekitar.
saya mendapat kontrak itu dan ini.itulah sahabat.
pn sabariah seorang pesyarah di Universiti Malaya.
SETERUSNYA.
saya memilih kawan sampai sekarang.sebab proses untuk sampai ke hari - saya sudah berapa kali ' di tikam dari belakang ' oleh rakan2.
UNTUK SEMUA : MUNGKIN KAWAN2 TIDAK PERNAH TAHU.
setakad tikam2 macam tu - saya tidak goyang mungkin -
sebab saya pernah hampir ' di bunuh ' oleh seorang sahabat
saya diuji dalam bentuk yang berbeza.
MORALNYA.
kita tidak tahu - ramput sama hitam.
hati kita bicaranya berbeza.
dan lagi
saya terjumpa MrS baru2 ni - dia teruk - jatuh . nikmatnya sudah di tarik.gigi sudah gugur.muka di hilang seri.tangan di hulur.tangan disambut.sekarang tidur di pejabat sahaja lelaki ' keparat ' ini.ada hati nak ajak buka bisnes bersama.dalam hati - tersenyum dan bersangka baik.
kita boleh memaafkan tapi tidak melupakan

42 ulasan:

Marzalina berkata...

hebatnya ujian dan dugaan yang menimpa cikgu, walaupun begitu saya tahu cikgu memang dilahirkan sebagai orang yg cekal dan tabah serta positif dalam hidup. Tahniah..

saya juga seorang manusia yang boleh memaafkan..tetapi tidak melupakan.

teachersepum berkata...

n3 yg best..bg sy frenship is everythng..sy msih blom bhdpn dgn situasi mcm ni..sungguh besar dugaan..alhamdulillah klu sy sdih pn sntiasa ad shbt by my side..ni mse dunia belajar..tp x taw la bila sy keluar nnt.."in order 2 be happy,u must make other people happy"..jd lah shbt yg baik..klu kte menganiaya owng,satu hr nnt pasti dpt balasan mcm MR S..

CITY® berkata...

salam jinggo...

saudara punya pengalaman dan sejarah hitam yg amat teruk rupanya,
sejarah buat awak jadi dingin
sejarah buat awak jadi kaku
sejarah buat awak amat berhati2..

syukur awak masih punya org disekeliling ...

saya doakan awak berjaya dalam semua lapangan..

amin

CITY® berkata...

oh ya..

kita juga masih kawan...

Unknown berkata...

rambut pun dh tak sama hitam... mcm2 colour skrg ni!!! hati org, kita lg la tak nmpk...

cg jinggo---> kita belajar dari pengalaman. saat 'jatuh'dan ditipu jadi 'benteng' utk kita lebih berhati2 pd masa akan dtg... dugaan saya tidaklah seberat cg jinggo, tp masih berbekas dihati la. thanks, byk saya belajar dr cg jinggo setiap hari!semoga terus berjaya...

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

salam cikgu....saya pernah lalui semua nih.....dulu masa saya belajaq kat polimas jitra....saya ada sorang kawan nih...dia beria2 ajak saya dok sekali dgn dia untuk semester baru...then bila dah masuk semester baru dia cakap umah tu dah penuh....masa tu hanya allah saja yg tau...saya sanjung dia sebagai sahabat.....dia tipu saya hidup2....sib baik dgn ihsah en hilmi (pensyarah merangkap warden) terima saya dok asrama....bekas kawan saya tu ber ia2 nak saya dok dgn dia.....janji macam2.....alih2 dia buat taik...sapa tak sakit hati....sib baik dapat asrama kalau tak jenuh saya ulang alik dari mata ayaq ke jitra.....start dari hari tu saya anggap dia tak wujud.....kalau dia bertanya apa2 dari saya saya buat tak tau ja kat dia....boleh ka macam tu.....jahat ka saya...susah betoi saya nak maafkan dia.....ada nasihat untuk saya.....

Zuraini bt Kamarudin berkata...

sdra ali...peganglah kata2 cgu jinggo..kita boleh memaafkan tapi tidak melupakan...jdkan pengalaman sebagai pedoman hidup seterusnyer

Unknown berkata...

intan.

kadang2 pengalaman macam ni.membuatkan kita semakin takut.
adakah kita masih ada kawan....
ngeri.

Unknown berkata...

mirah.

pengalaman tu yg selalu saya kongsikan..
sakit dah dirasai
nikmat kesakitan tu - sekarang saya nikmati.
tapi dalam keadaan yg amat berhati2

Unknown berkata...

blue..

kerana itu - saya dan kita - kena kuat..
kita diajar
kita belajar..

hari ini kita ( betul ke ) kawan...he..mendalam tu.

Unknown berkata...

cgu pija..

kerana itu - jangan lupa jemput jinggo ke seklah.
nak kongsi...
he..iklan.
kesimpulannya...semuanya menjadikan kita amat2 matang.
saya - memang tak ramai kawan.

memilih kawan yg berkuanliti.

Unknown berkata...

alimaz..

moralnya.
tak payah berkawan.
tidak kut..
kita berpada2 dalam semua hal...
kita macam2 jenis kawan....

dan hari ini - salam di hulur.
kita kawan.

Unknown berkata...

kak zu..

memaafkan kan orang itu mungkin sifat terbaik - tapi boleh ke kita melupakan ' sakit ' nya...

teruk.
persekitaran masa tu langsung tidak membantu....

sakitnya.

ONE ZABA berkata...

salah tu...rambut kita ni dah tak sama hitam. rambut aku ni banyak putih dah. makin lama makin kurang pulak tu.

zai berkata...

Salam Jinggo..

Cerita kita banyak persamaan..kak zai pernah ada sahabat yg menggunakan kepintarannya mengayat utk menipu wang ringgit orglain..dia mmg berjaya tapi tak kekal lama..dia tumbang akhirnya diatas ketamakan dia sendiri..

Tapi yang penting kak zai mempunyai srg sahabat lagi yg menjadi sumber kekuatan hidup ini..SUAMI..dia tidak sahaja srg suami ttp dia juga srg sahabat krn sentiasa berdiri teguh menyokong apa jua yg kak zai usahakan dan sekiranya kak zai tersungkur kebumi dia ttp teguh disisi menyokong tanpa syarat..apabila disaat orang lain menidakkan kebolehan diri ini hanya dia yg berkata "abang yakin zai boleh melakukannya.."

Itulah nilai persahabatan dlm sebuah perhubugan suci yg tak ternilai harganya..

Unknown berkata...

cgu one..
he..
memang seorang kawan..
nak puji sikit
tahu menhargai kawan - selalu muncul dalm komen - walaupun kadang2 - lari jauh .............
tapi itulah harganya seorang kawan dialam maya ni.....

Unknown berkata...

zai.
moralnya..

tuhan akan membalas - tak payah tunggu akhrat - atas mukabumi sudah diajar - jangan pekena orang.....
apa yg kita beri kita akan terima...

Abd Razak berkata...

salam...

sayang sekali manusia tidak menghayati salah satu daripada 7 golongan yang akan mendapat naungan Allah semasa di padang masyar kelak iaitu Dua orang yang bersahabat saling mencintai kerana Allah dan keduanya bertemu dan berpisah kerana Allah.

~Insan Biasa~ berkata...

wak...
hebatnya dugaan..
dan setiap dari kita ada kisah dan sejarah yg tersendiri.

ha..kita boleh memaafkan tetapi tidak melupakan..dan saya sedang mencari2 tempat bagaimana dan ke mana nak bawa diri pada masa depan..
tapak yg ada sekarang mcm dah bergoyang..

Sasha berkata...

pengalaman hidup Jinggo penuh onak & duri... itu yg menjadikan Jinggo seorang yg hebat kini... buat baik baiklah penyudahnya... buat jahat... buruklah juga penyudahnya...

sikap bersangka baik patut ada dlm diri semua org... tp nak berkorban utk org kena berhati2... byk kawan yg makan kawan..

Unknown berkata...

en razak..

kalau saya salah minta maaf.
hari ini - kawan2 - saya boleh dibilang dengan jari..
kalau ada pun gang2 jemaah disurau....

sebab skill untuk bersahabtan ni - diluar lingkuangan ilmu biasa....

terima kasih kerana kita kawan.

Unknown berkata...

cgu anis
tapak yg ada goyang.....

kena baca buku yg jinggo suruh baca.ilmu adalh asas.
kepercayaan adalah bentengnya...

kita kawan......

Unknown berkata...

shasa..

hasilnya.
nikmat kesakitan tu - masyallah -tak siapa yg tahu...
sebenarnya makayah saya pun tak tahu..adik beradik lagi lah..
sebab dalam proses tu - saya buang semua - yang dia org nampak saya dah berjaya..........

yang tahu sorang aja....

zan xray berkata...

amat bermakna sekali pengalaman anda Jinggo. Hebat cabaran yang anda tempuhi.
Tahniah kini anda di tempat yang betul

Tanpa Nama berkata...

cabaran dn dugaan yg kita tempuh akan buat kita makin kuat dn tabah... lebih brhati2 dn sentiasa waspada... belajar dr kesilapan, dn jgn ulangi kesilapn yg sama...

maknanya klu si a dh pernah tikam kita dr belakang, maka jgn sekali2 meletakkan diri kita dlm risiko ditikam oleh org yg sama sekali lagi...

apepun aku doakan ko bahagia sll, jgn lupa kirim kad undangan ye... hehehe!

Unknown berkata...

brozan
tahniah kerana ' masuk ' kelas dan universiti kehidupan..

macam dah dapat Phd kut dalam Univerisiti ni...
he..
sekarang semuanya dah ok..sesekali pandang belakang.

indahnya - kesakitan.

Unknown berkata...

teja...

ha..terima kasih.
sebab bukan mudah nak berkongsi ' kesusahan ' dengan sesiapa.
sangguh ke...

ZOOL@TOD berkata...

Saya pernah membuang kawan yang agak rapat dek kerana perangainya yang kuat berhutang dan tak reti-reti nak membayar, hinggakan kita naik malu nak meminta hutang tersebut.

Che' Pit berkata...

hmm betul betul betul.. memmafkan itu senang tapi melupakan itu, susah sekali.. bukan berdendam cuma peringatan agar tidak berulang berkali2..

Dearie Pearls berkata...

Dear Bro,
mcm2 jenis kwn nie.
Ada ok ada tak..

yang tak ok, kwn2 mcm tu je ar..

yang ok ada tapi tak ramai.

hati2 ngn kwn..

Unknown berkata...

enzool

rasanya - saya - dah tak buang orang - tapi cepat mencantas.....
kalau diblog ni - asyik kita kita aja nak mengomen....
itu tandanya kita tidak diperlukan @ dihargai....

amat berhati2 dengan karektor kawan2...
yang pasti - kita adalah kawan.

Unknown berkata...

Lol

kemana kawan kita si aryani...
lama tak mengunjungi jinggo.........

zaijb berkata...

kehidupan nie macam roda jap kat atas jap lagi kat bawah... tapi Allah maha kaya... dia nak tunjuk kan kita ngan saper sekarang kita berdamping.. kawan atau lawan? atau sama2 kita senang atau ko je susah aku jee senang... itu lah manusia... bila time macam nie famililah yg kita harap kan utk mendukung segala kekalutan yg berlaku...
tapi yg berlaku cikgu terpaksa mengharungi kehidupan ini sendiri...
aduhhh cekal nye hati cikgu, sehinggakan membawa perubahan yg begitu ketara dan boleh membanggakan... saya suka akan semangat yg sebegitu.
tapi bila di fikir kan balik ape yg berlaku memang terlalu sakit... tapi sebenarnya Allah nak selamat kan kita dr tipu daya mereka yg bertopeng kan manusia nie. Kalau semua nie tak berlaku kita pun tak tahu potensi sebenar diri kita ini.

Bersyukur lahh sentiasa moga kehidupan ini sentiasa berpihak pada cikgu yg begitu tabah dlm mengharungi nyee..

Harap cikgu akan bertemu org yg benar2 jujur, dan hidup susah senang bersama... moga cikgu sentiasa ceria dan diberkati Allah.

Unknown berkata...

ngeh....

yang pastinya
nanti masa kem kita kongsi macam2 -tak sabar rasaanya dah ni.....

Unknown berkata...

zaijb

bermaknanya komen ni
saya dah susah
sebab tu ' mengampah ; dengan orang yg cepat terkulai ni

kita dipilih untuk sakit.
sakit itu ada nikmat dihujungnya...

saya pejuang.
dah diuji pun...

seterusnya berkongsi.

Tirana berkata...

percaya tak kalau saya katakan orang yang nampak 'hebat' dan memang 'hebat' biasanya mempunyai sejarah pahit dalam hidupnya. Mungkin bukan semua tapi kebanyakannya begitu lah...

Unknown berkata...

puan tirana

macam AnwarIbrahim kan.....
dia hebat
nampak hebat
dah diuji kehebatan..
betul tak....

saya bukan orang politik
tafsiran berdasarkan pengalaman dia....

terlalu hebat manusia anwar ni.

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong K Tirana...

Org hebat slalunya, akan lalui sejarah pahit dahulu

dan...

disusuli dgn yg manis...

Bersedia tuk jd org hebat...

Unknown berkata...

arrayani

saya sedang 'insyallah ' untuk jadi org hebat...
tapi mesti ada yang sokong..

Pn Kartini berkata...

Salam
Pernah jua bagaikan terpinga2 bila kita diperlakukan sedemikian rupa..
..dan kini mengerti..Ada golongan yang hanya mengambil kesempatan ats kebaikan ..kenaifan..atas erti kata Persahabatan..namun tanpa keikhlasan..semua tiada erti...

Unknown berkata...

pn kartini

terima kasih kerana pandangan..
dulu memang saya ' benci ' pada pencetus..
tapi semua macam tak sudah..
mengambil sikap tangungjawab - semua salah saya kut......

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

kita kdng suka sngt percayakan kwn. bila dh percaya tak di sangka pula di tikam pula dr belakang.. memang susah nk mncari kwn sejati.. nak cari kwn yg benar2 mghargai.. tp itulah manusia suka sngat percaya kata-kata manis.. bilatak percaya ckp pula tak menghargai.. ya.. memang perlu berhati-hati.. memilih selagi perlu memilih.. asalkan tidak mengecilkan hati..

"pemaaf" tapi luka lama tetap di ingatan..

Tahniah Jinggo semoga berjaya menempuh cabaran yg mendatang..

-maiza- sentiasa menghargai kwn.. semoga di hargai jg..
"kadang susah nak percaya, tapi dalam hati ada kepercayaan"

Eco Kid Adventure on Facebook