Selasa, 4 Ogos 2009

kita masih berkawan

teman ketawa adalah ibarat pemilik bank yang meminjamkan kita sekaki payung semasa panas dan mengambil balik takkala hujan turun.
dua lelaki mengembara merentasi hutan dan bertembung dengan seekor beruang.
salah seorang dari mereka segera memanjat pokok manakala yang lagi satu tidak mampu untuk memanjat , jadi dia pun baring di atas tanah dan berpura2 mati.
beruang mencium2 di sekeliling telinganya dan beredar.
sahabat yang di atas pokok , turun dan bertanya
APA YANG BERUANG TU CAKAP
lelaki tadi menjawab
DIA KATA
JANGAN PERCAYA SAHABAT YANG MENINGGALKAN
ANDA SEWAKTU DALAM BAHAYA.
DARI JINGGO
kenapa kita bersahabat
sahabat waktu gembira
persahabatan untuk kesenangan
persahabatan sebenar

24 ulasan:

nurirhamna berkata...

~Berkawan dengan orang baik seperti berdiri di sisi penjual minyak wangi. kalau xdapat minyaknya, paling kurang tercium wanginya.Berkawan dengan orang jahat seperti berdiri di sisi tukang besi. Kalau tak kena baranya, paling kurang dapat asapnya~

cgu Jinggo..Tiada simpanan yang lebih berguna daripada ilmu dan tiada teman yang lebih bagus daripada akal.

~Insan Biasa~ berkata...

Siti Wan Kembang perintah Kelantan,
Nama termasyhur zaman dahulu;
Baik-baik memilih intan,
takut terkena kaca dan batu.

Ingin bercuti berbulan madu,
Destinasi dipilih Pulau perhentian;
Petang tadi cuaca kelabu,
Terima kasih kerana perhatian.

Unknown berkata...

cgufizan

menarik ayat yg hujung tu
kita brkawan dalam konteks mana...
he....
semuga ada penambahbaikan dari pertemuan kita dan kita

Unknown berkata...

cgu anis
macamana nak balas ni
kena berpantun ke...

tunggu orang gunung tolong balas kan....

~Insan Biasa~ berkata...

takpayahlah nak balas pantun tu...x minta dibalas pun...

baik2 bersahabat. tapi ada kala tersilap juga memilih kan?. tu sebab kalau berkawan tu biarlah seribu-malah beribu2. dalam banyak2 tandan tak semuanya elok.

Guru berkata...

sahabat baik senang dicari tetapi sukar untuk dikekalkan...

Unknown berkata...

cgu kl..

saya minggu ni BAKAL kehilangan seorang sahabat baik.....

tu N3 pasal tajuk yg hampir2 sama.....

Unknown berkata...

cgu anis
susah kita nak ramal siapa kawan siapa lawan hari ini..
dunia macam ni
untuk itu : berpada2 pada setiap ruang.

Maiyah berkata...

Jodoh pertemuan ajal maut semua tangan Allah.. termasuk sahabat, kalau kita dipertemukan sahabat yang setia.. Alhamdulillah, tapi kalau kita bertemu dengan sahabat yang tak bagus bermakna Allah ada rancangan untuk kita.. menduga sejauh mana keimanan kita juga menduga sahabat itu akan nilai kesetiaan. Inilah kehidupan.. tapi kita tak dapat hidup tanpa sahabat.. jadi gunalah kebijaksanaan akal menilainya

white rose berkata...

tiada iktan skukuh pershabtan...antara sahabat & kekasih, yg mana jdi pilihan???

Tirana berkata...

Teman ketika kita senang memang bercambah tapi bila kita menangis..mungkin sorang dua aje yang datang..Sekiranya kita ingin orang ikhlas berkawan dengan kita, kita pun kena ikhlas berkawan dengan orang.

Sulamankasihabadi berkata...

kawan itu ibarat macam-macam :


kata mak,
KAWAN tu ibarat lebah,
habis madu sepah dibuang.......

kata abah,
KAWAN tu umpama bunga ros,
dipandang cantik dipegang
sakit.....

kata atuk,
KAWAN tu seperti air
terus mengalir.....

kata nenek,
KAWAN tu bak bulan
dipuja dan disanjung tp nun jauh
di sana....

kate sedare,
kawan tu mcm makanan,
kawan makan kawan!!

kata abang,
KAWAN tu seperti lembu
mengikut saje ape dikata........

kata kakak,
KAWAN tu tak ubah macam
durian
bau je busuk tp sedap dimakan....

kata adik,
KAWAN tu macam biskut
sekejap ade sekejap takde.......

kata aku,
kawan tu tak kisahlah camner..
walaupun dia IBARAT
LEBAH, UMPAMA BUNGA
ROS, SEPERTI AIR, BAK
BULAN, SEPERTI
LEMBU, TAK UBAH MACAM
DURIAN
&
MACAM
BISKUT!!! sekalipun
dia tetap kawan...

CITY® berkata...

kawan,
apa erti kawan?
untuk apa berkwan?
untuk bershabat?
atau ada niat lain?

kalo ikhlas
mayb sampai bila2
walao kawan itu menyakiti
walao kawan itu menikam dari belakang
itu sahabat sebenar
sahabat baik tak kira kawan dia macamana
dia akan berada disisi
untuk beri nasihat agar sahabat tu
tak terus sesat

=)

ONE ZABA berkata...

tiap hujung bulan jumpa "kawanku" cap kepala rimau.

buat anis....

Padang panjang dilingkari bukit,
Bukit dilingkari kayu jati;
Kasih sayang bukan sedikit,
Dari mulut sampai ke hati.... ewahhh!!!!

Ummu Mishkah berkata...

memang susah bro nak cari sahabat dunia akhirat.. moga kita semua mampu menyediakan diri utk bergelar sahabat sejati..

Marzalina berkata...

Wah..topik kawan ni menarik betul...betullah pendapat semua orang, dalam berkawan kena berhati2..kena berpada2..jangan berlebihan dalam sesuatu..kelak kalau ada masalah diri sendiri yg kena menanggungnya, dapat kawan baik..baiklah kita..dapat kawan tak baik...kena fikirlah sendiri kan.

Unknown berkata...

puan maiyah

dunia hari ini semakin sukar kita nak bezakan
mana satu kawan dan lawan
tapi saya percaya..
hidup macam main boomerang - kita memberi dan menerima

Unknown berkata...

dylla

menarik.
nak jawab ke
sahabat dan kekasih
datang dari 2 kapasiti yg berbeza..
tindakannya juga berbeza

Unknown berkata...

puan tirana

kawan
sahabat
kekasih.
semua dtg dari sumber yg sama.
manusia
macam puan cakap : niat.

Unknown berkata...

uji..
terus terang
dari zaman anak dara sampai jadi mak dara kita mash berkawan

saya amat hargai

Unknown berkata...

itu sahabat sebenar
sahabat baik tak kira kawan dia macamana
dia akan berada disisi
untuk beri nasihat agar sahabat tu
tak terus sesat

blue
jinggo dalam ketegori mana.....

Unknown berkata...

cgu one
saya suka KAWAN KU

Unknown berkata...

ummu
saya percaya kepada niat...

Unknown berkata...

intan
prinsp saya mudah
tak ramai kawan tak apa
janji yg ada
berkuanliti....

Eco Kid Adventure on Facebook