Isnin, 31 Ogos 2009

SIAPA PERDANA MENTERI KE 2 NEGARA - TAK TAHU !

Sejarawan, Prof Emiritus Datuk Dr Khoo Kay Kim, menganggap minda masyarakat negara khususnya mengenai pembinaan bangsa negara masih gagal mencapai tahap diharapkan dan tidak wujud nilai murni walaupun
sudah 52 tahun merdeka.
Kepincangan itu adalah berpunca daripada sistem pendidikan yang kurang menekankan kepada aspek pengkajian, pemahaman dan penghayatan terhadap subjek sejarah itu sendiri.
“Sistem pendidikan sekarang juga amat lemah dan cuai dalam penyediaan rangka sukatan pelajaran. Tambah buruk lagi apabila generasi ini terdedah kepada pengaruh luar. Sepatutnya sukatan pelajaran itu digubal semula di samping menyediakan buku sejarah dengan fakta yang betul.
“Buku sejarah yang ada ditulis oleh orang yang tidak mengkaji sejarah Malaysia secara keseluruhannya. Ini menyebabkan pemikiran generasi muda tidak diberi maklumat benar. Bagi saya, keadaan ini belum terlewat kerana setiap 20 hingga 30 tahun akan datang,
wujud lagi generasi baru.
“Generasi ini yang perlu ditumpukan mengenai aspek kenegaraan untuk membawa kepada pembinaan sebuah bangsa yang dinamis,” katanya.
Beliau menambah, ramai masyarakat yang masih bersifat ganjil, lebih mengutamakan diri sendiri, tidak begitu faham terhadap negara merdeka dan apa itu kerakyatan.
PETIKAN BERITA HARIAN HARI INI.
asasnya adalah
SEJARAH.
mungkin hari ini secara sedar @ tidak. kita semakin jauh.
pengalaman saya mengajar kenegaraan di PLKN.
menjadikan saya semakin geram.
SIAPA PERDANA MENTERI KE2...
bukan budak cina.india.TAPI budak melayu.
TAK TAHU.
jangan ditanya hal2 lain yang berkaitan dengan
KEMERDEKAAN.
SEMUANYA TAK TAHU
dari jinggo
kita sedarlah kesedaran mengenai sejarah kita semakin jauh dan jauh.kenapa.sebab mungkin kita tidak meletakkan kepentingan subjek ini dan mungkin kita semakin mahu melupakan.
secara praktikalnya pengetahuan dan kesedaran mengenai topik ini semakin jauh.ini berdasar pengalaman saya sendiri di PLKN.yang kadang2 terfikir.
APAKAH SETERUSNYA 52 TAHUN AKAN DATANG.
APA YANG ADA HARI INI ADALAH KESAN DARI SEJARAH

17 ulasan:

Tirana berkata...

Agaknya sebab itulah kot Tun Mahathir mewajibkan pelajar Malaysia mengambil mata pelajaran Sejarah dalam Exam. Masa saya dulu boleh pilih samada nak ambil geografi atau sejarah. Tapi dengan mewajibkan mata pelajaran sejarah di sekolah, boleh ke meningkatkan pengetahuan pelajar kita tentang sejarah? Sebenarnya minat kepada sejarah kena diterapkan ketika anak-anak masih kecil.

Unknown berkata...

puan
dengan apa yg berlaku hari ini - ilmu yang dikaitkan dalam bidang begini seharusnya dibesar2kan...
bermula dari sistem pendidikan sedia ada...
dan saya percaya ' penerapan ' nilai subjek ini harus dilihat dari pelbagai sudut..

semuga
TAK MELAYU HILANG DI DUNIA...

~Insan Biasa~ berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
~Insan Biasa~ berkata...

Wak...
ok hari ini saya ada..he

"TAK TAHU !"
sikap ini dah semakin melebar sebenarnya. Bukan setakat pengetahuan sejarah , tapi hampir dalam apa saja pengetahuan.

Semua bantai jawab tak tahu.
Sama ada betul2 tak tahu...tak ingat...atau sebab malas nak berinteraksi bab yang tidak diminati.

Tapi sungguh...memang menyakitkan hati kalau ditanya asyikkk jawab tak tahu.

Bagaimana pula kalau yang kita jumpa, belum tanya... baru nak buka mulut. Dia awal2 dah jawab tak tahu!

Haih...migrain ckgu.

ONE ZABA berkata...

sejarah ... sudah menjadi sejarah.

tapi la kan....

kalau saya tengok pada pelajar-pelajar yg bertuisen dgn isteri saya utk subjek sejarah... satu kesimpulan

guru-guru hanya mengajar fakta dalam sejarah. bukan menghayati sejarah.

Unknown berkata...

cgu anis

rasa macam nak LUKU ajakan masa tu..semua tak tahu
tak tahu memang tak tahu ok
tak tahu sebab tak nak bagi tahu....

bodoh sombong namanya tu..

siapa PEMENANG AF KE 3
semua tahu.
cis..

Unknown berkata...

hai cgu ONE..kutuk bini sendiri nampak..
ha..
ha..
cgu tak hati sejarah.
ini pandangan dari ORANG JABATAN PENDIDIKAN..
boleh diterima pakai...

Pn Kartini berkata...

Salam ..:):)
agaknya yg ini dikatakan MELAYU MUDAH LUPA...Hadirnya generasi baru di tika tiada keperitan dan kesengsaraan sepertimana sblm merdeka!

Unknown berkata...

puan kartini

sebab tu semuanya tak kenal..
kalau tanya pasal MAWI
sapa onyang dia pun budak2 sekarang tau..

apa kita nak buat.
semua sistem harus dilihat semula pada perlaksanaannya.

2_one berkata...

knape tdk wujud nilai murni even sdh merdeka 52thun??sbb tdk ad kesedaran n penghayatn kemerdekaan..duhai bangsaku sedarlah..(juga mngingtkan dri ku sendri)..btllah kalo sy perhatikan mse sy skolah2 dlu,cikgu2 hanya mngajar sejarah hnya utk mngejar A semata2..kalo subjek lain conthnya subjek sains,byk je xtvt yg dijlnkan utk mnyedarkan pljr ttg kepentingn sains dan teknologi,sehinggakan pelajar boleh jtuh cinta dgn subjek biology,chemistry,physic..tp xtvt sejarah utk mnyedarkan pelajar ttg kepentingn sejarah amt jrg sekali diadakan..masyarakat yg mudah jtuh adalah masyarakt yg buta sejarah..mngisi kemerdekaan lbh ssh drp mmeperolhinya..btl ke??pikir2 kan..

Unknown berkata...

2 one
seorang bakal guru bersuara

semua cgu barangkali macam tu..
tapi sistem.
cgu2 yg berkeinginan untuk berada diluar ' sistem ' kena kuat..
kerja kena kuat
kerja kena lebih
kerja kena kreatif
sebab buta sejarah - bukan sebab sistem kut - sebab perlaksaan kepada sistem..
betul tak...

satu pandangan yg amat2 menarik

insan pendidik berkata...

Salam,

Generasi muda hari ini banyak yang tak minat sejarah. Maka, tak pelik kalau nama PM pun tak ingat. Cubalah tanya nama artis dihafalnya.

IP setuju sangat pemahaman sejarah ini diajar seawal mungkin. Jadi cadangan sejarah diajar untuk murid sekolah rendah sangat baik. Biarlah asas dan penghayatannya sudah ada di peringkat rendah lagi. Kemudian, di peringkat menengah kita kembangkan lagi minat sejarah mereka. Barulah tebal semangat jati diri mereka...

Unknown berkata...

cgu.
tidak sekadar sejrah - kita kena mengajar diluar lingkuangan A..
macam sejarah
filem SATU MALAYA tu tidak ada dalam sukatan...

kalau diajak student kita tengok.....

apa pun saya percaya kepada kemampuan semua guru - sistem yang diatas yg menjadi kita bagaimana..

Guru berkata...

tukar sukatan?
saya setuju....

Unknown berkata...

cgu kl..
tukar sukatan..
macam tak praktikal
tukar pendekatan
mungkin lebih praktikal..'

mana2 ok ke macam tu..

The Island of NAMOYAKI, berkata...

Salam hormat, Salam Merdeka Jinggo,
Satu kupasan penulisan yang baik,
Salam 1Malaysia.

Unknown berkata...

en zul

terima kasih kerana kita terus berurusan...

Eco Kid Adventure on Facebook