Khamis, 6 Ogos 2009

macam tu rupanya..

Specialnya Bau Ketiak Lelaki
Benarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan yang dialami oleh wanita?
Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensyvania beberapa tahun lalu.
Kajian dilakukan di sana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan melancarkan perjalanan haid.
Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America.
Sebelum ini,bau ketiak lelaki yang sengaja " diproses" daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh "digoda" dengan bau lawan sejenisnya.
Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia adalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut. Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur.
Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang....
dipetik dari majalah PA&MA...Feb 2004..
kalau tak caya.
So kengkawan kalau tengah stress tu .....bolehlah cium ketiak suami atau boyfriend.
Bagi kaum adam pulak,simpan bau ketiak tu utk orang tersayang.
Moral of the Story
So kalau isteri dok tention tu...lepas balik riadah..calit sikit bau ketiak suami anda..yang masam tu insyaallah mood anda akan ok ha..ha...ha.... selamat mencuba...
Kepada para isteri jangan dok tension sangat...nanti kena cium bau ketiak
DARI JINGGO
dulu masa dkampung - teringat kalau ayah pergi mana2 dia akan tinggalkan kain pelikat yang tak dibasuh kat rumah - untuk adik cium.
bila terjumpa satu kajian menyatakan bau paling enak kepada anak2 adalah bau badan ayah.

23 ulasan:

Neo Erich Adam berkata...

hahaha.
sesungguhnya sy tidak thn dgn bau badan. mcm mana tu?

"wangian semulajadi itu kemudian di sapukan ke atas bibir " - adoi! urgghhh!

Unknown berkata...

mizah
ada betulnya kan...
kalau kena ingat.....
itu kajian saintifik

Rashid berkata...

salam jinggo

ermm menarik juga kajian ni. tapi aduhai.. takde tempat lain ke nak cium bagi ilangkan stress? haha!! macam-macam ye kajian diorang ni.. apapun menarik utk dibaca dan direnungi..

kasihan kaum hawa ..

Maiyah berkata...

hahahaha.. ambik kau, teori bleh ikut sang isteri, aku tak, aku tak, aku single heeee

Unknown berkata...

cgu rasyid
mat salleh ni macam2 - itu pun dijadikan bahan kajian...
lepas ini jangan ada yg buat kajian nak hilang tekanan - lelaki kena cium spender pompuan.....ha....ha.....

Unknown berkata...

puan maiyah
saya jenuh rujuk kpd beberapa buku lain.ada fakta yg menyokong...
menarik
amat menarik
ada input baru untuk dikongsikan

Tirana berkata...

Suami saya tak berbau peluh sebab sentiasa sembur minyak wangi..hehehe..Adehhh..macam2 kisah,,

Unknown berkata...

puan tirana.
pasal anak2 dah bau badan ayah tu menarik sangat..
saya lupa buku apa saya baca...ada fakta akademik disitu.

busuk ke
wangi ke
hapak ke..

itu wangian yg paling best.

therosputih berkata...

saya pernah bace, tp lupa kat mana, bau badan pasangan adalah unik, di mana bau badan pasangan itu adalah tarikan kepada pasangannya, org lain msti kata busuk, hapak, tp pasangan dia suka je, sebab setiap org memiliki unsur kimia y berbeza...

salah satu pengikat cinta...

Chenta berkata...

ekekek..

suka bau badan hubby selepas mandi .

Unknown berkata...

ain..
jadi bersedialah sapa2 yg jadi laku ain..
menyimpan sedikit bau..
he..
untuk dicium..
macmana tu agakanya.tapi itulah menariknya dunia cinta ni

Unknown berkata...

linda
selepas mandi tak aci..
he...

Tanpa Nama berkata...

Heheheh..(sebelum tu nk ktawa dulu)..

Apa ke jenis kajian yg dorang buat nih? Mcm tak masuk akal pun ada..mcm geli pun ada..

Nsib baik saya tak terlibat dlm kajian tu..kalo tak niaya ...

Unknown berkata...

puan aryani.
entah2 sebab dah lama tak cium bau badan kut...jadi macam ni
minta2 en abang tu hantar baju kerja dia ke...
...

selagi tak derita..
kita masih bahgia...

he

ONE ZABA berkata...

tapi kalau dah bau ketiak ngalahkan bau cuka tak boleh la pulak.

zan xray berkata...

macam2 riaksi ni.fakta tu dan bukan kajian mereng biol.
Masa mula2 kenal baru bertunang dan baru kahwin semua wangi.. kentut (sorry guna perkataan ni) pun orang kata wangi .. kalau dah lama jika tak disuburkan hubungan tu emmm ..

Unknown berkata...

cgu zaba

kelakarlah...he..

Unknown berkata...

zan...

terima kasih kerana pandangan

midahjunid berkata...

Saya paling suka cium ketiak suami. Best baunya.mmmmmmmmmm. Sumai pula marah...tapi saya akan cium jugak.

Bagi wanita, paling kuat bau ketiak bermakna makin subur.

Kalau nak ubat untuk hilangkan bau ketiak....boleh hubungi saya.

Unknown berkata...

cgu kamalia ni...

seram...

midahjunid berkata...

seram...hantu mana hantu...ini hantu,itu hantu....saya bukan hantu...he he he.

Ada orang suka cium kentut sendiri, taik telinga dan tahik hidung....seram takkk!

Cikedies berkata...

cikgu..
lec saya pernah cerita tntg hal ni...
mula2 mmg saya ketawa...
tapi bila fikir balik..
dulu masa kecik2 sya mmg suka bau abah saya...
sampaila skang ni cikgu...
tapi dah besar tak kan nak bawak baju dia kot... lau dah terasa rindu tu..
sehari pun cal berkali2...
heheh tapi bau peluh mmg best...
PELIK TAPI BENAR...

midahjunid berkata...

Tahu tak kenapa orang dulu-dulu tinggalka baju yang ada bau sebelum keluar. Memang betul untuk anak-anak!

APa yang saya tulis ni memang terlalu dewasa, tapi ini kenyataan.

Dikampung saya, baju arwah suaminya masih tergantung ditempat asal walau suaminya sudah tiada...mungkin untuk dibau oleh anak-anak...atau isterinya sendiri.

Jadi sebelum keluar rumah, janganla dibasuh semua baju kotor...pilih yang paling berbau dan gantung...manalah tahu...ajal maut di tangan tuhan.

Saya sejak bercinta dengan suami...dah ada baju yang ada bau badan dia...bila rinddduuu, ambik baupun jadilah. Dah kahwinpun sama, bila dia nak tinggalkan saya dan anak-anak dikampung...baju yang ada bau badannya akan saya simpan. he he he....

Biasanya isteri je yang ingatkan suami! uuuuuuu.Mana ada orang simpan baju yang ada bau isterikan!!!! kenapa agaknya. Mai pikiaq

Eco Kid Adventure on Facebook