Khamis, 13 Ogos 2009

jangan marah......

"Pelajar kini makin malas membaca, berfikir dan menilai."
Begitulah nada kecewa yang disuarakan penerima Anugerah Tokoh Akademik Negara 2008, Prof. Dr. Muhammad Salleh yang menyifatkan ramai golongan pelajar masa kini sama ada di sekolah mahupun universiti kurang membaca dan ia berbeza berbanding generasi lampau.
Beliau yang juga Sasterawan Negara berkata, biarpun seronok menjadi seorang pendidik namun beliau kecewa apabila pelajar yang lahir daripada
sistem pendidikan sekarang tidak lagi cintakan buku.
"Sebagai pendidik, kita membina watak manusia yang boleh berfikir, berhujah dan menilai sesuatu yang berlaku.

"Namun jika kurang membaca, bagaimana pelajar itu mahu berfikir serta memberi pendapat serta menyelesaikan setiap masalah yang timbul," katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Ekspo Konvokesyen 2009 (Convex 09) Universiti Sains Malaysia (USM) di sini semalam.
sumber kosmo
DARI JINGGO
seorang kawan - pesyarah UM
u tahu jinggo
exam 20 minit - 20 soalan
i pusing2 kat belakang ada yg sempat chat kat facebook
SETERUS PENGALAMAN SENDIRI
saya berurusan banyak dalam bidang latihan - tentunya sudah semacam menjadi satu keghairahan kepada siswa @ siswi untuk sama2 berkongsi dalam kontek memberi motivasi kepada pelajar. ini satu keghairahan yg amat2 positif
PERSOALAN BERDASARKAN APA YG DILIHAT
ilmu dikaitkan dengan membaca
bahasa kita gunakan dikaitkan dengan membaca
gaya bahasa yang kita gunakan dikaitkan dengan membaca
MAKA KEGHAIRAN INI DITERUSKAN
ada yg semakin sibuk dengan program demi program.
ada keutamaan yang diabaikan.
terkantoi pengajian
JALAN MUDAH - DAFTAR SYARIKAT
kami jururunding @ fasi dalam bidang sekian2.
SAMPAI KE PERINGKATAN PELAKSANAAN.
saya masih berpegang kepada
semua orang ada
BAKAT
harus disertakan dengan
ilmu + pengalaman.
membaca.membaca.membaca.

16 ulasan:

adnieyl achan berkata...

Teringat masa sekolah dulu, membaca tangga kejayaan...
rasanya motto tersebut sudah tidak boleh di pakai lagi.
skang ni berfacebook menuju kejayaan, mungkin tu yang sesuai kut....
mungkin..... mungkin.... mungkin....

ONE ZABA berkata...

takkkk...tak marah...dah tak kan marah.

Tirana berkata...

Membaca itu jambatan ilmu..hehehe... saya percaya minat membaca perlu ditanam ketika anak-anak kita diperingkat bayi lagi...Itu pandangan dari sudut parenting... Bila dah jadi buluh baru nak tanam minat, agak susah juga... salah2 teknik patah terus...minat yang ada sikit2 pun kalau salah cara, hilang habis..

- jinggo - berkata...

adnie

betul2
berfacebook tanda kejayaan
kalau berYM tanda apa2..

tapi tu lah
kadang2 dah diberitahu - hasilnya sama.

ingat kata seorang pensyarah lama : zaman i orang masuk U ni sikit - tapi kuanliti berbeza...
sekarang........

kita fikirkan.

- jinggo - berkata...

cguone

tak marah tak apa
tapi mesti ada yang marah......
pandai2 aja..
he..
he...
wak anis marah kut

- jinggo - berkata...

puan tirana

saya macam dah malas nak ajak orang membaca ni.
hasilnya kalau puan masuk dan duduk sehari dalm bilik kuliah pun dah cukup.
datang lambat
duduk belakang
tak buat homework
TAK KENAL NAMA PESYARAH..
sembang2
main SMS + YM...facebook
apa lagi..
banyak di UM - universiti unggul tu

Marzalina berkata...

budaya membaca ni sebenarnya bergantung kepada minat jugak...kalau tak minat memang susah la cikgu, tapi kalau nak pupuk minat membaca tu yg penting dari kecil kena asuh dan ajar supaya rajin pegang buku dan baca...tapi ada sesetengah orang suka membaca tetapi bergantung jugak kepada bahan bacaan..macam saya ni..suka membaca, tapi tgk juga bahan yg nak dibaca tu.

- jinggo - berkata...

intan

membaca bergantung kepada sistem - sebagaimana kata puan tirana - semuanya bermula dari awal.

mengenai bahan bacaan bsegantung kepada niat kita membaca.....

betul tak.

sesekali belilah buku2 motivasi intan..
banyak baca novel - tu yg berkhayal semacam...he..jgn mare..

Marzalina berkata...

cikgu...saya rasa dalam bacaan novel pun ada motivasi..sebab tu saya suka baca hehehe.

sebenarnya saya ni bukan baca novel saja..saya juga suka baca bahan bacaan yg ada pengisian dan ilmu mcm buku motivasi..cuma tak tunuk saja hehehe

- jinggo - berkata...

intan
jangan marah...
saya tak baca novel dah lama.
memang baguskan kalau macam tu....
cari yg ada nilai yg boleh kita jadikan titiktolak untuk naik keatas........

Brahimnyior berkata...

Bro Jinggo,

Teman setuju, bebudak sekarang maleh bebeno membaca. Nak suruh susah, kalu baca pun, yang ada kaitan dengan periksa jer..

Tapi cikgu, mak bapak pun begitula jugak.

Kena budayakan sejak kecik.

zan-xray berkata...

saya masih belum buka akaun facebook.

- jinggo - berkata...

yop brahim

nasib baik ayah teman dulu - mengojor - hari2 dah tgk dia baca buku - lepas tu hari2 dengor dia bercakap sorang2..
masa tu ingat dah buang tabiat gamaknya...

hari ini teman pun bercakap sorang2....

semuanya sistem.

- jinggo - berkata...

bro zan
bukalah facebook.
macam2 ada........
orang bela lembu
orang berkebun..

dan lagi
semua orang2 hebat Msia ada kat situ.add aja.

AiE bAhRi berkata...

Membaca adalah jambatan ilmu.
Islam juga suruh kita membaca berdasarkan surah al-Iqra' yang bermaksud bacalah..

- jinggo - berkata...

aie..
semuanya bermula dengan iqra'kan..

Eco Kid Adventure on Facebook