Isnin, 31 Ogos 2009

nak jadi kelapa @ mutiara...

Apabila kamu berkawan dengan lelaki,
ingatlah...ada dua pilihan yang terbentang
pertama
kamu jadi seperti kelapa..
mudah di perolehi..
di parut.di perah.dan di ambil santannya.
lepas itu hampasnya di buang.
Yang kedua.
kamu menjadi sebutir mutiara.
berada di dasar lautan.tersimpan rapi.di lindungi kulit.
bukan senang nak melihat.apatah lagi mendapatkannya. .
hanya orang yang bertuah.berusaha menyelami dasar lautan..
dapat memperolehinya. harganya mahal sekali..
dan ia akan tersimpan selamanya
Jadi.
kamu pilihlah samada
hendak menjadi kelapa ataupun mutiara?
di sebalik santan.menjadi penyedap makanan.di perah segala kenikmatan.
dan santan hilang tak jadi ingatan
yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..
orang tak kenang jasa santan..
Mutiara..
tertanam di dasar yang paling dalam.sukar andai mengharap jadi perhatian
kerana ia dilapisi kulit yang keras menghadang..
namun kiranya di temui insan..
akan menjadi permata hiasan..
terletak tinggi di cincin idaman
atau di leher nan jinjang
atau di lengan menawan
makin lama mutiara tertanam
makin tinggi nilaian..
Oleh itu..
tentukan yang mana satu pilihan
menjadi santan
mudah jadi perhatian
tapi hanya sebentar jadi santapan
kemudian hilang segala nikmat dan pujian..
menjadi mutiara
sukar di temukan
namun bila di hias indah gadis perawan.hilanglah ia.tangisan mengiringi berzaman
DARI JINGGO
kehidupan hari ini - dimana persekitarannya amat2 rapuh.dimana2 hasil tindakan kita hari ini akan menentukan siapa kita hari esok.dimana mulanya
KELAPA
MUTIARA
tentunya bermula dari apa yang dizahirkan depan mata diwaktu ' pengisian demi pengisian dimasukkan ' dalam minda.semua dibutirkan dalam bentuk tindakan.
semua rentaknya bermula disitu.

26 ulasan:

~Insan Biasa~ berkata...

bagusnya n3...saya nak copy dan frame kan. Buat peringatan diri.

kalau diberi pilihan begini. saya percaya semua akan memilih mutiara.
tapi dalam tak sedar....
apa yang semakin jelas terlihat...
tindakan yg terzahir .....
banyak kelapa dari mutiara.

- jinggo - berkata...

yes wak anis
kehidupan hari ini banyak kelapa dari mutiara..
dimana mutiara tu..

rapuh hidup hari ini.
kena ambil prinsip kedua2...
berpada2 pada tindakan.

DaliaLiyana berkata...

kelapa? mutiara?
nak jd dua2 leh tak??
sbb dua2 bagus...
:)
salam ramadhan..

ari berkata...

Tingginya laras bahasa....

Mutiara @ Kelapa...
Pilihan pada tangan masing2..
Cuma yg mendasarinya ialah..
Iman, akal, pengalaman, keperluan, dan ilmu...

Klu nak cepat dan sementara; Pilih kelapalah
Klu nak lambat dan kekal: Pilih mutiara...

Yang pasti...memiliki dan mencintai adalah 2 perkara berbeza...

- jinggo - berkata...

dalia.

saya fikirkan macam tu
jadilah keduanya
kena jual sikit - macam mutiara.
jadi keperluan orang lain - macam santan...

tapi jangan sampai dibuang..

terima kasih dalia

- jinggo - berkata...

cgu ari
cantik laras bahasa

jadilah kedua2...
kalau diberi pilihan untuk memilih perempuan..
saya akan pilih kelapa : ada kecantikan sosialnya.
pilih mutiara - tinggi softskillnya...

2_one berkata...

berguna spt kelapa,bernilai spt mutiara,perlindungn spt mawar berduri...sgt menarik n3 ni.sypun nk copy jgklah,nk send kat adik2.sy n adik adalh pmpuan..jgn biarkn dri anda diperah sesuka hati n dbuang sesuka hati hnya utk kepentingan drinya semata2..kesimpulannya,berhati2 dgn n bijak mngatur langkah dlm melakar lukisan kehidupan indah..

maiyah berkata...

salam.. sy nak jadi kelapa jer lah :D

- jinggo - berkata...

2 one
satu lagi
jadilah macam pokok semalu...
kisah ni bolh kita jadi garis panduan..
ambil ke2nya.
sebab zaman dah berrubah - pendekatan - juga harus berubah...

- jinggo - berkata...

puan maiyah

saya - nak cari kepala yg dah matang - banyak kegunaannya.
kelapa muda - tak banyak guna....

nak buat kueh tak boleh...

Luth Textile berkata...

cantik ayat cikgu jinggo!

salam, hai, selamat berpuasa!
Minta perhatian kepada tuan tanah, blog Luth telah bertukar url dari www.luthtextile.com ke http://luthtextile.com/blog/ So, kalu baik hati leh la update link blog luth diblog anda ek! Bye2

- jinggo - berkata...

luth.

terima kasih
banyak2
selamat bersahur....

hazeleyed berkata...

Cantik!
Ia nya satu peringatan dan motivasi.

- jinggo - berkata...

cguhaze...

motivasi dan mengingati sesama sendiri..
semuga ada penambahbaikan..

ONE ZABA berkata...

jadilah kedua-duanya....kelapa mutiara ( belum dihasilkan lagi) .

- jinggo - berkata...

kelapa mutiari..
kena tanam kat gunung kut
iklim sejuk...

ha...ha...

Pn Kartini berkata...

Berharganya mutiara kerna nilainya yg tersendiri..menjadi rebutan utk dimiliki..dan ditangisi bila kehilangannya...:)

Marzalina berkata...

saya rasa, ramai yg nak jd mutiara..dan saya pun buat pilihan nak jd mutiara..susah nak dapat, kekal..dan berharga..serta dihargai. kalau jd kelapa...senang nak dapat, banyak kegunaannya..senang jugak dibuang selepas digunakan..tapi kelpaa pun banyak kegunaan dan faedahnya kepada manusia kan.thanks atas perkongsian ni. saya tetap nak jd metiara hehe.

- jinggo - berkata...

PnKartini

mutiara mahal.amat mahal.susah nak dapat..
semuga kita dapat jadi ke2nya sebagai perbandingan..

- jinggo - berkata...

intan.
mutiara tersembunyi...
nak dapat susah..
BAGAIMANA KALAU ORANG TAK JUMPA..
hari ini kena ambil kedua2nya.
kena bagi org nampak
STAND OUT..
lepas tu ambil prinsip mutiara..

noriza berkata...

SEMOGA HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM.

Sebenarnya buat saya kelapa dan mutiara adalah ketentuan Allah.Kita tiada kuasa untuk menahannya.Namun ada waktu kita juga tidak mampu untuk melawan emosi. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan...Kita kan manusia biasa ... Sehebat mana kita untuk untuk melawan ketentuan datang.... Ujian- ujian jadi kelapa telah saya rasai... Sekarang bolehkah saya bertukar jadi mutiara pula..

- jinggo - berkata...

cgu ija

kita berhak menentukan kita nak jadi apa..semua didasarkan pada sistem kepercayaan yang diberikan..
hari ini zaman STAND OUT - semuanya harus dinampakkan...
kalau orang tak nampak - tercorotlah kat belakang..

setelah orang nampak - kawal - softskill - jadilah mutiara.....

kesimpulan - jadilah ke2nya sekali...ha..ha..

Tirana berkata...

hehehe..wanita zaman ibu saya dulu ramai yang jadi mutiara.. Keluar rumah berbungkus dengan kain batik, mata pun tak nampak. Bukan main susah lagi nak tengok wajah mereka. Lelaki yang nak tengok calon isteri terpaksa mengintai..tu pun payah nak tengok. Last wakilkan mak untuk tengokkan gadis yang menjadi pilihan. Elok pada pandangan emak, elok lah pada pandangan silelaki.


Gadis zaman sekarang ramai jadi kelapa..Mudah dilihat, mudah dipegang, mudah diambil santannya..terlalu murah lebih murah dari kelapa yang sebenar. Last sekali, habis madu, sepah dibuang.

- jinggo - berkata...

puan tirana

menarik pandangan ni..
orang dulu
orang sekarang
yang pasti...
anak2 kita.........org sekarang...

Illyani Ismail berkata...

salam ilmiah..

lau sya diberi pilihan atau di suruh membuat pilihan antara dua tu...
kelapa atau mutiara... saya pilih mutiara...
sebab2nya saya pendekkan cite, ckgu dah bgi alasan yang cukup baik untuk saya pilih mutiara...

tapi saya lebih selesa saya pilih diri saya sendiri.. saya pilih untuk jadi saya.. bukan orang lain...

kerana saya adalah.. aku tetap aku...
kerana tiada apa yang boleh mengubah diri seseorang tu andai ia tidak mahu berubah...

bukan kah pilihan ditangan kita sendiri.. apa yang kita pilih tu la yang akan jadi..

kuasa memilih ditangan kita.. selagi bernama manusia kita sentiasa diberi peluang untuk memilih...

so pilih yang terbaik untuk diri sendiri...
insyaallah.. hanya allah yang tahu jauh dilubuk hati kita ni...

- jinggo - berkata...

yani

terima kasih.
pandangan yg praktikal

Eco Kid Adventure on Facebook