Ahad, 30 Ogos 2009

merdekakan MINDA kita.bersyukurlah.

"Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik, Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan, Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa, Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk, Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda, Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.
Sebelum kita mengeluh & memarahi ibu dan bapa kita yang masih hidup .
Fikirkan tentang seseorang yang merintih pilu memerlukan
kasih sayang ibu dan bapa
Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya, Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.
Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

*BELAJARLAH BERSYUKUR SEBELUM TERLAMBAT !!!!*

18 ulasan:

Tirana berkata...

Bersyukur akan membuat jiwa kita lapang dan tenang.

Unknown berkata...

puan tirana

bersyukur bermadsud kita memilih..
tidak bersyukur bermakna sebalik......

bersyukur dengan apa yg berlaku....

GURU_CIKGU berkata...

Fikir tentang diri sendiri dan orang lain. Itu yang sukar saya lakukan selama ini.

Yang kerapnya, kepentingan diri tetap mengatasi yang lain.

Unknown berkata...

guru cgu..

menang - menang
bermakna kita bersyukur..
susah untuk hari ini..
terima kasih kerana kita berurusan...

myQza berkata...

merdeka di dataran merdeka sama ertinya dengan menjerit-jerit dan melaung-laung sambil menonton konsert artis.

habis sahaja. sampah dan bendera yang di kibar di tinggalkan. Itu merdeka zaman sekrang!

bersyukur masih hidup dan dapat memikirkan lebih lanjut tentang merdeka yang selalunya kita sambut dengan jauh terpesong dr maksud asal.

bersyukur dengan apa adanya kita dan jangan di bandingkan dengan orang lain ada kerana selamanya kita akan rasa kita masih belum cukup.

Salam merdeka!!

Unknown berkata...

TiD...

satu pandangan yang amat2 praktikal dari orang muda...
teruskan
kerana negara ini memerlukan orang2yg faham keperluan pengisian....
merdeka
merdeka
merdeka

sonata anak kancil berkata...

salam kemerdekaan...

bersyukur kerana negara kita merdeka...& kita bersyukur apa yang kita nikmati hari ini...

saya bersyukur dengan apa yang seadanya saya hari ini....

Unknown berkata...

cgu sonata

saya MEMILIH untuk bersyukur..
dimana yang sengal2 saya terima seadanya..
kerana bukan mudah nak merdeka dari semua hal...

2_one berkata...

merdekakan minda anda...jgn biar dipengaruhi oleh anasir luar yg merosakn akhlak kita ,aqidah kita..jdlah remaja yg merdeka cemerlg,gmilang,terbilang!!

~Insan Biasa~ berkata...

setiap yang baik, ada yang lebih baik..jangan angkuh.
setiap yang buruk, ada yang lebih buruk..jangan putus asa.

syukur. satu rasa yang akan melegakan .

selamat hari merdeka!

Unknown berkata...

2 one

semuga ' remaja ' beginilah yang mampu mengankat martabat negara seterusnya..

MERDEKA !

Unknown berkata...

cgu anis

bersyukur
bermakna kita memilih..
bagaimana kalau kita tdk memilih...
tandanya kita tak bersyukur...

Maiyah berkata...

salam.. sy tetap bersyukur akan apa yg terjadi bahawasanya ada yg lebih susah dr sy

Unknown berkata...

puan maiyah

itu pandangan paling praktikal...
orang yg amat matang..

Brahim Nyior berkata...

Syukur negara kita dah merdeka 52 tahun. banyak lagi cabaran yang perlu ditempuh. Satu yang jelas ialah perpaduan antara rakyat semakin kurang, sedangkan itu adalah kunci keamanan negara ini.

Moga kita kekal sejahtera.AMin

Unknown berkata...

yop

PERPADUAN
apa yg kita tengok tak sebagaimana yg kita tgk di IKLAN kat TV...
perpaduan dikalangan kita zahirnya semakin rapuh - semuga 52 tahun ni kita semakin faham bahaya kalau keadaan ini diabaikan....

salam perpaduan.

Asyraf Alpandi berkata...

sEjauh maNa kiTa meNgawaL mInda seRta menDidiK hati peRlu disulaM denGan hakiKat syUkur..keRana d c 2kita akN mNmui ssunggunhy kita semua.....saNgat2 berUntuNg diKala iNI..~~

Unknown berkata...

unic...
semuga 52 dahulu
dan 52 akan datang - kita dipermudahkanNya dalam segala urusan.....
duduk dalam kesatuan.
bersyukurlah..

Eco Kid Adventure on Facebook