Rabu, 12 Ogos 2009

mahalnya....

Ibu jari mewakili ibu bapa,
Jari telunjuk mewakili adik-beradik,
Jari tengah mewakili diri sendiri,
Jari manis mewakili pasangan,
Jari kelengkeng mewakili anak-anak.
PETIKAN puisi nukilan pujangga Inggeris tidak bernama ini menjawab persoalan mengapa cincin dipilih untuk disarungkan
pada jari manis pengantin perempuan.
Jari manis yang mewakili pasangan adalah tempat paling ideal untuk meletakkan sesuatu yang bermakna dalam perhubungan - berharga seperti sebentuk cincin. Cincin juga ibarat kuasa yang menyatukan dua hati insan yang melafaz janji untuk setia sepanjang hayat.
Walau ada pasangan yang inginkan kelainan dengan menggunakan barang kemas lain seperti rantai atau gelang tangan, tidak akan sama nikmatnya seperti menyarung cincin pada jari manis si isteri.
Pilih cincin ibarat memilih pasangan hidup?
DARI JINGGO
dimana betulnya pandangan ini
memilih cinta umpama memilih pasangan hidup.
besar nilaian cincin
besar nilaian kasih sayang.
BETUL KE.
bagaimana dengan orang yang tidak berkemampuan :
cincinnya harga ' ciput ' sedangkan cintanya menggunung
kita melihat dari beberapa faktor
harga sesebuah perkahwinan bermula dengan harga cincin
seterusnya pertunangan
perkahwinan
SEMUANYA SEAKAN2 MAHU DI GAHKAN.
besar ' orang2nya ' besarkan gahnya.
mahal harga cincinnya
mahal harga hantarannya
mahal sewa dewan majlis kahwin nya
mahal harga kad nikahnya
sedangkan nilaian cinta dilihat dari sudut lain.

di sunting dari atikel Utusan Malaysia

20 ulasan:

nurirhamna berkata...

cgu Jinggo...
Besar nilai cincin, besar nilaian kasih sayang... xsetuju...
cincin hanyalah sebagai simbolik semata-mata..material. Ada yang lebih bernilai..non material.

bagaimana pula kalau ada wanita yang xsuka pada cincin? hehehe.

~Insan Biasa~ berkata...

hahah setuju dengan nurirhamna.
nilaian cinta sebenar hanya hati yang mengalami dapat merasa.
nilaian kasih sayang...

jom flashback balik cerita ahmad albab tu...
garam gula dalam makanan minuman
intan berlian dalam kotak harta

hee

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

tetiba rasa gediks nk kawen...

hahahaha.......

zan-xray berkata...

dalam budaya kita 3 peringkat perlu di iring dgn cincin,
>merisik
>meminang
>nikah
Baru nak mengorati nurirhamna, Insan biasa, Gadis Kg Separa Bandar tapi ternampak cincin di jari manis,,oww dah berbunya rupa nya. Simbolik juga cincin ni.
(sekadar kaitan tak bermaksud untuk mengurat :p)

zai berkata...

Nilai cincin yg mahal pun tak ada gunanya lagi bila cinta sudah tidak bertakhta dihati..berapa ramai yg membeli cincin dan memadu janji utk sehidup semati tapi akhirnya yg tinggal cuma kata2..

Yang terpenting dlm satu perhubungan ialah sejauhmana kita mampu mempertahankan nilai kasihsayang bukan nilai harga cincin yg tersarung dijari..

ummumishkah berkata...

setuju sangat dgn kak zai.. :)

Illyani Ismail berkata...

salam cikgu...
bagaimana dengan sya yang tak leh pki brg kemas??
sian nyer saya...
hehehe
kasih sayang tu universal... setiap org mempunyai cara yang berlainan untuk tunjukkan rasa cinta cikgu... tapi cincin hanya simbol yang sidia telah berpunya...mahal atau murah adalah harga sahaja...
dan yang paling mahal adalah kenangan yang tercipta...

Shemmi berkata...

emh...betul..dan cantik sekali..

"yg paling mahal adalah kenangan yg tercipta"..

- jinggo - berkata...

cgu fizan
perkahwinan dan cincin
tu macam satu benda yg sama..
sebab tu ada yg berhutang kerana nakkan cincinkan..

mahal murah - itu masing2 punya penghakiman...

- jinggo - berkata...

cgu anis..
tu cerita kita
macamana dengan cerita mak dan ayah kita...
macamana dengan adik beradik kita.
masyarakat kita.
nilai cincin akan ' membuka ' mata orang..

betul tak.

- jinggo - berkata...

gadisseparakampung

nak kahwin.
orang kedah ini mesti harga cincin sama harga ' serelong bendang ' kut....

- jinggo - berkata...

zan..

teman hanya mampu sediakan cincin 'tikam ' aja kut..
nak mengurat cgu2 tu...
sorang tu kena gadai kebun droyan kut.
sorang lagi kena jue lembu berekor2
sorang lagi kena pajak benda.....

he......

- jinggo - berkata...

kak zai..

nak minta maaf dulu
roslin hashim dan isteri pun mahal cincinnya.
kahwin...tak sampai sebulan.

akhirnya kita fikirlah sendiri...

- jinggo - berkata...

ummu

memang betul pandangan tu.
tapi penghakiman persekitaran yg kadang2 - kita masih berada kelompok masyarakat yg ' tidak menjadi diri sendiri '.....

akhirnya
harga cincin
harga hantaran
harga kenduri

ikut orang..........

- jinggo - berkata...

yani..

cakap aja kut.
nanti kalau nak kahwin bukan yani yg sibuk2 - kadang2 persekitaran menjadikan kita susah mahu tafsirkan apa2 lagi..

i follow ( ikut style abang jem )

- jinggo - berkata...

shemi..

menarik2
amat menarik ayat tu

Kunang-Kunang berkata...

Saya rasa sebentuk cintin memberi erti yang besar pada seorang wanita tanpa mengambilkira harganya tapi ingatan sipemberi yang mustahak.

Sebenarnya memakai cincin sebagai lambang seseorang wanita itu sudah dimiliki bukan budaya kita kan. Itu budaya barat rasaya.

- jinggo - berkata...

kak hanim

terima kasih kerana pandangan.
budaya dan kita..
tapi bukan menunjuk2 kan....

ustazah dyLLa berkata...

harta dunia skadar hiasan, kasih syg adalah harta hingga ke syurga...

~ingin dicintai n mencintai, ingin disunting oleh seseorg yg bergelar lelaki...

- jinggo - berkata...

dyala
lelaki dan ustaz.........
moga dipermudahkan...

Eco Kid Adventure on Facebook