Jumaat, 28 Ogos 2009

kita adalah media perubahan.

DALAM menempuh kehidupan seharian, kita tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Pelbagai faktor boleh dikaitkan dalam melakukan kesilapan, mungkin kerana lupa, terlepas pandang, tidak disengajakan atau tidak mendapat maklumat yang cukup.
Oleh itu, amalan nasihat menasihati dalam kehidupan merupakan salah satu cara untuk mewujudkan keharmonian hidup.
Rasulullah s.a.w menegaskan dalam sabdanya yang bermaksud: 'Agama Islam itu nasihat. Kami berkata bagi siapa wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Bagi Allah dan kitabNya (al-Quran) dan Rasul-Nya (Sunah-Nya ) dan bagi para Imam (ketua kaum Muslim), serta bagi orang ramai' -
hadis riwayat Muslim.
Dalam konteks yang lebih besar, amalan nasihat menasihati merupakan tanggungjawab seorang Muslim terhadap yang lain.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: 'Hak dan tanggungjawab seorang Muslim terhadap seorang Muslim yang lain ada enam.
Jika anda bertemu maka ucapkanlah salam kepadanya dan jika anda dijemput maka hendaklah memperkenankannya, dan jika dia meminta nasihat maka nasihatilah dia dan jika dia bersin dan mengucapkan alhamdulillah maka doakanlah dia semoga dia dirahmati Allah dan jika dia sakit maka ziarahilah dan jika dia mati maka iringilah jenazahnya hingga ke kubur' - hadis riwayat Muslim.
Amalan hidup nasihat menasihati merupakan tuntutan dan beberapa perkara berkaitan perlu diberi perhatian. Dalam memberi dan menerima nasihat, kita perlulah bersifat positif, tidak terburu-buru, tidak buruk sangka, sentiasa menyelidik dan mengelakkan diri daripada sifat dendam.
Seorang ibu bapa tidak boleh tidak untuk sentiasa memberi nasihat kepada anak-anaknya. Ini merupakan satu kewajipan yang perlu dipikul dalam mendidik anak-anak. Namun apa yang tidak disukai oleh anak-anak adalah amalan sikap suka meleter yang tidak bertempat.
Amalkan sikap menjadi pendengar yang teliti dan aktif. Hidupkan suasana dan naluri bertanya (dua hala) dan elakkan mencari
kesalahan serta carilah perkara yang baik dan positif.
Dalam keadaan tertentu, bukan semua orang suka mendengar nasihat.
DARI JINGGO
fitrah manusia akan menentang perubahan.
memberi nasihat bermakna memberi penambahbaikan pada orang lain.
dan satu kajian menyatakan begini.
manusia tidak akan berubah kecuali dia suka untuk berubah
BERSEDIAKAN KITA MENJADI MEDIA YANG DISUKAI
sebagai seorang guru yg disukai
sebagai seorang rakan yang disukai
sebagai seorang suami - isteri yang disukai.
sebagai seorang rakyat yang disukai.
sebagai rakan blogger yang disukai.
KALAU KITA MAHU MENJADI MEDIA KEPADA PERUBAHAN ORANG LAIN.
perubahan diri harus dimulakan.

9 ulasan:

2_one berkata...

i2 yg sebaiknye..jd org yg disenangi

- jinggo - berkata...

dan 2 one
menjadi seorang guru yang disenangi....
sebab kitalah media dan agen kpada perubahan seterus....

Tirana berkata...

Bukan mudah untuk menjadi orang yang disenangi. Apa pun yang kita lakukan biarlah ikhlas.. Untuk memberi nasihat pun kena ikhlas selain daripada mempelajari skill untuk menjadi seorang yang memiliki ketampanan dari segi sosial dan komunikasi.

- jinggo - berkata...

puan

dalam buku dalr carnigie
ada diperincikan skill ni - macamana nak bagi orang suka....
sebab diyakini itulah asas kepada perubahan - bermula dengan media.....

betul tak,

a kl citizen berkata...

biarlah menjadi orang yang dihormati.... sebab apabila kita dihormati, insyaAllah kata2 dan tindakan kita akan diteladani

- jinggo - berkata...

cgu kl..
dihormati dan disenangi..
mana dulu
kedua2 penting dalam proses untuk ' mengurat ' orang dihadapan kita...

betul ke tu

sebagai guru - mengurat anak murid...

<< s| tED| >> berkata...

memberi nasihat, jika mereka menerima ia satu perubahan. jika tidak ia akan tetap kekal di situ hingga datang satu keajaiban.

kita akan di senangi jika kita tidak mengganggu sesiapa. bagaimana kita ingin menasihati dan dalam satu masa yg sama juga kita masih mahu di senangi?

selalunya nasihat yang tidak dapat di terima di akhiri dengan permusuhan dan sekaligus matlamat nasihat itu hanya tinggal pada nama.

bagi aku aku berpegang pada satu.
suka atau tidak kamu patut dengar dan terpulang untuk terima.

jika kita tidak menggerakkan bagaimana berubahan akan berlaku?

Belajarlah memberi dan menerima nasihat. Aku juga insan kekurangan.

- jinggo - berkata...

TiDc

satu pandangan yang amat2 bernas..
saya belajar sesuatu..
terima kasih.

uNiqUe oRgaNisM berkata...

kiTa meMAng diLahiRkaN untuK meMberi daN meNerIma...wLu kiTA taHu batAsaN kita berBeza..tp tugasnya ttp samA.. wLu ap yG kita mmberi dan mNerimA e 2 seDikit sHja..

Eco Kid Adventure on Facebook