Isnin, 19 Oktober 2009

mari main saham

Kita biasa mendengar ekuiti – dalam permainan saham : tapi bagaimana kalau dikatakan kita seakan bermain saham dalam hubungan sosial kita.
Samada dalam perkahwinan mahupun dalam persahabatan
BAGAIMANA TEORI INI BERFUNGSI
Sebagai pemilik ekuiti , kita mempunyai kos @ modal @ sumbangan. Dan kita juga mendapat faedah @ pulangan @ ganjaran dalam hubungan yang kita jalin. Menurut teori ini kita akan meneruskan perhubungan selagi kita berasa kita menikmati nisbah
antara KOS dan GANJARAN yang menguntungkan kita.
Ertinya kos yang kita tanggung adalah rendah manakala ganjaran yang kita perolehi adalah tinggi @ sekurang2 kita berasa ganjaran yg kita terima adalah setimpal dengan kos yang kita tannggung.
Mengikut teori ini – apabila kita memberi sumbangan ( modal ) yang besar sewajarnya kita mendapat pulangan yang besar.
Jikalau kita berasa pasangan kita TIDAK MEMBERI SUMBANGAN YANG LEBIH BANYAK daripada sumbangan kita ,
maka kita berasa dia tidaklah berhak menerima pulangan lebih daripada apa yg disumbangkan.
Teori ini menyatakan kita mahukan keadilan , iaitu ekuiti yang setimpal.
Ertinya kita mahukan perhubungan yang berdasarkan ekuiti yang adil.
Apabila kita berasakan ekuiti yang ada sudah tidak adil lagi ,
motivasi kita meneruskan perhubungan yang ada akan menurun.
Perselisihan akan timbul kerana ada pihak yang berasa dirinya terpaksa menanggung lebih banyak kos ,
tetapi dia tidak menerima ganjaran yang setimpal.
Keadaan ini memungkin kita akan hilang penghargai perhubungan itu.
DARI JINGGO
Mari kita menjalankan perhubungan yang menguntungkan.
Bagaimana ! Kita melabur dalam pertemuan ini. kita menyumbang - dan tentunya dihujung kita mahukan keuntungun - dalam konteks hubungan sosial.
KEUNTUNGAN EMOSI
bagaimana untuk mendapat keuntungan emosi.
jadikan pasangan kita penting.
sebab itu fitrah, kita sama2 melabur dalam pertemuan ini, masing2 mahu untung.
dan pastinya
kita mahu untung - tidak mungkin ada prinsip
MENGHALALKAN SEMUA CARA UNTUK MENANG
APA YANG KITA NAK MODALKAN HARI INI..

14 ulasan:

Maiyah berkata...

suma org nak untung.. main saham ni pun tgk nasib gak kalo saham naik.. beres tapi kalo turun merundum sakit tu.. jadi kenalah cari saham yg bleh bagi untung :)

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

melabur + untung

apa pun yg kita laburkan sudah pasti nak untung. tapi untung yg bagaimana? asalkan berpuas hati. nak untung apa pun melibatkan emosi.. tapi hati2 dng untung.. kalau terlebih untung takut terlupa pula..

ya.. "menghalalkan semua cara untuk menang"

belajar mendidik emosi
terima kasih Jinggo n3 best..

-maiza-

zaijb berkata...

Entri yg bagus....tapi tak sesuai rasanya jikalau mengatakan perkahwinan atau persahabatan seperti permainan 'saham'... kalau itu yg di maksud kan di mana kah pula erti keikhlasan, kejujuran dan kasih sayang... berbahagialah kpd mereka yg kedua2 nye memperolehi keuntungan... tapi bagai mana pula keuntungan itu hanya sebelah pihak sahaja.... so pihak satu lagi pasti merasa sedih, kecewa... kerana terpaksa di tinggal kan... begitukah yg di maksud kan tentang permainan saham....
maaf, mungkin saya silap cuba betul kan...

Unknown berkata...

puan maiyah

itulah adatnya dalam pertemuan..menurut MrDale Carnigie - faktor pertama menaikkan emosi pasangan adalah......
jadikan pasangan kita penting.

Unknown berkata...

maiza..

mungkin akan dikatakan keterlaluan bila kita mengaitkan perhubungan dan perkahwinan macam main saham......
lihat dari sudut fitrah manusia itu sendiri.
kita mahluk yg suka diri sendiri.

Unknown berkata...

zaijb

beginilah.
lihat dari sudut komunikasi.
asas dalam mana2 hubungan sosial @ perkahwinan adalah komunikasi.....
keuntungan emosi
madsudnya kita ' dimenangkan ' dalam beberapa hal....
keduanya mahu untung.
suaranya diuntungkan
ceritanya diuntungkan
semua...
keduanya

tapi dalam budaya melayu - selalunya kita tidak menjadikan ini sebagai persoalan besar : selalunya satu diantaranya akan bersedia menanggung ' rugi '...

demi menjaga institusi - maka berterusanlah berhubungan yg merugikan...

Ateh berkata...

stuju dgn zaijib..perkahwinan, persahabatan dan hubungan manusia tak perlu dikaitkan dgn saham..kerana ia melibatkan keikhlasan..apapun keuntungan di dunia x semestinya untung di akhirat...minat saya lebih kepada invest untuk diri sendiri..invest kepada kesihatan, kecantikan dan ilmu...kerana manfaatnnya kpd kita tanpa melibatkan emosi org lain..tidak perlu untuk main 'saham' yg melibatkan perasaan atau emosi org lain sekiranya hanya mengutamakan kepentingan sendiri kerana manusia kehendak dan keinginannya berbeza...perkahwinan adalah suatu hubungan yg perlu dihormati dan bukan tpt untuk mengaut apa jenis keuntungan dr segi material , emosi n sebagainya kerana ia melibatkan perkongsian dan pengorbanan..keuntungan..samada di dunia atau di akhirat..

Ateh berkata...

mungkin kerana angkara main 'saham' ini ramai yg kecewa kerana rugi...rugi kerana pasangan tidak sanggup menerima kekurangan atau kecacatan dlm sebuah hubungan atau banyak yang ditinggalkan setelah habis madu sepah dibuang..kerana hanya memikirkan keuntungan saham sahaja..

Unknown berkata...

ateh oh ateh..

untuk seterusnya saya menjawab begini..
saham - ambil kira ini sebagai satu andaian sahaja...
lihat dari sudut keselesaan dan keuntungan bersama...

sebab impaknya amat besar dalam mana2 hubungan sosial seandai kita sudah ' melabur ' diri untuk bersama - dan pelaburan ini tidak memberi ke ' untungan ' emosi....

kita kalah dalam semua hal.
bagaimana mahu meneruskan perhubungan yg kita tidak lagi bermotivasi untuk meneruskan.....

Unknown berkata...

ateh lagi.

untuk seterusnya.
saya membaca buku besar mengenai topik ini.saya kongsikan begini...

jangan dilihat dari sudut saham - lihat dari sudut hubungan yang
menguntung @ tidak......
kita akan berasa seronok untuk terus bersama..
dalam hubungan dimana2 pun.
ini dikaitkan dengan fitrah manusia itu sendiri....

terima kasih ateh kerana pandangan.

ONE ZABA berkata...

dulu masa bujang rajin main saham pak man telo kat taiping. siap pinjam bank rakyat lagi. tapi apa kan daya tiada jalan mudah nak jadi kaya. pak man telo kena cekup. akhirnya bayar buta je kat bank rakyat.

Unknown berkata...

alamak cgu one
main saham
dan....kena ' kapor '...
macamana tu..
saya kena juga......he...he...

Ateh berkata...

kita akan melihat kekurangan org lain jika kita merasa diri kita hebat sedangkan kehebatan kita hanyalah pinjaman sementara dari Illahi..yang hebat tidak semestinya baik untuk kita dan adakalanya keburukan itu lebih banyak memberi manfaat kepada kita..kerana setiap kejadian Tuhan semuanya ada maksud yang tersendiri..

Ateh berkata...

perkahwinan adalah satu tanggungjawab tanpa memikirkan keuntungan kerana kita memilih untuk memikul tjwb itu..n perkahwinan ibarat mendirikan masjid...daripada kita meruntuhkan masjid adalah lebih baik sekiranya masjid itu direnovate n di makeoverkan..kekalahan atau tiada motivasi utk meneruskan sesbuah hubungan kerana hati mata kita (bukan mata hati yer) hanya memandang kepada kekurangan pasangan dan tidak lagi melihat kelebihan n kebaikannya yg dimilikinya..

Eco Kid Adventure on Facebook