Ahad, 9 Ogos 2009

catatan untuk seseorang....

Kita semua mengetahui bahawa sesungguhnya manusia itu tidak sempurna,
segalanya memiliki kelebihan dan kekurangan.
Maka, sebaiknya perbedaan yang ada janganlah jadi pertentangan diantara kita,
bahkan jesturu sebaliknya;
perbedaan itu diciptakan untuk saling melengkapi.
Dan, janganlah kita terlalu mengasihani diri sendiri;
jika kita memiliki suatu kekurangan,
maka janganlah kita menganggap diri kita ini lemah,
anggaplah kita ini hanya sedikit berbeda dari yang lainnya.
Kerana setiap orang juga pada dasarnya berbeda dan memiliki kelemahan atau kekurangan.
Fokuskanlah diri pada hal-hal yang mampu kita lakukan, bukan pada kekurangan kita.
Fokuskan pada kelebihan kita dan bangunlah kekuatan untuk meraih kejayaan.
Janganlah terlalu merenungi diri, mengasihani atau bahkan mengurung diri dari kenyataan hidup, kerana hal itu tidak akan membantu sama sekali.
Bertindaklah dan jangan takut berbuat kesalahan, kerana dengan bertindak bererti kita sudah mengatasi kelemahan diri kita dan membangkitkan potensi terbaik diri kita.
Hal tersebut sangat berguna bagi kita untuk meraih
hal-hal terbaik dalam hidup ini.
Bersyukurlah atas keadaan kita. Tuhan maha tahu atas diri kita, dan kita sebaliknya tidak dapat mengetahui apa yang direncanakan-Nya.
DARI JINGGO
kerana kita dizahirkan dengan berbagai anugerah @ potensi -
kita sering2 terperangkap dengan cerita diri sendiri.
Yang kadang2 mungkin tidak banyak membantu diri untuk naik ke atas.
KERANA KITA ADALAH APA YG KITA PERCAYA
KERANA KITA ADALAH APA YG KITA FIKIRKAN
zahirnya kita adalah sesempurna insan yang dizahirkan.
hidup ini semuanya dikaitkan dengan pilihan demi pilihan

4 ulasan:

maiyah berkata...

salam.. manusia mmg punya nasib yg berbeza, dan sbg org normal yg punyai kekurangan pasti boleh diatasi tanpa ada rasa merendah diri, sbg OKU juga masih bleh memperbaikki hari demi hari untuk bangun meraih kejayaan dan sudah pasti kita tahu tahap mana kekuatan yg ada pada diri sendiri.. dan meluahkan bingkisan apa saja yg terfikir dalam otak juga satu terapi utk individu selagi ia menstabilkan diri utk mengawal kegusaran dan kekecewaan atau menjadi jujur dan terbuka pada semua orang, yang pasti mereka punya hak untuk bercerita selagi mereka rasa ianya hanya sekadar cerita dan cerita itu bukannya untuk dijual pun jadi baca kalau mahu dan tinggalkan kalau ianya terlalu jelek, kerana yang membaca itu akan merasa diri terperangkap dari cerita itu

- jinggo - berkata...

puan maiyah
setelah apa yg berlaku
saya fikirkan begini..
kita dipilih untuk tahu satu lagi ilmu Allah yg orang lain tidak tahu....
sakit dan azab menjadi orang yg kurang....

kurangnya kita berdasarkan penafsiran sahaja - kita yg tahu melebihkan yang kurang tu

saya percaya kepada konsep itu.
dan saya percaya..
diulang semula
kita diajar dan dipilih untuk menikmati satu lagi nikmat - kurang dari orang lain...

dan saya percaya.
tidak ada mana kurangnya disisi Allah.......

zai berkata...

Salam Jinggo..

Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita tetapi kita sering bersungut kerana tidak mahu mengambil iktibar. Setiap kekurangan adalah merupakan satu kelebihan sebenarnya..kerana dengan menyedari kekurangan kita akan berusaha utk memperbaikinya kearah yang lebih baik dan jika kita telah merasakan kita telah membuat yg terbaik mungkin tiada lagi usaha utk mengekalkannya kerana merasakan kita telah berada ditempat yang selamat.

- jinggo - berkata...

kak zai
satu pandangan yg amat2 relevan dan praktikal untuk difikirkan...
semuga kita diberkatiNyA

Eco Kid Adventure on Facebook