Rabu, 14 Oktober 2009

mak tiri vc anak tiri

Dari Email yang dihantar.
kita kongsikan begini
PnL - seorang rakan yg memang menjadi idola semasa kami dikolej
amat tahu menjaga penampilan yang tatacara hidup yg amat sempurna.
bezanya dia : tidak pernah lekat boifren.
KAMI SEMUA TAHU
ketidakmampuannya menjaga mulut + emosi
kami kawan2 bersangka baik.
sekarang menjadi wanita yang amat2 berjaya
PESYARAH KANAN DI SEBUAH KOLEJ
kami berhubung sekadar2 sahaja sehinggalah satu email dihantar.
JINGGO APA I NAK BUAT.
kita mulakan begini.diselain faktor boifren ' datang dan pergi ' cita2 untuk mendapat lelaki kaya. PnL tanpa berfikir 2 kali.bila dikira2 dengan seorang.
MrR - duda kaya.kematian isteri.2 anak dari arwah
dikala cinta pada arwah yang tidak pernah padam.
MAKA BERMULALAH CERITA.
perkahwinan
seorang bercita2 nak dapatkan lelaki kaya walaupun berbezaan umur 15 tahun
seorang sekadar memenuhi keperluan biologi lelaki - mungkin.
PnL memang terkenal dengan ' mulutnya ' cuba menguasai MrR.
GAGAL.
bila mana semuanya harta2 MrR dipindahkan pada nama anak2 bersama arwah
bila mana fokus MrR pada anak2 bersama arwah.
BERTAHUN
4 orang anak hasil perkongsian bersama.
MrR kaya dan terus kaya.
dikatakan duit KWSP sahaja berjuta.
SIKAP ' AGRESIF ' PnS tidak pernah surut.
sehingga
MAK CIK TAHU TAK : MAK CIK NI MENUMPANG DI RUMAH MAK KAMI.
satu suara yang menjadi cerita besar.
bertahun2 anak2 arwah bersangka baik dengan PnL.
akhirnya cukup membawa cerita ini ke Mahkamah Syariah
DARI JINGGO
saya berfikir sedalamnya bila memikirkan
MAK TIRI VC ANAK TIRI.
tidak mudah barangkali untuk memulakan cinta MrR.dengan kerjaya sebagai pegawai besar selain kedudukan yang besar dalam UMNO cukup untuk dinyatakan - dia tidak menoleh kebelakang walaupun sedikit.
PnS 25 + Mr40 dikala awal perkahwinan.
sekarang PnL 35 + MrR50.
DISINI MULA SILAPNYA.
proses untuk mendapatkan perhatian PnL dengan mahu menjadi
ORANG PENTING dalam FAMILI BARU
ternyata gagal bila mana ditidakmampuannya
mengawal komunikasi dengan anak tiri.
KITA KONGSIKAN BEGINI.
tidak banyak kajian yang dibuat mengenai cinta @ perkahwinan begini.
kajian oleh Prof Abudullah Hassan dalam konteks komunikasi lelaki2 begini ( duda ) + kesukaran untuk memulakan percintaan dan perhubungan dari A.
SIAPA NAK UBAH SIAPA.
kita lihat dari sudut yang besar.
adakah PnL yang patut memahami MrR lebih
adalah MrR yang patut memahami PnS\L lebih
SELAIN DARI MEMAHAMI
BAHAYANYA PERKAHWINAN YANG TIDAK DI 'RESTUI ' ANAK TIRI
dan bertambah bahaya.
SEMUA HARTA DIPINDAHKAN PADA ANAK TERDAHULU.
diharapkan perkongsian ini dilihat dari sudut akademik.

32 ulasan:

zai berkata...

Salam Jinggo..

Salahnya banyak pada mak tiri kerana matlamat dari awal berkawan pun sudah berniat serong dan tidak juga berniat utk berkahwin kerana mencari keredhaan Allah dan juga mencari pasangan yg boleh memimpin kita ke syurga dan berniat pula utk berkahwin kerana harta dan wang ringgit inilah jadinya...

Mudah2an selepas ini bagi mereka yg selalu berangan2 mencari pasangan kaya dan terlalu mementingkan kebendaan akan insaf dengan cerita2 sebegini...

Kekayaan dan wang mmg penting didalam hidup tetapi wang tidak pernah memberi jaminan bahawa kita akan bahagia selepas menjadi kaya..masih ramai orang miskin yg hidup bahagia berbanding orang kaya.

Ateh berkata...

hmmmm..kisah ini sangat menarik...1st ...perlu diingat perkahwinan memerlukan keikhlasan tidak kira samada ia berlandaskan perasaan kasih, sayang , cinta atau hanya sekadar perasaan hormat sahaja..keikhlasan perlu bermaksud kita tidak mengharapkan apa jua balasan dari segi perasaan material dan sebagainya.. anak tiri..kita tidak menggantikan tpt seorg ibu yg ditinggalkan kosong kerana tpt itu adalah sgt istimewa..tetapi kehadiran kita adalah untuk menjadi teman rapat sebagai tpt berkongsi perasaan, berkongsi cerita dan sebagainya... suami..kita hanya menjadi isteri kepada suami apabila dia bersama kita pada ketika itu sahaja...kerana suami bukan milik kita sepenuhnya...suami juga milik masyarakat apabila dia di luar, suami menjadi milik majikan bila dia di tempat kerja...dan sebagainya..kerana t/jwb suami bukan sekadar di rumah...tetapi meliputi beberapa aspek seperti keluarganya di kampung, jiran, dan t/jwb sosial...dan kerana itu kita haruslah menghormati keperluan suami, keinginan suami, masa suami, kesukaan suami dan sebagainya...ingat ...kita tidak boleh mengubah suami..apatah lagi rutin hariannya...yang yanya kita boleh ubah adalah..diri kita sendiri..kita perlu lebih memahami suami..kerana kita yang memilih perkahwinan itu..kita perlu berubah cara pemikiran kita untuk menjadi isteri yang lebih baik...kerana perubahan pada suami akan berlaku jika dia yang inginkan perubahan..dan paling penting..perkahwinan bukanlah tempat untuk menambah kekayaan..kerana kekayaan dan kemewahan perlu dikecapi dengan hasil titil peluh sendiri dan bukan dari keringat org lain...kerana jika kita ikhlas..kebahagiaan pasti muncul dalam apa jua bentuk...siapa yg perlu memahami....isteri perlu berubah jika inginkan suami memahami mereka...bagi mereka yg bergelar isteri atau pun ingin menjadi isteri...luangkan masa dengan membaca Dunia Suami...Rahmah Saad...sangat menarik mengajar kita menjadi isteri yg rasional ...two thumbs up!!!

CITY® berkata...

salam...

bila fikirkan masalah2 ini yg buat ramai duda2 or janda2 takut nak kawin lagi ke?

betul ke?

hmmmmm
nikmati apa yg ada sekarang , jangan fikir kan apa yg mendatang?
leh pake ke pepatah nih?
baca dlm buku how to stop worrying n start living taw, errkk

addyaholix berkata...

saya agak sukar untuk faham. mungkin banyak yang dalam kepala. nanti saya ulang baca.

salam bang. lama sangat2 tak singgah sini =)

Ateh berkata...

nak tambah...isteri yg baru muncul dalam kehidupan suami perlu faham..kemewahan atau harta yg ada sebelum ini memang milik anak-anak dan isteri perlu menghormati keputusan suami untuk mewariskan kpd anak2..sebab tu sebagai isteri kita perlu kaya tanpa mengharapkan kekayaan suami...

~Insan Biasa~ berkata...

agak tak mahu situasi mak tiri vs anak tiri mcm ni,maka ayah saya pilih untuk sendiri bertahun2 lamanya...hehe

Unknown berkata...

kak zai.

ini satu pandangan yg praktikal.
sebab sudah menjadi macam satu ' budaya ' sekarang..
asas perhubungan dan perkahwinan kena jelas....
landasan kena kukuh.

dalam kes N3 tu - saya off kan beberapa exsiden yang tidak molek mahu dikongsikan

Unknown berkata...

ateh

rekod - komen terpanjang - lahir mungkin dari pengalaman kut....
saya melihat isu ini secara komplek.
melibat satu pakej yang kadang2 kita abaikan.
catuan dua + anak menjadikan perkahwinan begini terlalu komplek kalau tidak disertakan dengan ilmu......

saya yakin kepada ilmu selain dari keikhlasan.

Unknown berkata...

blue city..

perkahwinan selepas perkahwinan.
ada
pengalaman dan kenangan..
itu yg membezakan diantara nya.

semuanya harus dan mesti diselitkan dengan ilmu.

Unknown berkata...

addy

orang bujang..
tak ada : pengalaman + kenangan...
nanti....tunggu semua akan dtg.

jangan lari........he...he...

Unknown berkata...

cgu anis

mungkin itu alasan ayah kut..
sebab keadaan tidak semudah yg kita fikirkan.

Unknown berkata...

ateh lagi...

kalau itu menjadi kefahaman.
mungkin agak praktikal untuk kita lebar2 pandangan...

harta suami.
harta bekas isteri
harta anak2....
harta selepas itu....

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

pengalaman + kenangan

kena sedar yg mana satu nak di pilih. kita mengharapkan yg terbaik..

mak tiri vs anak tiri

keikhlasan + hargai + penerimaan

kalau dah dr mula setkan minda ke arah bkn kebaikn.. dah tentu akn jadi yg tak baik.. Allah maha mengetahui.. cash jg di bayarkn..

-maiza-

Unknown berkata...

maiza
ha...
sorang lagi : tak ada kenangan + pengalaman..........

ini sekadar perkongsian yang tidak susah sangat...
tidak ada mana salah berkahwin lelaki macam tu.
asasnya kena jelas.

betul tak.

Abd Razak berkata...

Salam...

begitulah betapa besar impak harta dunia kepada manusia...

sungguh benar ketika Rasulullah Saw bersabda, "Kalau anak Adam memiliki dua lembah harta nescaya ia akan mencari lembah harta yang ketiga, tidak ada yang dapat memenuhi perutya kecuali tanah, dan Allah Maha mengampuni orang-orang yang bertaubat [HR. Musllim].

Unknown berkata...

enrazak

terima kasih banyak2...
kerana pandangan yg dihubungnkan dengan pandangan agama...
bukan tidak ada yang sempurna perkahwinan begini...

lihat saudara2 kita di Rufaqa....

asasnya jelas.

Ateh berkata...

setuju..perlu ada ilmu untuk menjadi seorang isteri dan juga seorang ibu untuk melahirkan generasi yg berilmu..walaupun memilih profesion sebagai suri rumah...ilmu perlu diterokai agar nilai kemanusiaan, kerohanian dan sebagainya dapat dipupuk dan diwarisi oleh anak2.. hubungan anak dan ibu tiri...hmmm..ianya akan terjalin sekiranya anak itu sendiri dapat merasakan ada satu pertalian di antara mereka. Selagi mereka rasa terasing dengan ibu tiri selagi itu sukar untuk menerima kehadiran ibu tiri dalam kehidupan mereka...Ibu tiri perlu peka dengan kemahuan, emosi anak tersebut tanpa prejudis...hormati ibu kandung..berbalik semula kepada law of attraction...buka hati kita seluas-luasnya terhadap mereka tanpa ragu-ragu kerana mereka juga akan membuka hati mereka untuk menerima..kerana hidup ini semuanya berkongsi..tidak ada satupun yg milik kita hanya milik mutlak seseorg including suami, anak dan harta...anak-anak juga mempunyai instinct walaupun sekecil bayi mereka dapat merasa 'aura' atau perasaan sebenar ibu tiri terhadap mereka..harta...sebagai org baru dalam sebuah keluarga yg telah terbina kemewahan sejak dulu..tidak wajar kiranya isteri baru menganggap dia berhak ke atas harta itu...kerana harta tersebut adalah usaha suami bersama keluarga terdahulu..dia hanya berhak ke atas pemberian suami dan nafkah serta pencarian harta bersama sejak bermula menjadi ahli keluarga yg baru....persoalkan pada diri sendiri apa yang anda inginkan dalam sebuah perkahwinan...bincangkan bersama pasangan jka perlu..jangan hanyut pada perasaan...berkahwin hanya kerana cinta..jika ada matlamat yg sama dan boleh dicapai...buatlah keputusan...hidup sekarang perlu bersifat rasional..

Chenta berkata...

Salam Jinggo..

wahh.. semakin menarik . Saya suka lontaran dan cetusan yang anda ciptakan.

Asasnya adalah...SIAPA NAK UBAH SIAPA.

Jika kesemuanya tidak mahu berubah . Maka.. tiada sebarang perubahan akan berlaku . noktah !

Pn Kartini berkata...

Salam...
perkahwinan ats dasar materialistik..bukan berlandaskan kasih sayang & cinta yang ikhlas..pasti mengundang kekecewaan..
Sesuatu yg murni..satu ikatan suci..seharusnya dimulakan dgn niat yg baik..pasti ada keberkatannya di situ..:):):)

2_one berkata...

nk pikat si ayah...so kena pikat si anak dlu kot...baru boleh hidup senang....hehehe

Unknown berkata...

ateh...

ni boleh satu N3 lain...
menariknya in - put....

Unknown berkata...

puan linda...

sapa nak ubah siapa.
kita berkira2...
langsung tidak ada perubahan - maka tidak ada apa2 tindakan.
maka tidak ada apa2 keputusan...

Unknown berkata...

PnKartini

saya tertarik dengan pendekatan rakan2 di AlArqam dulu..
perkahwinan diniatkan pada dahwah....

asasnya jelas
asasnya amat kuat...

maka seterusnya - terima kasih kerana pandangan

Unknown berkata...

2 one...

ha..
betul2
amat betul.........
ambil semua pandangan ' kakak2 ' diatas - jadikan panduan...

zan xray berkata...

menariknya komen2 dan respon di entry ni. sesuatu yang perlu dipelajari sebelum mengambil keputusan untuk mengahwini pasangan yg telah berumah tangga dan mempunyai anak sebelummya.

kalau nasi dah jadi bubur susah nak dibetulkan melainkan terpaksa makan juga dan ditambah hiasan dan perasa untuk "mencantikkan" nya semula.

zaijb berkata...

mmm... nampak susah jeee.. tak lehh nak kahwin lahh macam nie..hehe...

Unknown berkata...

BroZan

semuga kita mendapat sesuatu dari apa yg dikongsikan....

Unknown berkata...

zaijab

kalau semua fikir macam tu - tak bertambahlah umat kat atas mukabumi.....
niat kena betul !

Marzalina berkata...

kronik juga bila berkawen semata2 kerana harta..bila harta habis..cinta juga turut hilang, sebaik2nya pilihlah jodoh berdasarkan agamanya, dan budi bahasanya...tapi zaman sekarang, semua manusia dah dibutakan dengan material dan wang ringgit, nilai-nilai murni dan kasih sayang dah tak wujud dalam sebuah institusi perkahwinan. dah jadi trend terkini pulak..kawen lelaki kaya yang berumur..semua ni terletak pada diri sendiri, yang baiknya adalah berserah kepada Allah dan berdoa supaya dapat jodoh baik2. Akhirnya..sapa yg rugi? hehehe

ONE ZABA berkata...

tapi yang keluar dalam surat khabar baru-baru ni lagi haru....

anak tiri bersetubuh dgn mak tiri sambil disaksikan oleh bapanya.

kongsi harta kut namanya tu..

Unknown berkata...

intan..

tau tak apa.
elakkan dari berurusan dengan keadaan yg macam tu

Unknown berkata...

cgu one

minta simpang dalam bab yg takut nak baca ni..........
eee.......seram

Eco Kid Adventure on Facebook