Selasa, 1 September 2009

zaman dah berubah

PUTRAJAYA 31 Ogos — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, 39 peratus golongan muda berusia antara 17 dan 23 tahun berjaya menjejakkan kaki ke menara gading, menjadikan Malaysia antara negara yang mencatatkan peratusan tertinggi dalam aspek itu di kalangan negara sedang membangun.
Katanya, peratusan itu perlu ditingkatkan, bukan sahaja dari segi bilangan bahkan mencakupi kualiti pendidikan dan pelajar yang dapat dijana menerusi pusat-pusat pengajian tinggi negara.
KITA FIKIRKAN BEGINI SAHAJA.
masuk ke IPA & IPTS mungkin sesuatu yang penyudah kepada segalanya.terbayang segulung ijazah yang mampu memulangkan duit.duit dan duit.
terbayang kereta besar.rumah besar.isteri besar.kawasan perumahan yang besar.
dan ego pun besar
ITU DULU.
dizaman orang meletak kelompok A di saf depan.hari ini keperluan berbeza.keinginan untuk keluar dari zon selesa harus dimulakan dengan mencari ruang - dan peluang.ruangnya adalah ilmu.saya yakin kepada kefahaman itu.kedangkalan dan ' kebodohan ' sementara menjadikan kadang2 kita terperangkap dalam keseronokan hidup sebagai pelajar IPT.
duduk berbual bersama rakan2 pensyarah - kami mengumpul bebal sendiri.
ADA KA MASUK KELAS PAKAI SLIPER.
ADA KA NAMA AKU PUN DEPA TAK KENAL.
NI LAGI BINGAI - LAYAN FACEBOOK MASA EXAM.
YANG LAGI SATU - NI FESYEN PAKAIAN APA NI...
akhirnya
sistem sudah disediakan
kemudahan sudah disediakan
pendedahan sudah diberikan
BAGUSNYA KALIAN BUKAN PADA ' A ' LAGI.
TINDAKAN HARUS DISUSULKAN.

12 ulasan:

~Insan Biasa~ berkata...

Benar bagai di kata...

"keluar dari zon selesa harus dimulakan dengan mencari ruang"
dan
"ruangnya adalah ilmu"

semua dah tersedia...berapa ramai pulak yang mahu keluar dari zon selesa ini...
untuk keluar, perlu kuat dan semangat perlu luar biasa..
mcm mana nak keluar dan adakah keinganan untuk keluar itu benar2 utuh...jika semuanya 'tak tahu'..??

Unknown berkata...

cgu anis
keluar zon selesa.
langkah satu
cari ruang
mesti mulakan dengan kemahuan..
kalau tak ada macamana..

kita fikirkan.

noriza berkata...

SEMOGA HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM....

Telah saya cuba mencari ruang,DAN kemahuan juga ada untuk menggapai impian itu. Namun kekadang saya seperti roda, sekejap motivasi kuat sekejap sebaliknya. Dalam usia setua ini kekadang terfikir juga apa yang nak saya kejar lagi....Kerana itulah saya suka melayari blog ini untuk dapatkan kembali mutiara2 yang hilang.....Semoga Allah memberi ruang kepada kita bersama di ruangan ini......Sekarang saya suka dan pasti keluar dari zon selesa itu......

Unknown berkata...

cgu ija

terima kasih kerana terus mengunjungi blog ni.
saya - dah lama keluar kot - keluar teluk anson...
kalau tak keluar..
buat bendang gamaknya.....

apa2 semua mesti mulakan dengan langkah 1

Tirana berkata...

Ramai yang masuk universiti, ramai yang keluar universiti, ramai yang menganggur. Sekarang ni ada ijazah tak menjamin dapat kerja yang bergaji lumayan. Yang penting sekarang ni adalah sikap yang positif. Orang yang bersikap positif mampu membuat perubahan terhadap diri sendiri dan keluar dari zon selesa.

Unknown berkata...

puan tirana

saya percaya kepada pandangan tu.
imej yg positf.
yang lain akan menyertai.
sebab dari apa yg dizahirkan dalam bentuk tindakan bro & sis di IPTA/S..
kita semakin takut dengan pembawaan...

cabaran sebenarnya ada diluar kampus..
dunia penuh dengan orang A....

fikirkan.

CITY® berkata...

salam jinggo, tahnx masih sudi singgah rumah biru, hehehe

org2 cerdik pandai zaman ni pun selalu wat kepala org lain fenin:

contoh:

1. masuk meeting. selalu nak cari salah org lain jer, salah sendiri?

2. masuk meeting, duk asyik tanya kenapa? mengapa? untuk apa? kalo terima apa2 tugasan.

3. perasan diri bagus yg amat2 sangat. memang dia bagus pun, ya lah lulusan luar negara la katankan. tapi tak bolih ke repsek org2 lain juga. apa lagi senoir2 or boss.

4. bodoh sombong?

5. pilih kawan?

zaman dah berubah, bila la aku nak berubah ni? hehheh

CITY® berkata...

bzs la sekaranggggggg, huwaaaaaaaaa

Cikedies berkata...

hanya pandangan sebagai pelajar ipta.. tak bermaksudkan apa2... semuanya tepulang pada ind yang membaca komen ni.. kerana kita diberi hak untuk bersuara...

"ADA KA MASUK KELAS PAKAI SLIPER."
hehe ni tak kan terjadi kalau pelajar ni lalu depan pak guard n pak guard tegur suh pakai kasut formal... tapi pak guard skang duk dalam pondok.. tidak menjalankan tugas dengan baik...
ni hanya pandangan saya.. bukan nilai saya..

ADA KA NAMA AKU PUN DEPA TAK KENAL.
yang ni lak, bukan tak kenal rasa nyer... tapi mayb lec tu kurang mesra dengan pelajar.. kita hanya akan ingat nama orang yang bg kita istimewa jer... jadi tindakan susulan nya jadi lah istimewa dihati pelajar... (kadang2 lam masa exam saya pun lupa nama lec binti or bin per.., sebabnyer dah banyak sangat ingat fakta2 lain.. harap2 ilmu yang diajar berkat laa...)
p/s; macam nama ckgu jinggo, walaupun bertahun tak jumpa tapi sya masih ingat nama cikgu jinggo.. bukankah itu satu contoh terdkat atau bgi saya contoh paling terbaik..

NI LAGI BINGAI - LAYAN FACEBOOK MASA EXAM.
yang ini memang saya tak setuju... mmg bingai ar.. suh jawab exam, tpi layan facebook, pelajar tu mmg nak kena hempuk jer ckgu... tapi lec pun kena ar bertindak lebih sikit suh ar pihak tertentu cut line internet lau nak jalan kan exam secara on9... selalunya pelajar2 yang ambik course iT la yang akan ambik exam secara on9.. tapi semua nya terpulang kepada hati.. tepuk dada tanya fikiran .....

YANG LAGI SATU - NI FESYEN PAKAIAN APA NI..."
hehe kalau tak up too date dikatakan old fesyen lak ckgu.. ntah la... pakaian ni saya tak leh nak komen, sebabnyer saya pun pakai fesyen ntah apa2 je... tengah hari panas2 leh je pakai sweater... hurm.. pelik2....

dan untuk sya sendiri,
ye, kami di ipta berada di zon yang selesa.. duit sara pinjaman yang diberi lebih dari cukup.. malah rasanyer dari banyak dari yang berkerja 5 hari tu.. yela pelajar pakai hp lebih cangih dari lec, pelajar pakai kete yang lebih mewah dari lec tu sendri..

dan saya harap saya tak rasa ini satu zon untuk saya rasa selesa sentiasa. sbb diluar tu baru zon yang betul2 menuntut perjuangan yang sangat tinggi.. ipta hanya platform untuk menyediakan diri untuk menghadapi dunia luar...

harap2 saya masih dipantau oleh insan2 yang sggup membakar diri
(CIKGU).....

Unknown berkata...

blue

itu yg membezakan IQ dan EQ
EQ dan ESQ..
apa yg penting pada semua Q itu adalah tindakan........

Unknown berkata...

blue

ada lagi
sibuk.........

Unknown berkata...

yani
anugerah komen terpanjang..
semua yang dikomen tu - terima kasih - kerana dari semua yg dikomen kita ada sudut yang berbeza....

dua kapasiti yg yg berbeza..
apa2 pun terima kasih.

Eco Kid Adventure on Facebook