Jumaat, 23 Oktober 2009

saya pun belajar sesuatu...

LUMRAH manusia, kita tidak suka andai diri disisih dan dipinggirkan.
Oleh kerana itu, kebanyakan individu gemar diberikan perhatian.
Namun, untuk meraih perhatian orang lain,
kita perlulah memiliki daya tarikan.
Adakalanya, perhatian amat penting kerana daripadanya tercetus keyakinan diri. Ia juga membuatkan kita optimis untuk menempuh apa juga situasi.
Berikut beberapa tip yang boleh dijadikan panduan
untuk menjadi individu menarik:
Pamerkan air muka bertenaga
Sapa orang sekeliling dengan suara jelas sambil mempamerkan air muka yang bertenaga. Sesiapapun akan berasa kagum dengan anda walau pertama kali berjumpa.
AIR MUKA MELIBATKAN MATA + BIBIR
Tenang dan kawal diri
Bercakap dengan nada terkawal, tidak terlalu gopoh dan tidak terlalu teruja.
Kawal emosi walaupun ketika anda sedang sakit hati.
Pakaian kemas dan bersih
ke mana-mana sahaja
Biasa tengok David Beckham? Penampilannya di padang bola, ketika menghadiri majlis makan malam, pelancaran produk atau anugerah tertentu, dia cukup menyerlah.
Pilih yang positif, lupakan yang negatif
Jika anda pernah ada krisis dengan sesiapa atau anda pernah bertengkar dengan sesiapa, jangan ada benci. Pilihlah untuk berkawan dengannya, elak bermusuh dengannya lama-lama. Dendam kesumat yang ada di dalam hati membuatkan anda berfikiran negatif. Ini kerana, dendam itu akan menarik sifat marah, panas baran dan perengus. Jadi, untuk menjadi individu menarik, bersedia untuk membuang sikap tersebut sekurang-kurangnya secara beransur-ansur. Pilih yang positif, lupakan yang negatif, selupa yang mungkin.
Berkawan dengan sesiapa sahaja
Jangan pilih dengan siapa anda berkawan. Jaga hati setiap orang.
Anggap semua orang penting.
Bagi setiap individu, mereka mahu dihargai. Jadi, untuk menarik minat mereka terhadap anda, layan mereka dengan baik, pamerkan kesopanan, jaga pandangan mata (eye contact) dan jaga postur badan anda. Elak berpeluk tubuh atau menyilang kaki ketika bercakap.
Berterus terang, telus dan jujur
Ini tip yang paling penting. Jangan kata anda seorang yang jujur, tetapi tidak mempamerkan kejujuran dalam apa juga yang anda lakukan dan di mana anda berada.
Jangan kata anda seorang yang telus, tetapi tidak mempamerkan ketelusan dalam apa juga yang anda kerjakan.
Sentiasa senyum
Senyum merupakan aset berharga untuk diri anda. Kalau tidak, masakan seseorang boleh jatuh cinta disebabkan dengan satu senyuman sahaja. Kata orang, senyum itu sedekah. Senyuman membawa 1001 makna. Senyuman yang ikhlas dapat menenangkan hati orang lain.
Jika ada orang tidak senyum pada anda, maka hadiahkan mereka senyuman. Ia mendekatkan lagi jarak anda dengan mereka.

Banyak memberi
Masyarakat sukakan individu yang suka memberi. Tidak kisah apa-apa pun. Mungkin dari segi barangan, wang ataupun pertolongan dalam bentuk fizikal. Manusia tidak sukakan mereka yang hanya mementingkan diri sendiri. Oleh itu, belajarlah untuk memberi.
Berikan pujian
Manusia sebenarnya dahagakan pujian. Tetapi masalahnya, semua sibuk dengan hal masing-masing. Jadi, apa salahnya jika kita memberi sedikit pujian. Dengan ini, ia akan membuatkan mereka merasa bahawa mereka seorang yang berharga di mata anda.
Percayalah dengan membuat orang lain bahagia,
anda juga akan turut bahagia.
Mempunyai prinsip
Berprinsip merupakan ciri penting untuk menjadi individu yang menarik. Lihat pada Mahatma Gandhi. Beliau merupakan orang biasa sahaja. Tidak kaya pun. Tetapi mengapa beliau menjadi individu menarik? Sebabnya, beliau mempunyai prinsip untuk menolong masyarakat daripada dibelenggu penjajah.
Mempunyai keyakinan diri
Tip ini penting. Anda mesti mempunyai keyakinan diri terhadap diri anda.
Anda mesti percaya dengan diri anda. Jika anda tidak percaya,
mana mungkin orang lain juga akan percaya kepada anda.
DARI JINGGO
salah satu skill yang paling hebat dan
sukar untuk dilaksanakan
adalah
KEMAHIRAN MEMBINA PANDANGAN PERTAMA
4 saat pertama kita akan dihakimi sebanyak 70 %.

16 ulasan:

Guru berkata...

assalammualaikum

semua betul dan setuju
tips yang menarik dan ada yang sedang diamalkan

Mak Su berkata...

dari mata turun ke hati

zai berkata...

Salam Jinggo..

Harap2 kak zai dapat mengekalkan keindahan dunia persahabatan dialam maya dan alam sebenar dengan semua orang...

dan harap2 tidak ada musuh dalam selimut..kerana kak zai sendiri tak suka berdendam dan sentiasa mengingat pesanan nabi utk memaafkan semua orang sebelum tidur stp malam..

Unknown berkata...

cgu kl.

saya percaya bagusnya manusia : kepada tindakan
dan saya juga percaya.
diantara IQ dan EQ yg memberi kesan yg besar.

Unknown berkata...

mak su..

betul2
semuanya dari mata.
jangan lupa
bibir juga...

Unknown berkata...

kak zai

saya tahu skill yg hebat yg kak zai ada...
kekalkan - semuga kita mendapat mafaat dari persahabatan ini.

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

sy pun mcm kak zai jg.. persahabatan klu boleh nak kekal selamanya.. namun dlm 20 orang mungkin ada seorng yg sukar di buat sahabat..
semua bermula dari mata.. turun ke hati.. klu sedap mata memandang br hati pun tenang.. bibir.. kena pandai menutur kata.. br semua org suka..

thanks Jinggo

-maiza-

Tirana berkata...

Saya listkan semula
1. Pamerkan air muka bertenaga
2. Tenang dan kawal diri
3. Pilih yang positif, lupakan yang negatif
4. Berkawan dengan sesiapa saja
5. Berterus terang, telus dan jujur
6. Sentiasa senyum
7. Banyak memberi
8. Berikan pujian
9. Mempunyai prinsip
10 Mempunyai keyakinan diri

Hampir kesemua tips ini saya dah lakukan..Tertanya juga, ada daya penarik ke saya? hehehe...Saya tarik suami dan anak-anak kat rumah aje kot..

Tanpa Nama berkata...

Pertemuan pertama yang postif sangat mustahak. Ini adalah kerana tidak semua pandangan pertama tu 100% betul. Takut kita tersalah anggapan.

Orang pendiam kita anggap sombong. Tapi bila kita dah betul-betul kenal dia baru kita tahu yang dia tu bukan sombong cuma tak tau macam mana nak mulakan perbualan.

Terima kasih saudara Jinggo, tip-tip yang sangat berguna.

Unknown berkata...

pada saya prinsipnya mudah...
berkawan dengan orang nal berkawan dengan kita.
setelah terlibat dalam bab2 pengajaran ilmu2 pengbinaan karektor ni.
saya amat cepat membaca gerak kawan2.
berdasarkan skill.
untuk itu saya berkawan dengan semua orang - tapi memilih untuk ' rapat '.....

Unknown berkata...

ok tarikan puan pada saya.
BIJAK MENHARGAI...
selain dari kemampuan untuk ' berbahasa ' dalam keadaan yg ckup sempurna......

dan kita ada hemofilli...

Unknown berkata...

kak hanim
saya selalu di UM - library.berurusan dengan ramai siswazah kat sana - selalu yg malangnya budak2 sekarang - kemahiran membina hubungan pertama.......

ada ka : panggil jinggo pak cik....ha...ha...ha....

Tirana berkata...

Jinggo..

Bijak menghargai kerana saya percaya setiap orang dan setiap sesuatu yang Allah jadikan ada keistimewaan yang tersendiri..jadi kenapa tidak kita menghargai sesuatu yang telah Allah kurniakan. Itu menunjukkan kita mensyukuri nikmat dan rahmat.


Hehehe..tak boleh ke di panggil pakcik? Itu menunjukkan kita dihormati sebab lebih dulu makan garam, lebih banyak pengalaman.

Unknown berkata...

puan itu skill - menjadikan pandangan orang lain penting.
sebab sudah menjadi fitrah manusia memang begini.
berkawan - dihujungnya ada peningkatan keuntungan emosi..

pak cik jinggo
mak cik tirana.

kalau yg panggil tu budak kecil - praktikal - bukan nak kata tak ' sedor diri ' dah tua...

kembali pada fitrah.
itu bukan bahasa sosial - kecuali dah lama kenal...
ha....
ini kalau yg panggil anak dara ' cun ' - terencat akal sekejap...ha...ha....

Tanpa Nama berkata...

Setuju dengan saudara Jinggo, gunakanlan panggilan yang betul mengikut keadaan, urusan dan tempat.

Bukan tidak terima hakikatnya yang orang yang memanggil kita Pak Chik/Mak chik itu baya anak kita tapi bila berurusan rasmi, panggilan ini kita rasa tak sesuai. Apa salahnya mulakan perbualan dengan tuan/puan/ encik/cik. Kita tak rugi malah kita untung. Orang yang dipanggil rasa gembira dan kita juga selamat walaupun orang tuan bergelar datuk, tan sri atau apa saja.

Bayangkan kalau profesor dipanggil pelajarnya Mak Chik/Pak Chik, apa rasa mereka. Faham-faham jerlah.

ONE ZABA berkata...

aku ni...orang pandang je muka ni dah kata aku ni bengis dan sombong.


apa nak dikata..udah itu pesen muka aku ni.

Eco Kid Adventure on Facebook