Ahad, 23 Ogos 2009

dah setahun disini

Puasa datang lagi
ini bermakna
GENAP SETAHUN SAYA DISINI.
dibuka balik N3 yg pertama : lucu
dan orang yang pertama menjadi kenalan di alam maya ni
sampai sekarang - terima kasih Puan Tirana
terima kasih cgu azza
dan seterusnya begitulah.
dan hari ini setelah genap setahun
saya mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih
TENTU NYA ADA SEBAB KENAPA SAYA DUDUK DALAM DUNIA INI.
mungkin tidak keterlaluan kalau saya katakan.
SAYA BERTAMBAH BAGUS SETELAH BERADA DISINI.
saya kena membaca lebih dari selalu
sebab saya tahu ada yang akan membaca setiap apa yang dikongsikan.
dan hasilnya dikongsikan dengan pelatih2 di kem yang saya kendalikan.
ASASNYA SAYA KENA MEMBACA.
dan saya semakin jelas dan tahu : ada impaknya bila N3 mula dibaca oleh rakan2 yang tidak sekadar mencari bahan.ada ilmu yang harus diletakkan disini.
dalam tempoh ini jugalah - tidak dinafikan saya berhadapan dengan sekumpulan2 rakan dari kelompok yang :
tidak menjadi hidup ini ' main2 '.
setelah genap setahun.
kepada rakan yang diawal2 : tahu dan terima kasih kerana perkongsian kita dikala itu.
kepada rakan yang terus terusan memberi sokongan.
SAYA AKAN MEMBACA
hasilnya kita akan berkongsi
selebihnya pelatih di kem latihan saya.
terima kasih.
u raise me up

16 ulasan:

2_one berkata...

btul hidup ini lg bermakna jika berkongsi ttg apa yg kita tahu..makin dikongsi kita makin berisi.pd masa yg sama kita dpt mngaut pengajaran dan input dari org yg ingin berkongsi idea..dalam dunia blog sy msih baru lg.baru 3bulan kot..sy mula jatuh cinta dgn dunia blog..seronok rupenya berblog ni..dpt berkongsi dgn teman2..

Tirana berkata...

Tak sangka rupanya saya menjadi kenalan Jinggo yang pertama..hehehe..Nak tahu juga macam mana Jinggo boleh terjumpa blog saya.

Untuk menulis, kita memang kena banyak membaca. Saya sebenarnya tulis blog untuk motivate diri saya sendiri tapi tak sangka makin hari makin ramai yang bertandang ke blog tu..Kiranya ada manfaat yang boleh diambil di situ, saya bersyukur kepada Allah kerana boleh berkongsi..

Selamat berpuasa!

Unknown berkata...

2 one
memang seronok dunia blog ni - dah letak kaki kat sini - jangan harap nak angkat semula..
berbalik pasal berkongsi.
itu yg praktikalnya kehadiran kita disini...

semuga hari seterusnya kita mampu jadikan ruang ini untuk menambahbaikkan diri sendiri dan orang lain....

Unknown berkata...

puan tirana
macamana mulanya kita.
saya kena buka satu persatu...
apa2 pun ruang ini semakin menarik.....
dah berapa banyak buku yg kita kongsikan bacaan...bersama.
kalau itu niat dan tujuan.
ini media terbaik.

AiE bAhRi berkata...

Ckgu Jinggo..

Moga ianya berkekalan hingga ke tahun2 berikutnya..

Salam ramadhan..

addyaholix berkata...

selamat ulangtahun jugak!

dan kamu juga antara kenalan terawal saya sejak saya mula berblog bang. terima kasih untuk yang itu.

salam ramadhan al-mubarak.

Unknown berkata...

aie

begitulah hendaknya..
dan yang pasti makin banyaklah buku yg perlu di baca....

Unknown berkata...

addy

yang pasti ' peminat ' kita berbezakan...

addy - bila nak kahwin !....

Brahim Nyior berkata...

Bang, teman pun baru gak masa tu. Apa yang teman pelajari daripada dunia blogger cukup banyak.

Yang penting, kita kena tinggalkan jejak di blog orang lain. Satu lagi, jangan biar blog tidak update dalam tempoh yang lama,.. nanti kita akan kehilangan momentum.

Tahniah, masih bernafas blog abang, dan teman pasti blog mike makin ramai peminat...

Unknown berkata...

yop brahim

rasanya kalau ada orang minta ceramah TAJUK : fomenemona blog....tahulah teman nak story macam mana.
ada seni yg kita kena tahu pastinya kadang2 kita kena ikut rentak orang lain...
madsudnya : nak berkawan dengan orang - kena samakan nilai....

pastinya niat semakin jelas...

Guru berkata...

selamat ulangtahun pertama....
semoga terus sukses dunia hingga akhirat nanti

Unknown berkata...

cgu kl...

cgu juga diantara orang yg amat2 berkuanliti yg ada di blog jinggo

terima kasih

~Insan Biasa~ berkata...

semoga wak jinggo dan blognya akan terus success!!....aminnnn

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

selamat ulang tahun cikgu....

=)

selamat berpuasa

Unknown berkata...

cgu anis

saya sepatutnya masukkan nama orang yg menjadi ' pengurus ' blog jinggo sekali..

terima kasih

Unknown berkata...

anny..

selamat ulangtahun setahun...
terima kasih

Eco Kid Adventure on Facebook