Sabtu, 10 Oktober 2009

ruang yang ditinggalkan..

seorang pemuda menyusuri sebatang sungai seorang diri
datang pada suatu petang , sejuk dan kelabu jurang dilalui - luas terbentang dalam dan luas
melalui air pasang surut yang muram
pemuda itu menyeberanginya didalam kesamaran cahaya
ia menoleh sebaik sahaja berjaya menyeberanginya
lalu membina jambatan untuk merentasi air pasang surut

Orang Muda - kata seorang penziarah
Kamu membuang tenaga dengan membina disini
perjalanan kamu akan tamat dengan berakhirnya hari ini
kamu tidak mungkin melalui jalan ini lagi
kamu telah berjaya melepasi jurang , dalam dan lebar
MENGAPA MEMBINA JAMBATAN DISINI !
sahabat - didalam perjalanan yang saya lalui : kata anak muda itu
terdapat pengikut selepas saya dikemudian hari.
ada kaki2 yang melintasi jalan ini
DAN SAYA MEMBINA JAMBATAN UNTUKNYA.
jinggo
kembali ke lapangan untuk membina jambatan

29 ulasan:

~Insan Biasa~ berkata...

terima kasih kerana menyediakan ruang untuk membina jambatan itu untuk 'kami'...

Guru berkata...

assalammualaikum

setiap kita pasti ada jambatan yang sedang kita bina

Abd Razak berkata...

assalamualaikum...

menyediakan jambatan semasa di dunia bagi kegunaan di akhirat...jgn lupa asas dan tiang serta bahannya yg hanya ada di dunia saja...

ASYIQ berkata...

Salam....pastikan jambatan itu kuat!!

Tea Cha Hai berkata...

Salam.
Terima kasih kerana sudi membina jambatan...tidak semua yang mahu, mampu,bertekad dan konsisten melakukan sesuatu utk org lain....
Semoga kekuatan sentiasa bersama Cgu Jinggo...

zan xray berkata...

terima kasih juga,, anda antara pembina jambatan ini untuk kami.

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

terima kasih..... terima kasih untuk Jinggo..

di jambatan ini semua kita di pertemukan.. di jambatan ini semua di satukan.. tak semua mampu membina jambatan teguh untuk semua melaluinya.. terima kerna adanya jambatan ini semua memperolehinya.. lalui jambatan ini.. langkah dan terus langkah ke hadapan..

semoga Jinggo sentiasa di rahmati, dalam lindungan, di beri kekutan serta di permudahkan olehNya... AMIN

-maiza-

ONE ZABA berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ONE ZABA berkata...

seorang dato seri pernah berkata di maran...

kita akan membina jambatan di sini untuk orang senang melintas sungai.

tapi dato sri .. bukan sungai di sini.


tidak apa...sungai belakang bikin.


maka terbinalah satu jambatan di maran tanpa sungai...wakakaka.

Tirana berkata...

Kita tidak akan kerugian jika kita membuka jalan dan peluang untuk orang lain meraih kejayaan

zai berkata...

Mudah2an kita sentiasa memberi ruang dan peluang kepada insan lain untuk membina jambatan baru..

Ateh berkata...

Ruang yang ditinggalkan adalah untuk diwarisi oleh generasi yang seterusnya dan adalah malang sekali jika ianya dipersiakan...

Tanpa Nama berkata...

Cikgu Jinggo,
Teringat satu lawak politik dulu-dulu pasal jambatan ni..

"Walau takde sungai.. jambatan pun saya boleh bikin.."

Maiyah berkata...

membina utk kegunaan suma org, tugas mulia tu :)

Unknown berkata...

wak anis..

saya nak bina jambatan ke pulau indah......

Unknown berkata...

cgu kl..

kita membina jambatan
yang membezakan...
kekuatan jambatan.....
betul tak....

Unknown berkata...

...jgn lupa asas dan tiang serta bahannya yg hanya ada di dunia saja...

en razak

itu yg membezakan semua orang yg membina jambatan

Unknown berkata...

cgu asyiq

saya percaya
itu yg membezakan kita dan kita...
sekuat mana jambatan tu

Unknown berkata...

cgu ari

ada orang yg membina jambatan
ada orang sekadar menggunakan jambatan.....

kita yang mana satu.

Unknown berkata...

brozan..

teman nak bina jambatan kat sg perak ajalah......

Unknown berkata...

maiza...

amat2 bermakna komen ni.
terima kasih.

Unknown berkata...

cgu one

nak bina jambatan dari teluk intan ke seberang perak....

he...
he...

Unknown berkata...

puan tirana

saya percaya
kita mmeberi dan kita akan menerima

Unknown berkata...

kak zai

kita membina jambatan
orang lain membina jambatan
dan orang lain lagi membina jambatan...

menarik komen ni

Unknown berkata...

kak zai

kita membina jambatan
orang lain membina jambatan
dan orang lain lagi membina jambatan...

menarik komen ni

Unknown berkata...

ateh...

saya sedang berfikir mengenai komen ni...
ada yang macam tu.
memang ada.

Unknown berkata...

"Walau takde sungai.. jambatan pun saya boleh bikin.."

cgu cat macamana tu

~Insan Biasa~ berkata...

saya tak lalu jambatan tu kot kalau sorang diri....

Ticer Syah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Eco Kid Adventure on Facebook