Rabu, 7 Oktober 2009

siapa tak buat silap....

Manusia tidak terlepas dari buat kesilapan.
TIDAK ADA KESILAPAN YANG LEBIH BESAR DARIPADA MENGANGGAP
DIRINYA SENTIASA BETUL
kesilapan adalah umpama batu2 kerikil yang menghasilkan jalan yang elok.
orang yg tidak pernah buat silap sebenarnya tidak mencuba dengan bersungguh2 ,
malah tidak menghasilkan apa2.
KESILAPAN BUKAN BERERTI GAGAL
ia menjadi tapak untuk kita belajar
kesilapan adalah ilmu
kesilapan adalah aset
ADA PEPATAH MENYATAKAN
ketika seorang insan merasa ragu2 kerana merasa diri kurang hebat , insan lain yang banyak melakukan kesilapan muncul sebagai manusia hebat.
menurut ahli falsafah Ludwig Wit-tgenstein
jika kita tidak pernah melakukan perbuatan yang bodoh ,
sesuatu yang pintar tidak tidak akan disempurnakan.
DARI JINGGO
kesilapan ada memberikan kita
PENGALAMAN
KENANGAN
kalau kita katakan kesilapan sebagai satu pengalaman bermakna
kita akan terus melakukan kesilapan besar dengan kebijaksanaan yang hebat.
kalau kita katakan kesilapan sebagai satu kenangan bermakna
terus berhenti - menyebabkan mereka terus gagal selamanya.
MORAL
jangan takut buat silap.
hanya dengan memaksa diri melakukan kesilapan barulah kita
memperolehi ramuan terbaik dalam apa jua hal.

32 ulasan:

~Insan Biasa~ berkata...

takde sapa sengaja buat silap...
kalau tak buat mcmne nak tahu yang kita buat tu silap atau tidak...
sekali silap. kalau ambil pengajaran dari kesilapan lalu...insya'allah xdelah pisang berbuah dua kali.

tapi yang silap boleh pisang berbuah dua tiga kali tu...kat mana agaknya yang silap...

sebab saya masih percaya tak siapa saja2 suka2 nak buat silap

Unknown berkata...

.............
kesilapan harus berlaku kalau nak jadi orang hebat.
kalau tak silap bermakna : tak buat apa2 dalam hidup..

betul tak.

kesilapan selalu berlaku dalam proses melakukan...

jadi jangan takut buat silap wak.

Maiyah berkata...

mmh jgn takut buat silap tapi tgk gak silap pe yg nak dibuat tu, kekadang bleh tersalah langkah, tu yg taknak

ZOOL@TOD berkata...

Amat setuju dengan Jinggo. Thomas Edison membuat lebih 1,000 kali kesilapan sebelum berjaya menghasilkan mentol lampu elektrik.

Kesilpapn menjadikan kita lebih matang, lebih berhikmah.

Unknown berkata...

puan maiyah

kemana menghilang..
senyap aja..
saya pernah tersilap.
satunya pengalaman
satu lagi kenanangan...

kedua2 menjadikan satu lebih tahu....

Unknown berkata...

enzool..

bagaimana kalau yang tidak berani buat silap.
mengelak dari buat silap.
hasilnya : tidak buat silap bermakdsud tak buat apa2.....

themanbhaek berkata...

rasanya memaksa diri mlakukan kslapan xsesuai.lebih sesuai klu katakn memaksa diri mghdapi ksilapan 2. kslpan 2 kn umum, klu kslpn biase2 je okela, tpi bgimana klu kslpan 2 kesannya kekal, blh rosakkn/hncurkn diri. perlu elak kn?

jln hrus ke depan, bkn ke blkng. tpi sesekali perlu menoleh ke blkng tuk ambil pngjaran drpdnya.

hee~

skdr luahkn ape yg dfikirkn..
slh xtow.. :)

Unknown berkata...

lily terima kasih kerana pandangan yang amat2 menarik dan praktikal.......
.......
insyallah lily akan jadi seorang yg terbaik.
guru yg terbaik dengan pengalaman yg ada....

Tanpa Nama berkata...

Bila saya terlalu marah saya pilih untuk tidak berkata apa-apa. Tunggu hingga hati tenang. Ini adalah kerana saya takut saya tersilap kata bila saya marah dan saya akan menyesal dengan apa yang telah saya kata.

themanbhaek berkata...

Insyaallah..
pngalaman mngajar erti hidup..
hehe..
pepon thnks..

Unknown berkata...

kak hanim..

begitulah sepatutnya kita..
kesilapan.
pengalaman
kenangan..

dalam kes kak hanim.
pengalaman.
itu yg terbaik.....

Unknown berkata...

lily

yang terbaik untuk lily....cgu lily....

zai berkata...

Salam Jinggo..

Sangat bersetuju..

Kerana itulah pepatah mengatakan

"orang yang berjaya adalah orang yang pernah gagal tetapi orang yang gagal jika tidak mahu belajar dari kesilapannya tidakkan pernah berjaya.."

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

saya pernah buat silap
selalu buat silap
orang buat silap pada saya
begitu juga sebaliknya..
kesilapan yang menyakitkan
amat memeritkan
walaupun boleh di jadikan sebagai pengalaman juga kenangan
"kesilapan harus berlaku jika nak menjadi hebat"
ya... tapi kdng sy tak kuat..
tak kuat nak menempuh semuanya.
"pengalaman mengajar apa ertinya kehidupan"
kdng perlu jg toleh ke belakang.. mengenangkan memori yg tak akn kembali....

-maiza-

Tea Cha Hai berkata...

Salam.
Terima Kasih...
Silap dan silap lagi...
Perlu berhati - hati dan berhati - hati...(sedang memulihkan hati ni..)

Abd Razak berkata...

salam...
kena bersifat terbuka...
sedia menerima teguran...
dan berusaha jangan mengulangi kesilapan yang sama...

Unknown berkata...

kak zai..

dah berapa kali buat silap...

he..
saya secara pratikalnya macam yg diketahui pernah buat kesilapan yang ' besar2 ' dan dapat juga nikmati yang ' besar2 '....

semuanya adalah pengalaman

Unknown berkata...

maiza

kuat tak kuat diri
bergantung besar sejauh mana keinginan kita untuk mencapai keinginan.....prosesnya adalh kesilapan.

betul tak.

jadikan semua tu pengalaman.

Unknown berkata...

cgu ari...

marilah kita betul dan membetulkan....
sebab kita diajar setiap kali buat silap....

Unknown berkata...

enrazak

kita disini untuk diajar dan belajar
bukan dihakimi dan dihukum...

Tirana berkata...

Kesilapan banyak mengajar kita tentang kehidupan jadi jangan serik bila berhadapan dengan kesilapan sendiri namun orang yang bijak tidak akan melakukan kesilapan yang sama buat kali kedua.

Unknown berkata...

puan tirana

saya suka ayat yg dihujung
saya tidak akan melakukan kesilapan kali kedua.....
tidak.

ONE ZABA berkata...

paling bahaya kalau silap sebut nama isteri...wakakakaaa!!!

zaijb berkata...

melakukan kesilapan sebenarnya lebih baik dr tak melakukan apa2...
dari kesilapan itu akan byk kita pelajari...
kita hendaklah bersikap positive menerima kesilapan yg telah berlaku kerana itu adalah rentetan utk kita menjadi manusia yg hebat...


p/s :tapi bila One Zaba kata tersilap nama isteri...ishh melampau leee tue..he.

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

ramai org xtakut buat slp

tapi takut nak mengaku kesilapan diri sendiri

Unknown berkata...

cgu one...
agaknya macanamana tu....
he...
pernah berlaku ke

Unknown berkata...

yes - zaijb

begitulah - itu cgu one.
kepada sapa yg bercinta..
jangan tersalah sebut nama kekasih sudah....
he.....

Unknown berkata...

.......
terima kasih
macam tu lah kita.
hang berapa kali buat silap wan....
apa tindakan selepas tu...

itu yg membezakan

teachersepum berkata...

sy setuju kesilapan memberi pengalamn dan kenangan..cuma sometime rasa terkilan sngt dengan kesilapan yg pernah dilakukn..rasa,klu masa boleh diulang kembali x nk dah buat silap..tp ap2 pn semua ni learning process..kte x lari dr melakukn kesilapn..

Unknown berkata...

kesilapan bermakna
kita diajar
dan belajar
betul tak.........

Pn Kartini berkata...

salam
setuju amat sgt...
Cuma....ada jua hanya satu kesilapan terkadang bisa mengatasi segala kebaikan..
Ibaratkan hanya satu kesilapan akn diingati berbanding 1000 kebaikan...

Unknown berkata...

PnKartini

saya sedang mendalami ayat ni...

Ibaratkan hanya satu kesilapan akn diingati berbanding 1000 kebaikan...

Eco Kid Adventure on Facebook