Rabu, 26 Ogos 2009

PERAHU ini perlu dibakar

Julius Caesar adalah seorang Kamandon perang yg berjaya menawan Brittnia kerana strateginya yang unik.
Dalam sejarah , ada tercatat ketika Caesar berjaya mendarat pasukannya pada satu tengah malam , dia diam , sementara pasukannya sibuk merapat dan menyembunyikan
perahu - perahu yang mereka naiki.

Mereka berfikir tentu mereka memerlukan
perahu - perahu itu untuk pulang nanti.
Tetapi mereka terkejut apabila mendengar perintah ketua mereka
BAKAR SEMUA PERAHU YANG SUDAH KAMU DARATKAN TADI.
Akhirnya mereka membakar semua kapal sehingga hangus
oleh kerana mereka beranggapan mereka tidak boleh kembali ,
maka mereka pun bertempur habis - habisan. Mereka merasakan yg mereka perlu menang.
KITA FIKIRKAN BEGINI
perjalanan menuju puncak kerap kali diwarnai kekhuatiran sehingga kadangkala membuatkan kita cenderung menyerah kalah.
Menurut John Maxwell
Kekhuatiran akan menghambat tindakan
tiadanya tindakan menunjukkan tiadanya pengalaman ,
tiada pengalaman menunjukkan tiadanya pengetahuan
tiadanya pengetahuan akan melahirkan kekhuatiran
Menurut Denis Waitly
( buku seed greatness )
60 % kekhuatiran kita sama sekali tidak berasas.
20 % kekhuatiran kita berfokus pada pengalaman lampau dan
yang berada diluar kawalan kita.
20 % kekhuatiran kita kepada benda yang remeh temeh
DARI JINGGO
kehidupan ini ibarat satu perjalanan yang sehala.
Seberapa banyak pun perubahan laluan yang kita alami,
tidak satu pun yang akan membawa kita kembali.
Apabila kita mengetahui dan menerima hakikat ini ,
kehidupan akan kelihatan lebih mudah....
untuk itu mari kita
MEMBAKAR PERAHU.

17 ulasan:

ONE ZABA berkata...

tapi bulan pose ni ramai org bakar duit kat pasar ramadhan...termasuk la org yg tulis komen ni.

<< s| tED| >> berkata...

barang yang lepas jangan di kenang.. eh.. lari topik..

perkara yang telah lepas tidak sesekali akan dapat menghentikan waktu untuk kembali..

maka laluilah hari ini dengan penuh bermakna.. kerana esok kita pasti tidak bertemu lagi dengan hari ini.

mountdweller berkata...

Salam sdr. Jinggo.

Selamat berbuka.

Bakar kapal ini juga dilakukan oleh Penglima Tariq Bin Ziad ketika mereka mendarat dan menawan Sepanyol.

Di samping faktor Iman, faktoe itulah juga yang membawa kepada penaklukan Sepanyol oleh tentera Islam.

- jinggo - berkata...

ha..cgu one
hari ini terbakar 15 RM..
2 minggu lagi nak bakar buang api pulak

- jinggo - berkata...

TiDc

kerana hari ini esok - mesti - lebih baik dari semalam

- jinggo - berkata...

tuan

membakar kapal bermadsud - tidak boleh patah balik -
jalan harus ke depan..
MESTI.

uNiqUe oRgaNisM berkata...

seJauh maNa perJalaNan daLam hidup iNI..kiTa kaDang kaLa x seDar bgmAna kitA boLeh mLangkaH sjaUH iNI dan sJauh mAna laluAn hiduP yang kiTA bakaL laLui..apa yaNg peNtinG.. tRus mNrus mNujU kHadaPan dGaN mnJadikaN cabarAn sBagai uLam untUk meNuju kehidupaN yg harmOnis.. the way you think determine who you're..

maiyah berkata...

salam.. utk meraih sesuatu kejayaan kita mmg perlu membuat keputusan yg tepat seoerti membakar perahu tu utk berjuang berhabisan kerana dalam otak dah set tak dapat balik lagi ngan perahu yg dah takde.. menarik

~Insan Biasa~ berkata...

Jangan tersilap bakar sudah...

- jinggo - berkata...

unic

menariknya komen.
semuga semua kita mampu zahirkan dalam bentuk tindakan...

- jinggo - berkata...

maiyah

membakar perahu - bermakna - kita tidak ada peluang untuk berpatah balik..
jalan harus ke depan...

- jinggo - berkata...

cgu anis.

saya sentiasa terbakar
untuk ke depan...

Tirana berkata...

Selagi kita ragu-ragu dan was-was..selagi itulah kita tak bergerak ke mana-mana..tapi untuk bergerak ke depan pun kena ilmu. Bila ada ilmu, kita akan yakin. Bila tak tahu tu la yang selalu buat kita teragak-agak..

- jinggo - berkata...

puan.
saya yakin untuk memulakan langkah satu.
perlukan bakat + ilmu + pengalaman....
semuanya menjadi kita terbaik dalam kondisinya...
untuk itu mari kita berkemaskan pakej itu

2_one berkata...

dgn ringkasnya,dpt sy katakan kita adalah apa yg kita fikirkan...dan ini adlah kuasa minda kan

2_one berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
- jinggo - berkata...

2 one
kesimpulannya : perkara yg kita nak buat.MESTI - laku seolah2 kita sudah tidak ada pilihan lain......

Eco Kid Adventure on Facebook