Selasa, 11 Ogos 2009

kerana kamu wanita

Tidak sedikit lelaki yang rebah di persada wanita. Lelaki sekuat Julius Ceaser boleh lemah apabila berdepan dengan Cleopatra.
Mark Anthony, ketua tentera yang menggantikan Julius Ceaser juga jatuh ke tangan Cleoparta.
Ramai sungguh pemimpin agung dunia kalah oleh pujuk rayu wanita. Sekuat-kuat lelaki boleh ditipu oleh sebodoh-bodoh wanita. Begitulah nisbah hebat dan kuatnya kuasa wanita dalam menundukkan lelaki. Sekuat mana pun lelaki selalunya kalah oleh kata-kata lembut sang wanita. Seorang lelaki boleh menangis apabila ditinggalkan oleh seorang wanita, padahal dia terkenal perkasa.
Di medan pertempuran dia boleh membunuh begitu ramai musuh, tetapi berhadapan dengan wanita, hatinya boleh tunduk dan bahasa yang digunakan turut lunak.
Demikianlah hebatnya wanita.
Kejayaan seseorang lelaki biasanya dikaitkan dengan seseorang wanita di sisinya; mungkin isteri, mungkin ibu, mungkin anak, mungkin kakak, mungkin makcik.
Kemusnahan seseorang lelaki juga biasa dikaitkan dengan seorang wanita,
DARI JINGGO
seorang lelaki
sejarah sudah membuktikan begitu.
jatuh dan bangunnya lelaki kerana wanita
persoalan kita kenapa
dimana hilangnya akal yang 9.
mungkin ini persoalan hati @ emosi
didikannya berbeza.
ADA ILMU LAIN YG PERLU KITA TAHU @ BELAJAR
apa ilmunya
mengenai siapakah itu wanita
dimana kekuatan sebenarnya seorang wanita
pada rupanya kah
pada suaranya kah
pada manjanya kah
pada airmatanya kah
KERANA SIAPALAH LELAKI TANPA WANITA.
kita berdamai dari memikir lebih dan kurangnya kita
kerana
berhimpunnya ' kupu2 malam ' di chow kit road angkara lelaki.

16 ulasan:

a kl citizen berkata...

perempuan lebih empati... cepat menilai situasi

saya rasa dua sebab ini yang menjadikan perempuan ada kuasa lebih ke atas lelaki yang dikasihinya

zan-xray berkata...

akan ulang datang untuk melihat komen2 rakan pembaca.

ONE ZABA berkata...

wanita dan wang...itulah kelemahan lelaki.

~Insan Biasa~ berkata...

wanita begini kerana lelaki begitu
lelaki begini kerana wanita begitu

- jinggo - berkata...

cgu kl
empati
menilai situasi....

betul ke.

jap nak rujuk kepada ' kitab '....
begitulah fitrah yg diberikan....

kuasa pada lelaki nanti saya kena rujuk lagi....

- jinggo - berkata...

zan..
komen cgu kl citezan tu power.
kita tgk pulak apa kata lelaki......

- jinggo - berkata...

cgu one
kalau duit memang kita tahu : tapi pasal perempuan ni.....
kuasa apa yang deme tu ada...

teman kena buat kajian ni

- jinggo - berkata...

cgu Anis
pedasnya sindiran
sah kerana buang ' pulau ' ni

zajumie berkata...

wanita wanita wanita..
hurm. no komen!
hikhik

- jinggo - berkata...

miza..
aku ada kerana kau ada..
lagu Radja

~Insan Biasa~ berkata...

wak...
membuang atau dibuang
menerima atau diterima

apapun sebabnya
macm yg wak kata tu la

'aku ada kerana kau ada'
'ini ada kerana itu ada'
'itu ada kerana ini ada'

- jinggo - berkata...

alah wak anis
apa2 pun terima kasih kerana penghargaan kepada en harun - lelaki tu.

maiyah berkata...

salam.. org lelaki kena bijaklah memilih wanita. Kalau jatuh ke tangan wanita yang meyayangi takpelah tapi kalau wanita yang.... tak dapek nak tolong heee

- jinggo - berkata...

puan maiyah

saya percaya kepada hubungan sosial yag berasaskan kepada konsep main saham...
kita melabur dan motiviasi akan meningkat seandainya ada keuntungan...
manusia - keuntungan emosi....

Illyani Ismail berkata...

kerana kita wanita...

nabi adam pun sunyi tanpa hawa..
sebab tu ALLAH ciptakan hawa untuk jadi peneman adam...

lelaki dan perempuan berbeza segala2nya... tapi kerana perbezaan itu la melengkapi antara satu sama lain...

aku ada kerana kau ada...
tu la hebatnya seorang wanita...
mudah masuk syurga...
mudah jugak masuk neraka...

mulia nya jadi seorang wanita...
pada wanita lelaki panggil ibu...
pada wanita lelaki pangil kakak..
pada wanita lelaki panggil adik..
pada wanita lelaki panggil sayang..
pada wanita juga tempat lelaki mengadu domba.. tempat bermanja...
kerana wanita dikurniakan rasa sayang tak berbelah bahagi...

seindah2 perhiasan adalah wanita soleha...

- jinggo - berkata...

yani

panjangnya
nanti hari jumaat kita cerita..

Eco Kid Adventure on Facebook