Selasa, 11 Ogos 2009

nampak macam praktikal

dengan mengambil kira ' style ' bisnes
SAYA MENGAMBIL KEPUTUSAN :
MEMULAKAN SEMUA URUSAN BISNES DARI RUMAH.
praktikal.
dikala orang lain sibuk dengan kesesakan
SAYA RELAX
dikala orang lain sibuk terkejar nak tunggu bas @ teksi
SAYA RELAX
dikala orang lain ' kusut masai ' nak balik kerja
SAYA MASIH RELAX
pejabat dari rumah
siapa yang tahu.
MACAM PEJABAT.
ada meja.kerusi.komputer.internet.mesin photocopy.fax mesin.phone.
serupa.
YANG MEMBEZAKAN
setelah 2 minggu.
disini bukan pejabat - bila
boleh berkain pelikat masuk pejabat.naik tingkat atas.tidur.banyak kerja bertangguh sebab pejabat dekat.sebab sorang - meja penuh dengan macam2.
dan yang paling tak penting - masuk pejabat tak mandi !
mana ada orang masuk pejabat tak pakai baju.
ada juga : minggu pertama - cuba berpakaian macam nak masuk pejabat - siap bertali leher dan kot.......10 minit aja bertahan.
KESIMPULAN.
nak buka pejabat dirumah adalah praktikal.tapi disiplin diri kena kuat.
tulis besar2
INI ADALAH PEJABAT : BUKAN RUMAH
ada lagi tips yg boleh kita kongsikan.

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam tn rumah. Sy mmg bercita2 nak keje dlm umah tp blm kesampaian. Best kan keje ngadap pc jek dan income msuk sama mcm kita gi opis :).

Nice blog.

Unknown berkata...

ms diomond
macam menarik - tapi bisnes dari rumah ni dsiplin kena kuat...
macam juga saya....
ada juga kawan2 yg akhirnya kembali kepada riton pejabat..

kita boleh terus berurusan

Tirana berkata...

Untuk bekerja dari rumah, disiplin diri kena kuat. Waktu berkerja, waktu berehat semua kena atur secara sistematik. In fact orang yang kerja sendiri kena double dari segi kekuatan untuk mendisiplinkan diri. Andainya itu berjaya dibuat..pulangnnya cukup memuaskan hati sendiri..

Unknown berkata...

puan tirana
dalam bab dsiplin ini persoalan dalaman.
sebab ada orang berdsiplin sebab ada orang tgk
kita nak berdiplin sapa yg tgk..
Allah yg tgk
sejauhmana ingatan tu..
subjektif.
saya percaya kepada pendekatan praktikal terutamanya dalam konteks bisnes..
ada yg boleh memulakan dari rumah

pada saya : sehari dua ni nampak gaya macam........tu lah

ONE ZABA berkata...

pejabat depan rumah pun ok jugak...bila-bila masa pun boleh balik.

zan xray berkata...

belum cukup modal nak buka perniagaan. Mungkin pejabat di rumah lebih praktikal di peringkat permulaan.. seperti anda kata disiplin perlu ada.

Unknown berkata...

cgu one
bezanya kita sikit aja.
cgu tak boleh pakai kain pelikat
dan mesti mandi...

Unknown berkata...

zan..
kita boleh berkongsi2 pandangan kalau nak memulakan perniagaan.
dari rumah
cabarannya besar...

tgh sibuk2 - kena ganti lampin anak2...he...

~Insan Biasa~ berkata...

kat sekolah ade opis...kat umah pun ada opis...

Unknown berkata...

cgu anis
tu untuk cgu one....rumah sebelah pejabat..

Chenta berkata...

wahh...pejabat dalam rumah .

saya nak tambah satu,

Ketahanan dan ketebalan telinga pun mesti kuat ... dari isteri yang membebel sbb suaminya asyik kerja sahaja ! Non stop !

hehe

Unknown berkata...

linda
kita bayang kalau suami yag ada pejabat dirumah mesti bersedia.......
berhadapan denga isteri 24 jam.
dan bersedia.
tolong jaga anak
ganti lampin anak
apa lagi.....................
ada lagi sebenarnya.

ASYIQ berkata...

Tak dpt bayangkan....
Suami keje kat opis di rumah...
Tapi isteri hari2 opis depan rumah (macam OneZ)...
Setahun...
Dua tahun..
Apa orang fikir yek....
Suami jadi 'surarumah' kot...hihi.

Dua2 keje satu opis dalam rumah pula..
Apa akan jadi yek...
Kena pula sorang masuk keje dah mandi...
Sorang lagi masuk keje tak mandi...
....hihi....tak dpt dibayangkan!

ASYIQ berkata...

En Jinggo,
Nak kongsi satu cerita...
Kwn baik saya...dh jadi ibu tunggal pun.
Dulu suami buat bisnes dr rumah...
Hari2 dok rumah je..
Isteri keluar pi keje...
Suami bosan, add ramai kawan kt chatroom...
Sambil2 keje chat ngan kawan2 perempuan...
Last2 dia kawin dgn rakan chatnya..
Kawan saya minta diceraikan..
Semua anak2 kawan sy bela...
Mujurlah kwn saya ada kerja tetap..
Bahagia juga sambil besarkan anak!

Just nak share...
Banyak pengajaran dr cerita itu..
Suami tidak boleh kerja berseorangan kut...cepat jemu.

Marzalina berkata...

pejabat dalam rumah..memang praktikal..tapi kalau saya memang tak bestlah..walaupun boleh jimat dari segi macam2..tapi rasanya kurang komunikasi dan kurang bersosaial agaknya...sebab bila bekerja, sama je cam duduk rumah..kita tak kan kemana2..mesti boring kan..hehe..akhirnya rasa nak tido..hehe

Unknown berkata...

cgu asyik
mengumpat cgu one sikit
pejabat dia tak sampai 30 meter dari rumah...he
isteri masak kat rumah pun dia boleh tau...
tapi kena mandi

jinggo

sapa tahu : semasa saya berurusan dengan sekolah - saya masih berkain pelikat....
terkantoi....

Unknown berkata...

cgu asyik lagi
adu......
ada moral tu untuk difikirkan.
suami isteri kena tgk2 dengan sapa laki dia berkerja...

itu bahana pejabat dirumah.
jinggo - semuga Allah berkati dengan niat yg masih ada.........

Unknown berkata...

intan..
tau tak apa
jemu - tu nak tidoq tu.
tak praktikal dan tidak bermotivasi langsung.

kalau nak - buat pejabat macam pejabt.mesti ada orang sembang2....
sibuk macam pejabat.
dan kalau dipejabat mesti ada.......
mengutuk boss !

white rose berkata...

pejabatku rumahku

Unknown berkata...

dylaa
boleh tido ke kat situ....

Eco Kid Adventure on Facebook