Isnin, 3 Ogos 2009

dimana nilai kita


Telah bersabda Nabi Muhamad SAW yang maksudnya:
" Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga.Adapun yang berharga itu ialah...
Akal, Agama, Malu dan Amal soleh
.
Akal boleh hilang disebabkan marah.
Agama boleh hilang disebabkan dengki.
Malu boleh hilang disebabkan tamak.
Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.
Manusia akan menghadapi empat penarikan antaranya:-
Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.
Para ahli waris akan menarik hartanya.
Ulat akan menarik tubuhnya.
Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya
Dari Ali r.a yang bermaksud:
Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam

Memberi maaf pada waktu marah.
Suka memberi pada waktu susah.
Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.
Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang
diharapkan sesuatu darinya.
Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud
:
Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:
Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua
Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana
Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.

DARI JINGGO

nilai keamanan bumi Malaysia akan diketahui bila MELAYU masih didunia.

8 ulasan:

ONE ZABA berkata...

kekadang kita tidak memikirkan tindakan seseorang itu. tapi kita kena fikirkan punca seseorang itu bertindak begitu.

- jinggo - berkata...

cgu one
proses kepada tindakan
kesan kepada tindakan
3 perkara.
proses.tindakan dan kesan...

kita fikirkan.

zajumie berkata...

hurm. nilai kemanusiaan skrg ni pun makin terhakis. sana sini ada je yg tertindas.

(",)

- jinggo - berkata...

miza..
itulah apa yg kita tgk..
kita kena kuat dlam dan luar hari ini...cabran berbeza

zan-xray berkata...

hati manusia sering memberontak. cara melepaskan itu berbeza2 seperti apa yang berlaku di depan mata kita.

- jinggo - berkata...

zan
terima kasih - kerana kita berurusan..
semuga hari ini lbh baik dari semalam

nurirhamna berkata...

Nilai harus dipupuk dari pupus kerana nilai amat membantu kita dalam melakukan sesuatu tindakan. Nikmatilah nilai masa muda, nilai keamanan dan nilai hidup...nilai ada di mana..juga di Nilai 3. =p

- jinggo - berkata...

cgu fizan

nilai dikaitkan dengan kepercayaan yg dipupuk dari sistem didikan awal....
semua tu akan dizahirkan pada tindakan...

Eco Kid Adventure on Facebook