Isnin, 10 Ogos 2009

sejauhmana betulnya kita

SEBELUM mengenalpasti jawapan kepada persoalan tersebut sebaiknya berfikir apakah elemen yang patut ada dalam sesebuah perhubungan yang sihat.
Justeru pakar psikologi berpendapat terdapat tujuh kualiti yang menjadi teras sebuah perhubungan yang sihat dan ia adalah seperti berikut:-
Rasa hormat
Kepercayaan
Kejujuran
Sokongan
Kesaksamaan
Cuba meletakkan diri di tempat si dia
Komunikasi berkesan
Bagaimana pula menilai perhubungan yang tidak sihat?
Apabila pasangan di dalam hubungan tersebut tiada lagi rasa hormat, salah seorang terlalu mengongkong dan tindak tanduk yang di luar batasan.
Sifat kebaikan dan hormat adalah kriteria utama untuk perhubungan sihat. Tiada siapa pun berhak dipukul, dimarah atau dipaksa melakukan sesuatu yang dia tidak mahu.
Tanya diri, adakah pasangan anda...
*marah jika anda tidak dapat meluangkan masa untuknya,
*mengkritik cara anda berpakaian dan bercakap yang anda bertuah kerana dapat memilikinya,
*tidak membenarkan anda bertemu atau bersembang dengan rakan lelaki atau perempuan,
*minta anda berhenti dari aktiviti yang anda gemari dan telah dilakukan selama ini,
*pernah cuba memukul ketika dia sedang marah,
*memaksa melakukan seks dengannya dalam keadaan anda tidak
sedia.
Ini cuma beberapa soalan yang anda boleh tanya kepada diri anda sendiri, terdapat banyak lagi cara yang menunjukkan sesebuah
perhubungan itu tidak sihat.

8 ulasan:

Tirana berkata...

InsyaAllah hubungan saya dan suami sihat, hubungan saya dengan anak-anak juga sihat...Saya menerima mereka seadanya sebagaimana mereka menerima saya seadanya.. Nobody is perfect..Ketika kita belayar di lautan, sesekali ribut melanda juga tapi itu tidak bermakna pelayaran kita bermasalah. It's a teamwork..masing-masing ada peranan untuk memastikan pelayaran tersebut selamat.

- jinggo - berkata...

kerana saua diajar dan belajar ilmu praktikal.
saya melihat - teamwork - dihujungnya...
semuga Allah memberkati hubungan sedia ada....

ONE ZABA berkata...

aku ok je...

- jinggo - berkata...

cgu one..
terima ksh...
kerana pndangan.........aman dunia

Mak Su berkata...

Jinggo, kabare?

:D

Shemmi berkata...

best nye kalo bleh join bebudak tu masuk hutan..

- jinggo - berkata...

mak su
kangangnya
kemana.....

- jinggo - berkata...

shaemi
jom join kami untuk kem seterusnya

Eco Kid Adventure on Facebook