Selasa, 25 Ogos 2009

akulah raja - raja apa - raja kapoor !

Perkahwinan adalah ubat untuk memanjangkan umur.
Tanya sesiapa pun : psikologis , bomoh , pawang , bidan.
Kajian menyatakan 94 % orang tak kahwin akan mati cepat
daripada orang yang dah kahwin.
Faktornya ini dinilai dari sudut kebahagian
( macamana yg tak bahagia )
menurut Dr Joyce Brother menyifatkan lelaki yang sudah berkahwin adalah lelaki paling bahagia.
kedua ada perempuan bujang.
ketiga perempuan yg dah berkahwin !
Kajian juga menyatakan perkahwinan adalah lambing pencapaian yg amat simbolik.
Seorang lelaki yg berjaya dalam kariernya , ada rumah , ada kereta
masih tidak berpuas hati selagi tidak ada isteri .
begitu juga dengan perempuan – bermula dari mula mengenal bedak dan gincu
fantasi perkahwinan sudah bermula.
KENAPA LELAKI YANG SUDAH BERKAHWIN PALING BAHAGIA
Sebab akulah raja.
Suami yang baik menjadikan isteri , teman , sahabat
Suami yg tidak baik menjadi isteri isteri , sahabat, gundik , dayang , khadam , tukang masak , tukang basuh , tukang urut
KUASA SEBENAR LELAKI ADALAH DIRUMAH.
Ada lelaki yang beranggapan melalui perkahwinan mereka terpaksa mengorbankan macam2 – duit masa , tenaga dan paling penting adalah duit.Kerana faktor diatas lelaki dikatakan kurang berminat dengan urusan rumahtangga – mereka cuba meyakinkan dunia bahawa sebagai suami tanggungjawab mereka hanya mencari duit.
Mereka jadi tiang – isteri jadi bendul , lantai . alang , dinding , bumbung , pintu , tingkap , para , dapur , tikar , paku , pinggan , mangkuk….( apa lagi )
KAJIAN JUGA MENYATAKAN
Lelaki biasanya lebih sanggup mengilat kereta daripada basuh pinggan
DAN BAGAIMANA DENGAN KITA
akhirnya saya semakin terasa ' malunya ' menjadi lelaki bila di 'buli ' secara ilmiah oleh seorang penulis ( perempuan ) yang membuat kajian bertahun untuk mencari dimana betulnya lelaki dan betulnya perempuan.
sesekali terfikir - betul juga......

8 ulasan:

CITY® berkata...

kalo ubat panjang umur? i nak kawin la, ekekkek

lelaki memang bahagia punya isteri
tapi lagi bahagia kalo ada ramai isteri?

wanita memang bahagia punya suami
tapi lagi bahagia kalo punya duit suami?

suami memang raja
raja tido
raja baca paper
raja cuci kereta
raja makan
raja lepak depan tv

isteri juga permaisuri
juga bidadari
juga dayang istana
juga pengasuh
juga tukang cuci
juga tukang masak
juga tukang sembang
juga tukang komplen

aku nak cari suami la
leh jadi payung
leh jadi pemimpin

hehheheh

ps:
2day penat, x idea sgt ekekek

Shemmi berkata...

sy pun nak kawin cenggini!

pjg umo?...wahh...murah rezeki jugak dengar2nye kalau kawin..

* mana betulnye ant lelaki dan perempuan...

dua2 betul..dua kdg2 kurang betul..dua2 kadang2..lansung tak betul...

Unknown berkata...

blue

bersajak lah pulak
suami raja biasa
kalau isteri jadi ' raja ' macamana pulak..

aku lah tukang basuh baju
aku lah tukang basuh pinggan
aku lah tukang kemas bilik..
semua aku dan aku.....

akhirnya juga dikatakan.
bahgia kalau tak kahwin kut...

Unknown berkata...

shemi
kena kedua2 jadi raja baru betul kut...
sebab tu bersanding dipanggil raja sehari....

betul tak.

myQza berkata...

Alahai... Alhamdulillah.. masih bahagia.. dan masih panjang umur walaupun belum bersuami!

~Insan Biasa~ berkata...

cakap pasai kahwin...
mcmne erk...sebab tak kahwin lagi..
silap cakap, payah....(eh 'takut' plak nak cakap)hehehe

camni je la...dari sudut hidup yang saya lalui-jalan kita x sama kan?

kahwin- kerana allah. bukan sebab nak jadi raja.
kahwin- kerana nak berteman-ada zuriat.
sekurang2nya dgn kahwin kita tanam matlamat-ada anak-kena jaga baik2 betul2-dah tua harap anak boleh jaga-boleh doakan bila dah tiada...

syarat- kerana allah . pinjaman. bila sedar itu pinjaman bukan hak azali - kenalah jaga leklok...

ish...cakap bab kawin hal rumahtangga...saya tak cukup ilmu lagi kot....

Unknown berkata...

TiD...

saya pun masih bahgia..
walaupun berbuka dan bersahur sorang2.....

kadang2 ada betulnya pada semua keadan...

Unknown berkata...

cgu anis
disebabkan belum kahwin - dengar ajalah pandangan orang yg dah kahwin..

betul kajian tu.

memang betul.tapi semua bergantung pada kewarasan suami..hanya suami yg bengong sahaja yg membuli isteri ni kut....

Eco Kid Adventure on Facebook