Jumaat, 7 Ogos 2009

kita kongsikan yang ini.


Kita mendengar setiap hari bahawa pengetahuan adalah kuasa.
Tidak sebenarnya.
Pengatahuan adalah maklumat. Ia adalah kuasa yang berpotensi dan menjadi berkuasa hanya apabila ia bertindak.
Adalah berbeza diantara individu yang tidak boleh membaca dan individu yang boleh membaca tapi tidak membaca - tidak banyak yang berbeza
Belajar adalah seperti memakan makanan.
Ia bukanlah beberapa banyak yg kita makan yang menjadi hal ,
tapi berapa banyak kita hadamkan.
Pengetahuan adalah kuasa yang berpotensi , kebijaksaan adalah kuasa sebenar.
Pendidikan wujud dalam banyak bentuk ,
ia bukan hanya gred dan ijazah ia adalah
MEMUPUK KEKUATAN DIRI
MENGAJAR DSIPLIN DIRI
WUJUD KEINGINAN UNTUK BELAJAR

6 ulasan:

Marzalina berkata...

Sebenarnya bukan mudah nak memupuk minat dan keinginan untuk belajar apabila sudah bekerja, tetapi sebenarnya minat dan keinginan tu akan datang bila tgk orang lain boleh buat dan berjaya. saya ni mcm tu lah cikgu..sekejap2 rasa nak sambung belajar, sekejap2 rasa malas pulak..tapi bila dah dekat konvokesyen..rasa teringin pulak nak jd mcm pelajar2 yg berjaya menggengam ijazah tu..rasa cemburu sgt..masa tu minat mula berkobar2. tapi yg susahnya bila kita selalu fikir susah dan tak boleh..semua akan jd tak boleh, semua kan jdi susah. harap2 saya akan mampu kuatkan semangat ni.

Tirana berkata...

Sekadar membaca...masuk ikut mata keluar ikut mulut tanpa lekat di otak pun tak dinamakan belajar. Seperti makanan yang kita makan, suap ke mulut, kita kena kunyah kemudian telan. Ilmu pun begitu juga...kita kena kunyah dulu kemudian baru telan. Bila dah telan jangan pulak simpan, kena keluarkan dalam bentuk amalan.

Unknown berkata...

intan.
perubahan bukan kerja manusia - Allah akan permudahkan kalau kita berkehendak.
teori dan cara sudah dihidangkan..apa lagi.
semangat.
ini subjektif.
sebab nya bergantung kepada WHY.....

kenapa aku mesti belajar.....

Unknown berkata...

puan tirana

macam gurubesar lah pulak..
he..
saya dalam bab makan dan hadam ni..
nikmatinya ilmu bila mampu hadamkan bukan sekadar membaca....

sekarang baca buku apa.
saya sedang hadamkankan buku

u can win lagi........

Unknown berkata...

Salam sdr. Jinggo.

"Pengetahuan adalah senjata" yang menjana kebijaksanaan. "kebijaksaan adalah kuasa senjata lethal sebenar" yang memberikan kuasa kepada sipengguna Pengetahuan.

Saya pernah katakan "Salah satu manusia hina ialah manusia yang tidak mahu belajar kerana gagal mengenal kebodohannya @ tidak sedar dirinya bodoh"

Unknown berkata...

"Salah satu manusia hina ialah manusia yang tidak mahu belajar kerana gagal mengenal kebodohannya @ tidak sedar dirinya bodoh"

tuan
terima kasih kerana pandangan - saya akan gunakan pandangan ini......

Eco Kid Adventure on Facebook