Isnin, 3 Ogos 2009

kembalilah....

SATU hari, ketika Rasulullah SAW sedang berkumpul dengan para sahabatnya berhampiran Kaabah, seorang lelaki asing melintas di hadapan mereka. Setelah lelaki itu berlalu, Rasullullah berkata kepada para sahabatnya,
“Dialah ahli syurga.” Rasullullah mengulanginya sebanyak tiga kali.
Berikutan kenyataan Rasulullah itu, timbul perasaan ingin tahu di kalangan para sahabat terutamanya Abdullah bin Umar yang memang dikenali sebagai seorang yang sangat kritikal.
Dia lalu bertanya kepada Rasulullah
“Ya, Rasulullah, mengapa engkau katakan itu kepada kami, padahal selama ini kami tidak pernah mengenalinya sebagai sahabatmu? Sedangkan terhadap kami sendiri yang selalu mendampingimu engkau tidak pernah mengatakan hal itu?”
Rasulullah menjawab soalan Abdullah dengan penuh diplomasi dan bijak. Rasulullah berkata,
‘‘Jika engkau ingin tahu tentang apa yang aku katakan,
silakan engkau tanyakan sendiri kepadanya.”
Abdullah yang mendengar jawapan Rasulullah itu semakin teruja untuk mengetahui apa istimewanya lelaki tersebut sehingga dia dikatakan sebagai ahli syurga.
Berikutan itu Abdullah berkunjung ke rumah lelaki berkenaan bagi mendapatkan jawapannya.
‘‘Semalam sewaktu engkau melintas di hadapan kami, Rasulullah mengatakan bahawa engkau seorang ahli syurga. Apa yang menjadi rahsiamu sehingga Rasulullah begitu memuliakanmu?''
Lelaki itu tersenyum, kemudian menjawab,
“Sesungguhnya aku tidak pernah melakukan apa-apa. Aku bahkan tidak memiliki kekayaan apa-apa. Baik ilmu mahupun harta yang mampu aku sedekahkan, apa yang aku miliki hanyalah kecintaan.
‘‘Kecintaan kepada Allah, kepada Rasulullah dan kepada sesama manusia. Dan setiap malam menjelang tidur, aku selalu berusaha menguatkan rasa cinta itu, sekali gus berusaha menghilangkan perasaan benci yang ada kepada sesiapa saja. Bahkan terhadap orang-orang kafir sekalipun.”
Memelihara perasaan benci dan marah, bererti menyimpan perasaan ego. Wujudnya perasaan benci, bererti adanya sikap untuk menyalahkan orang yang dibenci itu dan menyalahkan orang lain bererti menganggap diri kita sahaja yang betul.
DARI JINGGO
kita semakin kacau
keinginan kita untuk mencapai matlamat sehingga terkadangnya kita terlupa kepada beberapa batasan yang mungkin tidak molek itu untuk ditonton oleh anak2. penafsiran dan caturan hidup berasaskan kepada apa yang kita rasakan betul pada masa ini.
BERDAMAI LAH
kerana kita memang masih yakin ada ruang yang boleh menjadikan kita sama2 kembali duduk berbincang : dalam konteks kehidupan seterusnya apa yang berlaku tidak menguntungkan.
PERCAYALAH
tidak menguntungkan.
KEMBALILAH KITA PADA PAKSI SEBENAR SIAPA KITA.
Islam yang masih ada AlQuran sebagai paksinya
Melayu yang masih ada Budaya diantaranya.

16 ulasan:

Sifu Mirza berkata...

sangat bagus sekali entri ini...

syabas tuan jinggo...

teruskan...

:-)

- jinggo - berkata...

sifu
semuga kita diantara bukan diantara orang yang berjuang dijalanan.......

blueCITY berkata...

salam jinggo,

tadi i ada nampak pics polis fru,
tapi naper tak nampak lak?
i cuba zoom tadi sebab nak cari sesorg?
hmmmmmmmmmmm
naper erk?
tq mr j

- jinggo - berkata...

blue
kehidupan kita dizahirkan oleh karektor.
ada yang mudah berbaik sangka dengan ketidaksempurnaan..
ada yg tidak mudah..

kita dimana.
mari kita fikirkan

sakurasa 2 berkata...

Cikgu Jinggo
"kemblilah...."
juga kembali terima kasih buat cik gu Jinggo kerana telah menyampaikan dan berpesan2 dengan n3 yg bagus ini...

Salam dari sakura

- jinggo - berkata...

kembalinya sakura...

kembali madsudnya kita ada dan pernah ada..
kita pergi.lupa dan hilang - mungkin macam tu kot....

zai berkata...

Manusia Mmg tamak..tak pernah puas dengan apa yang dimiliki..apabila kebahagiaan dinikmati, yang menderita sering dilupakan..apabila mengalami penderitaan seringpula menyalahkan takdir dan menuding kepada kesalahan oranglain..tetapi apabila kita sengsara apakah kita masih ingat dosa-dosa lalu ?

N3 yang sangat bagus sbg peringatan utk semua..

blueCITY berkata...

salam jinggo...

jawapan cikgu tak menjawab soalan saya.
saya bertanya pasal pic kat n3 cikgu tadi ada. kenapa dah tak ada? or saya yg tak nampak? sebab kat blog saya juga terjadai benda yg sama. banyak pics yg saya publish ilang. termasuk pics peribadi saya.

kenapa erk?
=(

- jinggo - berkata...

kak zai..

kerana itu fitrah dan tindakan kita.
kita tunggu ajalah
bala apa lagi yg bukan sorang akan kena...
seluruh sistem akan musnah.

- jinggo - berkata...

blue..
pasal IT ni saya budak baru belajar....he..
pasal lain ok kut.

Loedin berkata...

Kultum menyambut bulan suci Ramadhan... semoga membekas di hati para pengunjung blog ini

- jinggo - berkata...

bro lordin

terima kasih kerana kunjungan...

Tirana berkata...

Susah untuk berdamai jika masing-masing tak mau mengalah..masing-masing nak menang....padahal menang jadi abu, kalah jadi arang...berdamai bermakna memberi maaf..sedangkan pada setengah hati yang ego, memberi maaf itu bererti mengaku kalah..sedangkan pada hakikatnya orang yang menang ialah orang yang berlawan dengan nafsu sendiri untuk memberi kemaafan.

- jinggo - berkata...

puan tirana
saya suka ayat ni

sedangkan pada hakikatnya orang yang menang ialah orang yang berlawan dengan nafsu sendiri untuk memberi kemaafani

Mak Su berkata...

kembalilah :)

- jinggo - berkata...

mak su dah kembali....meriah sikit dunia blog....

Eco Kid Adventure on Facebook