Selasa, 25 Ogos 2009

kita pernah takut..

Kata Dr. Hill (penulis buku Think & Grow Rich),
takut dikritik adalah perasaan takut yang paling merbahaya
di antara ketakutan yang lain
(takut sakit, takut mati, takut miskin..).
Enam Asas Ketakutan Manusia
Takut di Kritik
Takut diserang penyakit
Takut di timpa kemiskinan
Takut untuk menempuh hari tua
Takut kehilangan orang tersayang
Takut mati...
Ini kerana, ketakutan yang lain itu tidaklah memberikan kegagalan yang amat besar,
tapi jika takut dikritik
segala-galanya akan tidak mendatangkan hasil atau dalam erti kata yang lain,
impian yang dibina akan musnah dan matlamat yang ditetapkan pasti tak akan tercapai.
Nah, lihat. Apa yang akan anda dapat kalau anda takut dikritik??
DARI JINGGO
kerana faktor diatas- manusia takut dan tidak ada KESEDIAAN untuk di kritik - ini dikaitkan dengan kegagalan kita menKRITIK.
kenapa manusia suka mengkritik ( selalunya )

berdasarkan beberapa pembacaan
SEBAB JAHIL
SEBAB CEMBURU

untuk itu di dasarkan beberapa pembacaan lain menyatakan : tidak ada manusia secara zahirnya mahu dianggap tidak penting. untuk itu - sebelum mengkritik : mulakan dengan menjadikan MANGSA kritikan PENTING
ini dikaitkan dengan ketidaksedian manusia untuk ' jatuh dan tidak penting '.

18 ulasan:

Maiyah berkata...

salam.. kritik adalah bagus dan bleh mengubah atas kritikan itu, kalo yg tak terima kritikan tu mungkin kerana ego dan biasalah manusia ni takkan mahu org tunjukkan kelemahannya, tiada manusia yg sempurna tapi ramai gak yg rasa mereka dah sempurna

~Insan Biasa~ berkata...

takut itu juga satu anugerah...
ermmm ade tak,
"takut untuk takut"?

Tirana berkata...

Hati pedih dan sakit bila dikritik lebih-lebih lagi bila orang kritik tentang hal-hal personal.Jadi nak mengkritik pun kena tengok juga perkara yang nak dikritik, tempat dan suasana dan juga menggunakan bahasa kritikan yang betul.

Unknown berkata...

maiyah.

pengalaman bersama adik pelajar dari UK baru ni - begini - diantara komen diaorang yg konon orang Malaysia takut kena kena kritik -
pandangan saya.
bukan takut.
kita tak pandai nak kritik.
biasanya kita akan ' menjatuhkan ' emosi orang lain...
bukan pada subjek.
betul tak...

kita fikirkan

Unknown berkata...

cgu anis
takut.sebab dah jadi budaya.
macam kata puan maiyah
ego mungkin satu faktor.
takut ada fitrah kan...

untuk hadapi takut - berhadapanlan dengan takut.

Unknown berkata...

puan tirana

sebab tu agaknya dale carnigie buat satu buku untuk tajuk menkrtik ni..
besarnya kesan kritikan pada manusia.
macam puan cakap - kita akan sentuh pada peribadi...
memang - kalah.

Pn Kartini berkata...

Kadang2 apabila dirasakan berada di zon selesa..kita tlh bisa merasakan kelebihan kita hinggakan apabila dikritik ..kita memprotesnya..
Sikap yg sukar menerima kritikan mbina orglain..adalh org yg menolak kemajuan diri yg lbh cemerlang....!:):)

Unknown berkata...

Sikap yg sukar menerima kritikan mbina orglain..adalh org yg menolak kemajuan diri yg lbh cemerlang....

pn kartini

saya percaya - kemampuan menerima kritikan dikaitkan dengan 2 persoalan.
karektor
kepercayaan seseorang.
dalam persoalan karektor orang2 no 4 ( berdasarkan ilmu numberlogi ) sukar dan dikatakan juga org kidal..
kepercayaan.biasanya kritikan persekitan kita ' membunuh ' jiwa.

sebab untuk melihat titik hitam mudah daripada melihat warna lain.
percayalah : tamadun dunia bermula dengan krtikan....

dilihat dari pergolakan politik semasa - mana ada krtikan yg membina - semua menjuruskan kepada - aku menang kau kalah...

sekadar pandangan.

Guru berkata...

Yg Berusaha Tuan rumah... (rasa penting tak?)dan rakan blog yang lain...

saya takut mati... sejujurnya...berusaha nak memperbaiki diri

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Pasti ada benda yg buatkan kita takot..

p/s saya takot pacat!!

2_one berkata...

pnjg jgk bab kritik mgkritik ni..pd hakikat mmg xsuka dikritik.mula2 dikritk mmg kita akn rse xske pd pngkritk itu..tp bila kita kita mndpt sesuatu kebaikan/kejayaan kesan dri kritikan itu,baru kita rse mahu bertrima ksih pd pnkritik..bila sy bce komen2 kat ats ni..sy dapati kritikan ni ad dua jenis..satu kritikan utk membina satu kritikan yg btul2 utk mnjatuhkan seseorg..boleh cikgu kupas lg ttg kritkan?

Unknown berkata...

cgu kl...

satu pun takut mati - tu kalau boleh nak mengurangkan silap dlm urusan harian...

zai berkata...

Sebenarnya kritikan adalah merupakan cermin kpd diri kita..tanpa kritikan kita pasti sukar utk melakukan perubahan..

noriza berkata...

Asalamuaikum, Bagi saya tak kisah sangat orang kritik tu. Apa yang penting cita-cita saya tercapai. Kritikan dan penghinaan itu saya jadikan cabaran. Kerana kritikan itu juga le saya masih disini mencari dan menggapai impian agar saya buktikan pada semua saya bukan insan selemah yang disangka. Saya amat berterimakasih atas kritikan itu. Jika tidak mungkin saya tidak begini.... Kan saya juga lebih kurang serupa dan senasib macam u juga. Anyway kita bangun sendiri atas kritikan itu.Doa agar kita berjaya di dunia dan akhirat. ....Allah tak kan kecewakan kita... Ini adalah masa terbaik untuk kita terus berjuang....

Unknown berkata...

puan aryani

takut lawannya takut
malu lawannya malu...

Unknown berkata...

puan zai

tamadun dunia bermula dengan kritikan + konflik....

Unknown berkata...

cgu ija
kadang2 ada orang yg mampu menjadikan krtikan sebagai dorongan - ada sebaliknya.
pergi pusat serenti - semuanya bermulanya dengan kritikan.....

tahniah.
sebab saya pun bermula dengan krtikan...

Eco Kid Adventure on Facebook