Jumaat, 28 Ogos 2009

ilmu ni........kita kongsikan

DALAM urusan percintaan, ada beberapa persamaan yang pastinya
dialami oleh setiap orang dalam pelbagai peringkat usia.
Misalnya, bangkit perasaan berbunga-bunga saat sedang jatuh cinta, sehingga ada di antara anda mengalami tekanan perasaan, rasa sedih dan sakit hati disebabkan patah hati. Namun, dari segi sasaran dan prioritasnya, ia jelas berbeza
.
Usia 30-an
Ini merupakan saat di mana anda mula memikirkan alam perkahwinan dan mencari seseorang untuk dijadikan teman hidup. Tetapi malangnya, anda seringkali diketemu dengan orang yang tidak tepat, di saat atau di tempat yang tidak sepatutnya anda menjalinkan hubungan dengannya.
Anda juga akan berfikir, kenapa begitu sulit untuk bertemu dengan seseorang seperti yang diidam-idamkan selama ini.
Selain itu, anda akan memikirkan impaknya apabila anda mula jatuh cinta dengan seseorang yang tidak secocok, seperti yang didambakan selama ini. Akhirnya, masalah besar akan timbul. Agar tidak terlepas daripada segala kebimbangan, langkah yang disenaraikan minggu ini seharusnya diterapkan.
Tentukan batas waktu
Saat anda merencanakan untuk mendirikan rumah tangga, tetapi pasangan tidak sependapat dengan anda dengan memberi pelbagai alasan serta pertimbangan, langkah pertama adalah dengan menentukan batasan waktu.
Beri kekuatan kepada diri sendiri, bilakah masa terbaik bagi menamatkan zaman bujang. Misalnya, anda menetapkan satu tarikh lain untuk memulakan bicara pernikahan dengan pasangan.
Sekiranya, tiada sebarang perubahan atau si dia masih terpinga-pinga untuk menjawab lamaran anda, kenapa harus membuang masa. Jadi, lakukan perkara yang difikirkan terbaik untuk anda.
Fleksibel
Setiap orang mempunyai minat dan hobi yang berbeza-beza. Oleh itu, walaupun anda saling menyintai, masih timbul hal-hal kecil yang harus dihadapi.
Dalam hal ini, bincang sebab dan cara penyelesaiannya.
Usia 40-an
Biasanya pada usia ini, mereka yang gagal dalam perkahwinan akhirnya akan memilih jalan singkat iaitu penceraian. Mereka yang gagal dalam perkahwinan pertama dulu, sekiranya kembali bercinta, biasanya mereka sudah lupa cara-cara menjalin hubungan atau berasa ragu untuk melakukan sesuatu walaupun telah menemui pasangan yang secocok.
Perbaiki keterampilan bercinta
Apabila anda ingin bercinta buat kali kedua selepas putus ikatan perkahwinan, anda seharusnya menenangkan diri dahulu. Lakukan introspeksi dengan meminta seorang rakan menjadi teman kamu. Tanyakan kepadanya, apa kekurangan yang ada pada diri anda atau adakah anda perlu memperbaiki penampilan. Mungkin anda tidak menyedarinya secara langsung.
Satu perkara yang perlu diingatkan, perubahan yang anda lakukan tidak bererti anda harus berubah secara drastik. Anda tidak perlu melakukan pembedahan plastik untuk memperbaiki hidung atau anggota lain yang dianggap boleh memberi tuah kepada anda.
Elak bercinta selepas cerai

Bagi sesetengah pasangan, mereka dilihat begitu terdesak untuk bercinta lagi sebaik sahaja baru bercerai. Apabila bercerai, anda memerlukan waktu untuk menyembuhkan luka lama dan bermuhasabah diri, misalnya mengapa terjadi perceraian. Ini penting agar kegagalan tersebut tidak berulang kembali.
Untuk mengetahui bahawa anda benar-benar ingin bercinta lagi, tanyakan kepada diri sendiri:
Adakah anda menganggap semua lelaki tidak guna?
Atau adakah semua wanita materialistik?
Adakah anda terikat dengan pelbagai kegiatan, selain anak-anak dan pekerjaan?
Adakah anda dapat mengendalikan diri dan dapat membentuk kehidupan percintaan baru?
Sekiranya jawapan anda 'ya' untuk semua pertanyaan di atas, bererti anda memiliki sikap dan pendirian yang sebenar.
Hati-hati dengan buah hati
Tiada masa untuk bercinta? Luangkan waktu untuk bercinta dengan membawa anak-anak ke rumah sanak keluarga mahupun ibu bapa atau pengasuh yang boleh dipercayai. Anda tidak perlu memperkenalkan teman baru kepada anak-anak, tetapi cukup hanya mengatakan kepada mereka bahawa jika mereka memiliki kawan, maka anda juga memerlukan teman baik.
Perlu diiingatkan, anda seharusnya berterus-terang kepada anak-anak tentang apa juga yang anda rasakan ketika itu. Jangan sesekali menyimpan rahsia, takut nanti perkara tersebut terlepas ke telinga mereka tanpa diduga daripada pihak lain. Jika ini berlaku, masalah lain pula akan muncul.
sumber kosmo

20 ulasan:

Marzalina berkata...

menarik entry ni..memang benar, saya juga mengalami situasi yg sama, lupa cara untuk memulakan perhubungan.

<< s| tED| >> berkata...

tips yang agak-agak terkena di batang hidung..
terima kasih!

~Insan Biasa~ berkata...

sungguh..menarik n3 ini...

blueCITY berkata...

salam..

cam best je n3 ni, ekekkek

nanti2 i komen, sejuk g ni, hahah
=P

LotsOfLove-Pearls berkata...

ku masih di peringkat yg berbunga-bunga namun ku memang tak berbunga-bunga tika ini..

hehe..

*cerita p/s I Love you best..

- jinggo - berkata...

intan..
hang muda lagi..
malang kalau dah lupa cara memulakan perhubungan...
bahaya tu.
kecewa.
lumrah la tu.....
ok cari semangat....

- jinggo - berkata...

TiD..
sorang lagi
malang kalau patah semangat..
bangun dan bangun...
pada saya..
memang terkena batang hidung...
patutlah....he..
kita belajar lagi.

- jinggo - berkata...

wak anis
bukan sekadar menarik - tapi kita belajar sesuatu lagi....

- jinggo - berkata...

blue
i tahu u memang dah simpan komen.....
mesti panjang.
kita kongsikan..

- jinggo - berkata...

LoL

semuga kita belajar lagi dari N3 ni....

2_one berkata...

sy xpakar bab ni..apa yg dpt sy katakan jgn cpt melatah dlm mmberi cinta.biar kenal siapa org tu barulah kita boleh mmberi komitmen strusnya utk perkahwinan.dlm bab ni kita xboleh terlalu mngikut rse hati nanti binasa juga.kita juga kena ambil kira dari segi persekitaran kita,pendpt org tua

bg yg tlh bercerai n ingin bina keluarga baru,rsenye muhasabah apa kesilapan dlu.agr tdk brulang lg.jgn terlalu terburu2 utk cri gnti.

noriza berkata...

Semuga hari ini lebih baik dari semalam....

Romantiknya tika berada di zaman itu.Moga dapat kita kekal dan laksanakan. Insyallah...Namun kekuatan jiwa dan sentiasa berfikiran positif menghadapi halangan berumahtangga amat diperlukan . Jangan biarkan emosi menguasai diri. Lalui hidup dengan tenang dan ceria. Beristigfar selalu...Lihat semuanya dengan adil dan terbuka. Saya dah lalui pelbagai rintangan dan ujian itu. Sekarang saya sebulatnya berserah pada Tuhan untuk mencorakkan kehidupa ini.Insyallah saya semakin yakin, tabah dan yang pasti cita-cita untuk menyelesaikan pengajian ini tercapai. Dengan hanya mengingati Allah saja hidup jadi tenang....Keperitan semalam banyak mengajar saya mencorak kehidupan ini. Semoga kita terus bersahabat dan berurusan agar kita semua jadi kuat dan bermotivasi selalu dengan membaca perkongsian yang diutarakan..... insyallah.

ONE ZABA berkata...

wak jinggo pulak..bila nak memulakannya. atau...mungkin sedang bermula!!!!

- jinggo - berkata...

2 one
cinta - adalah ilmu klasik.
mungkin persekitaran hari ini memerlukan kita ada ilmu + skill untuk berhadapan dengan perubahan persekitaran..
tidak mungkin kita menafikan keperluan untuk bercinta..

keperluan semasa

itu yg membezakan satu dari yang lain..

- jinggo - berkata...

cgu ija
panjangnya komen - menarik - disebabkan kecenderungan saya dalam bidang akademik..
bangun dan jatuh saya tafsirkan dari sudut tu...

kita diajar dan belajar.

- jinggo - berkata...

wak one
nak mulakan..
mulakan dengan anak2 aja kut...
yang lain.....

zai berkata...

Benar...elak bercinta selepas bercerai..ambil masa utk muhasabah diri dan merenung kembali apa yang menjadi punca2 penceraian tersebut...krn dari situ kita boleh memperbaiki dimana kekurangan yg perlu ditampung sblm ini

dan mmg benar tidak perlu berahsia dengan anak2 tntg teman baru krn anggaplah anak2 spt kawan2 kita dan berterus terang dgn berhemah adalah lebih baik krn mereka pasti akan memahami sekiranya kita menggunakan pendekatan yg betul.

- jinggo - berkata...

kak zai
perubahan persekitaran memerlukan kita berilmu untuk semuanya.....
sebab ada seninya dalam perhubungan sosial ni.

terima kasih kerana pandangan...

ustazah dyLLa berkata...

sy skong 90% dr n3 ni... ~ngee

ajal maut rezqi ALLAH yg menentukan...manusia hnya berusaha...

- jinggo - berkata...

ustazah dyla

terima kasih

Eco Kid Adventure on Facebook